Wednesday, 27 December 2017

mode exam:Syukur

Apa yang saya nak kejar dalam hidup sebenarnya?

sekarang ni, musim exam. dan banyak pulak yang bermain di fikiran saya.

Usai maghrib tadi, saya sempat selak quran sekejap. dan ada ayat yang benar-benar menyentuh hati. sangat kena pada masanya.

Saya ada kawan. ramai. yang dah tiada mak atau ayah. baru-baru ni pun dapat berita seorang sahabat kami yang ayahnya  baru sahaja meninggal beberapa selepas pembedahan. di kelas, dia nampak biasa. saya pun tak tahu apa perasaan yan disembunyikan selama ni. 

ada suatu hari di kelas, seorang kawan saya yang lain.
waktu tu, ada pelajar dari universiti lain datang ke kelas kami dan membuat survey tentang rumah orang tua. dalam borang tu, disediakan ruangan untuk maklumat ibu dan ayah. tiba-tiba kawan sebelah saya angkat tangan dan bertanya,
"kalau ah takde ayah, nak kena isi jugak ke?"

waktu tu jugak, saya rasa nak bercucuran air mata ni.

gaya dia bercakap nampak biasa saja. tapi, saya tak tahu kesedihan apa yang disembunyikannya.

sem ni saya mula rapat dengan dia. dia yang pada asalnya batch senior atas kami. tapi, sebab sebelum ni, ia ambil study leave, terpaksalah join batch kami yang comel ni. pada asalnya, saya bertanya pendapat dia tentang subjek sem ni sebelum buka sem baru. tak sangka pulak kami akan sekelas sem ni hampir semua subjek sebab dia pun masih belum sempat prereg subjek. dan hanya follow jadual yang saya dah susun. apapun, saya bersyukur dapat kenal dia.

dia seorang yang sangat lah ceria, happening. dan yang buat kami lebih rapat. sebab kami sama2 hafal quran:). saya kenal dia  dari zaman sekolah menengah lagi. tiap2 kali masuk musabaqah mesti dia menang. masa tu, dia pun tak kenal saya. tak sangka, jumpa balik kat uia dan jadi satu batch pulak sekarang:)

berbalik pada cerita asal tadi tentang 'ayah'.

ada beberapa hari yang dia tak datang ke kelas. saya pun agak risau masa tu. saya mesej. dia reply kata tak larat nak ke kelas. masa mula-mula tu, saya rasa biasa je. tapi, hari-hari selepas tu pun, ada jugak dia tak datang. sampailah dia katakan pada saya.

"awak, kita takde mood lah nak pegi kelas. kita rindu ayah kita."

saya menangis lagi bila baca mesej tu

saya cuba untuk faham walaupun saya bukanlah orang yang paling memahami. sebab belum diuji sebegitu.

saya reply mesej dia, sekadar yang termampu
"awak kena kuat, ayah awak akan gembira kalau awak pun gembira. Percayalah! awak ada Allah untuk sampaikan cerita-cerita pada ayah awak. Doa selalu walaupun cuma lintasan-lintasan dalam hati."

setiap kali, ternampak dia termenung atau moody, sesekali saya tegur dia. "awak okay?" saya harap itu dapat sedarkan dia bahawa dia tak keseorangan. ada jugak saya send emoticon spirit(yang macam momok tu) di whatsapp. sekadar nak menggembirakan dia. small things kadang-kadang akan buat orang tersentuh kann.hehe.

dia pernah juga kata pada saya. dia sangat tak bersemangat nak masuk sem baru ni. tapi, nasib baik jugak ada kawan. dia rasa, macam semua orang ingat dia repeat paper. takkanlah semua kot. haha. tapi, serius dia sangattt perform dalam kelas. and master bahasa inggeris dan arab jugak. dan sangatlah berani tanya soalan dalam kelas.

dalam kesempurnaan yang kita nampak pada dia, kita takkan tahu apa yang disebaliknya.

dalam kesedihan kita, ada juga orang lain yang lebih kuat ujiannya

ujian itu mematangkan, dan saya lihat itu pada dia. dia yang berani, berdikari, dan sentiasa bersemangat pastinya. insyaAllah

Belajarlah untuk bersyukur dengan apa yang ada. ada perkara yang ada pada orang lain, tidak ada pada kita
tapi ada juga yang kita ada, tiada pada orang lain.

masing-masing punya bahagian tertentu. sesuai pada tempatnya. sesuai pada kemampuannya.


'and this reminds me of my parents'








Tuesday, 12 December 2017

Sebenarnya kan..

"Sebenarnya kan..hmm, takde apelah.hehe"
Ungkapan yang selalu saya guna kan.

Saya tahu saya ada banyak perkara yang nak diluahkan tapi, macam tak kesampaian. mungkin saya segan, atau belum sampai masanya untuk saya ceritakan

dan berapa ramai yang sakit hati (in good sense) bila saya buat mereka tertanya-tanya. even kawan rapat pun, tak semua perkara saya mampu bercerita.

tak tahulah kenapa. mungkin saya rasa sedikit kesal bila saya tak mampu sampaikan sesuatu yang patut saya sampaikan pada seseorang. dan saya rasa masa belum sesuai untuk saya sampaikan. sehinggalah baru-baru ni, saya betul-betul rasa seolah-olah dah takde peluang untuk beritahu perkara sebenar.

last minute. saya tekad untuk beritahu juga. itupun melalui seorang teman rapat. sebab saya belum cukup berani. keadaan betul-betul mendesak walaupun pada asalnya, saya rasakan belum sampai masanya. tapi, dah terlambat. beberapa minit lewat. mungkin memang ditakdirkan begitu.

ada dua kemungkinan. samada memang tak kesampaian atau...
sebenarnya, hasrat tu tertangguh sehinggalah waktu diizinkan Allah.

Semoga Allah pelihara perasaan ini. sesuai pada tempat dan masanya.

3 tahun lagi

Saturday, 2 December 2017

mencari semangat yang hilang

Sudah cukupkah engkau mengenal dia?
Apa engkau cukup tahu apa yang dilaluinya
Apa yang dirasainya


Dari cara pandangnya
Apakah engkau dapat baca
Bagaimana dia melihat langit.
Bagaimana dia memandang cahaya pagi
Bagaimana ia melihat susun atur awan di langit


Ke mana langkah kakinya?
Laju atau perlahankah
Seakan-akan ada sesuatu yang bermain di fikiran
Apa yang bermain difikirannya?


Ke mana jiwanya pergi waktu itu?
Engkau melihat dia melangkah ke masjid
menggalas sebeban di bahunya
mencari semangat yang semakin hilang


dia cuba mencari hatinya
di tempat-tempat yang tak orang tahu
sebolehnya jauh dari manusia yang melihatnya
dia mahu bersendirian untuk seketika waktu


Dia juga manusia biasa
yang terkadang melemah
masih, masih lagi
mencari makna hidup


yang sudah dilupakan saban waktu
dek kesibukan yang membuatnya letih


dia..yang terasa hilang, lemas dalam kesibukan
apa yang dicari, dia sendiri kurang pasti






Kenangan dengan syiqin
(kitorang kenal sekejap je pastu terus jadi rapat)




Friday, 24 November 2017

rindu rumah



Sedih. Sedih sangat sebab tak dapat balik minggu ni. memang ah prepare dari awal. dapat rasakan madam akan bagi take home test this week. tapi, macam takde angin takde ribut. ingatkan tak jadi minggu ni. saya terpaksa batalkan niat untuk balik. memang saya tak mampu siapkan kerja ni sendirian di rumah. lagi-lagi subjek yang saya kira agak berat dan sukar untuk difahami.

kami diberi task tu pada hari jumaat tengah hari dan cuma ada 3 hari untuk siapkan. itu belum termasuk kerja-kerja lain yang perlu disubmit minggu depan jugak

Bagi saya, rumah adalah rumah. masa untuk spend dengan keluarga. kebetulan hasif, adik yang bongsu balik weekend ni. lagilah membuak-buak keinginan saya nak balik minggu ni. hasif duduk di asrama. 2 minggu sekali barubalik. tapi tulah, setiap kali dia balik ke rumah, saya pula yang tak berkesempatan untuk balik. dah berbulan-bulan tak jumpa rasanya.   

Ayah macam agak marah bila saya beritahu saya tak dapat balik. Ayah pelik kenpa saya tiada di rumah. risau mungkin. sebab biasanya, saya memang akan balik sendiri menggunakan public. tapi, kali ni saya betul2 terpaksa. walaupun saya nak sangat balik. saya menangis.

tak tahulah kenapa.

ada waktunya, saya kecewa dengan diri sendiri. sebab tak mampu urus masa dengan baik. kadang-kadang tu, saya memang dah cuba untuk susun masa. saya bangun awal pagi. cuba untuk uruskan semuanya seawal mungkin. tapi, itulah, saya agak lambat dalam proses menyiapkan kerja. saya cemburu dengan kawan-kawan yang mampu siapkan kerja. bahkan lebih baik dari saya walaupun dalam masa yang singkat. bilalah agaknya saya mampu untuk jadi macam tu?

mama, ayah maafkan akak sebab tak dapat balik minggu ni. insyaallah ini yang terbaik.

kebetulan, mira ajak saya pergi writing workshop. memang pada asalnya, saya berniat nak pergi. tapi, saya batalkan sebab dah plan nak balik hujung minggu ni. 

mungkin ada hikmahnya. saya ajak mira untuk discuss sama2 task yang kami baru dapat tu.walaupun tu task individual tapi saya still perlukan pemahaman  dan perbincangan bersama dengan yang lain. supaya taklah tersesat nanti.

pukul 11 barulah kami gerak ke workshop.

Untuk hasif, insyaallah pilihan mama ayah yang terbaik. moga hasif dapat sesuaikan diri di tempat baru. dekelilingi orang-orang baik. jadi insan yang hebat suatu hari nanti. hasif kan nak jadi imam kat indonesia, betulkan solat terawih 7 minit tu. haha. 

ni antara sebab kenapa ayah suruh balik. sebab lepasni, mungkin lagi susah nak jumpa dia. 

Wednesday, 15 November 2017

Convo mylig : Congratss kak mai dan siraj


 Mylig buddies

yang bakal menyusul

inspiration

 candid la kononnya


Single (and available hehe) - RM 5


 Medium - RM 15

custom-made untuk si iera

boleh tak, kalau akak nak jadi budak baik?

Berkali-kali airmata saya jatuh setiap kali dengar valedictorian speech best student iium. Saya teringin sangat nak dapat peluang untuk bagi ucapan tu walaupun hakikatnya hanya best student yang layak. Keinginan untuk bagi speech lebih dari keinginan saya nak dapat deans list,

ada dua speech daripada dua orang hebat yang benar-benar masuk ke dalam hati saya adalah kak farah dan seorang lagi brother yang tidak pernah saya kenal sebelum ini. Masing-masing pun punya masa silam yang berbeza. kata-kata kak farah yang memberitahu bahawa dia juga nakal waktu kecil dahulu, menyedarkan aku tentang suatu perkara.

pentingnya doa ibu ayah kita.

tanpa mereka, hilanglah satu keberkatan bagi kita

yang setiap hari tidak pernah berhenti mendoakan.

tanpa kita tahu, malam-malam yang kita sibukkan dengan menyiapkan tugasan-tugasan,
ada orang-orang yang mendoakan dalam diam

itulah ibu ayah kita.

yang paling tahu apa yang ada di fikiran kita.

cuma kita ego tidak mahu bercerita.

kononnya mereka tak faham apa yang kita rasa.


Kak Farah Nabilah



Hujung-hujung video baru dapat tengok speech brother tu 


---------------
dalam masa yang sama, saya ada perasaan mcm ni,

saya nak naik stage tu ambil skrol n bagi ucapan, lepas tu saya tak nak tinggalkan uia. saya nak duduk je kat sini.

 mungkin saya terlampau sibuk sehinggakan saya tak tersempat nak melihat apa yang ada sekeliling uia ni.

----------------
Saya cuba cari cara untuk saya improve performance dalam akaemik. Saya dah book untuk sesi kaunseling jumaat depan. minggu ni, saya fikir saya perlu balik ke rumah. minggu-minggu sudah terlalu banyak yang berlaku yang merunsingkan fikiran

Semalam, sempat dengar teatalk daripada madam asiah. salah seorang lecturer yang pakar dalam land law. beliau cerita bagaimana waqaf memberi perubahan alam hidup kita. tanpa kita mengharapkan balasan tertentu melainkan apa yang terbaik dari Allah. Madam pesan, setiap kali exam, atau bila terasa sempit, bersedekahlah. saya pun sebenarnya jarang bersedekah kecuali belanja kawan-kawan yang kita kenal, Tapi sedekah kepada orang yang tak kita kenal siapa dan dia juga tidak kenal kita, bukankah itu suatu hal yang menarik.

---------------
Saya tak tahu kenapa, hingga ke saat ini, saya masih tertanya-tanya jika jalan yang saya ambil ini, jalan yang terbaik. 

mama, ayah akak rasa akak tak mampu nak banggakan mama ayah macam best-best student tu. diorang tu dahlah pandai, baik pulak tu.

tapi, boleh tak akak nak jadi anak yang baik.

sebab akak tahu, matlamat akhir hidup kita, untuk bertemu Allah dan berkumpul kat syurganya nanti,.dengan hafiz, irfan, hasif. masa tu, akak nak minta Allah siapkan satu stage dan akak nak bagi ucapan macam mana yang best-best student berucap.

buat mama ayah, terima kasih sebab tak pernah berhenti mendoakan, memberi kata-kata semangat, menyayangi kami sepenuhnya, mendidik dengan penuh kasih sayang yang tiada noktahnya,

--------------
Jual bunga

Tiba-tiba dapat idea untuk jual bunga masa konvo 

Kebetulan, kak nana ternampak story saya di insta. Kak nana, bagitahu, bunga yang dia nak dan minta saya buatkan. macam biasa, taste kami selalunya sama. saya tahu jenis yang mcam mana kak nana nak. dan bunga tu cuma dibalut dengan brown paper, diikat dengan tali vintage berwarna putih. so, boleh nampaklah vintage kat situ.

masa kak nana dalam dewan menuggu giliran, saya bawa bunga tu dari tangga batu cave menuju ke dewan main audi untuk jumpa cik yong.

sempat main dengan anak buah sekejap. haikal yang sangat lasak tapi nasib baik comel. hee

saya sempat berbual dengan cik yong. soalan favourite mak-mak.
"study macam mana? okay tak?"

cik yong sempat share waktu kak nana grade untuk degree dulu. cik yong tak pernah tahu, kak nana best student, sehinggalah hari convo. ada orang yang escort masuk ke dewan. duduk di barisan vip. tak cukup dengan itu, kak nana pun bagi speech jugak masa convo. 

setiap kali saya ulang tayang video tu, setiap kali tulah, saya menangis lagi dan lagi.

tak semua orang mampu untuk bagi speech yang betul-betul menyentuh hati dan tinggalkan kesan di hati kita.


Kak Nana :)


Post ini ditulis sementara mood convo masih ada. ada orang yang struggle dalam pelajaran. ada juga yang masih struggle untuk dapat inspirasi. ada juga yang masih struggle untuk cari purpose of life. 


Saturday, 7 October 2017

meninggalkan atau ditinggalkan



Harini, hari yang agak produktif tapi sedikit caca merba. haha. Pagi2 lagi dah bangun dan niat nak siapkan written submission mooting yang sampai waktu ni pun masih belum siap. ya allah. bantulah aku letak kes yang boleh support my submission.

Kebetulan, family datang. Ayah call dan tanya either aku busy ke tak. Walau macam mana busy pun kita, takkanlah nak kata tidak bila masanya untuk kita luangkan dengan family. So, i just say yes. Walaupun sebenarnya, ada daurah pukul 2. dan masih risau tentang mooting yang tak siap-siap lagi. 

Adik tanya akak nak makan kat mana? Susah pulak nak jawab soalan ni. Sebab jarang keluar makan luar uia. Biasanya, keluar pun sebab beli barang je. tu pun, sangat lah jarang. 

Pusing punya pusing, berhenti je kat satu kedai makan tu, sedappp. Nasi ayam Berageh namanya. tak taulah apa maksudnya. yang pasti, ayam nya garing.

--------
Dah pukul 3. Balik mahallah kejap untuk ambil buku nota. terus pergi daurah kat econs. lewat sejam. daurah mula pukul 2 sebenarnya. 

dengan tebal muka, aku masuk je. duduk kat bahagian depan. 

ya allah, mengantuknya masa tu. menguap-nguap tak habis. rasanya, masa tu masih dalam proses penghadaman. usus penat bekerja agaknya. speaker pun macam nampak je aku mengantuk. tiba-tiba ada pulak aktiviti mengira. aduhh. masa ni, lagilah tak boleh brain. aku pun buat-buatlah mengira.

daurah kali ni agak berbeza. banyak kaitkan fenomena alam dengan kewujudan dan kekuasaan Allah. dan speaker adalah ahli fizik. so, banyak kaitkan dengan sains.

best sangatt sebenarnya. aku je yang mengantuk. duduk dalam kelas tu rasa macam duduk oversea pun ada. dengan air-cond yang agak sejuk.

---------
satu benda yang aku nak buat. tapi, masih belum berani. tanya, ya, tanya.  tak tahu tapi tak nak tanya tu sombong hafizah. tapi, serius tak boleh nak brain tadi. dah cuba nak tahan ngantuk. duk urut-urut dan cubit tangan sebab terlampau mengantuk. teruknya lah rasa.

jangan kan daurah. kelas-kelas yang lain pun, aku selalu menguap.haihh

--------
harini aku sempat berkenalan dengan seseorang. 

Dr Atiq Hamid

seseorang yang tak kenal aku. tapi, aku kenal dia melalui orang lain.

dan, sedikit kesal, sebab orang yang aku kenal ni, sudahpun, meninggalkan dunia ni.

insan yang sangat hebat peribadinya. sehinggakan semua orang pun merindukan beliau. even non-muslim pun kata, "orang baik memang macam ni"

dan orang ini antara insan yang rapat sangat dengan speaker. beliau seorang doktor perubatan. dan sempat saya stalk beliau yang sebenarnya, best student spm 2003. masyaallah hebat. lagi hebat, beliau memilih tarbiah sebagai jalan hidup.

-------
di akhir daurah, dr ikhwan hadi, speaker kami. sempatkan katakan sesuatu yang membuat aku tersentuh sedikit. kata beliau, ini mungkin daurah yang terakhir beliau sampaikan. dan memberi laluan kepada yang lain untuk sampaikan daurah yang macam ni.

beliau sebenarnya, ada sedikit masalah kesihatan. dah 2 tahun. dan paling terkesan, orang yang merawat beliau adalah dr atiq hamid tadi yang dah pun meninggal terlebih dahulu. bayangkan, allah menjemput dahulu orang yang merawat beliau.   

dan ini, membuatkan aku terfikir.

meninggalkan atau ditinggalkan.

yang mana satu?

kita takkan mampu memilih sebenarnya. melainkan keduanya, dalam keadaan yang baik dan mendapat redha Allah kedua-duanya.

-------
Dr Atiq

orang masih lagi mengenang-ngenang, menyebut-nyebut kebaikannya. seorang yang humble, zuhud. tidak memilih untuk hidup mewah walaupun beliau sebenarnya mampu. manakan tidak, beliau seorang doktor

laptop model lama yang tebal itu juga yang dipakai. terasa suatu pembaziran untuk dapatkan yang baru. beg lusuh yang sama yang masih dipakai dan dibawa ke mana-mana pun beliau pergi. sudah koyak, dijahit lagi. begitu banyak kesan jahitan pada beg tu. (ada gambar yang saya lihat di fb seprti yang dr ikhwan ceritakan). beg tu beliau dapat free dari suatu program yang beliau hadiri tapi masih setia dengan beg yang sama walaupun sudah terlampau lusuh. 

beg itulah, yang memikul segala kerja-kerja beliau termasuklah laptop tadi. sehinggakan ke mukhayyam pun beliau masih bawa. terasa 30 minit masa senggang itu sangat berharga untuk beliau siapkan kerja.

ramai yang menjadi saksi beliau tidur sewaktu usrah dan mukhayyam.

dan semua orang tahu, beliau orang yang teramat sibuk. jadi, tak hairan jika beliau tidur. beliau ada valid reason untuk tidur. kita? saya ? hmmm. (aduhhh)

hidup beliau bukan hanya untuk beliau. seluruh hidupnya, banyak dimanfaatkan untuk kerja-kerja dakwah dan kebajikan. dan tak hairanlah, even non-muslim pun sangat suka dengan beliau kerana...peribadi yang ditunjukkan. aku percaya, peribadi membuatkan manusia sangat mudah jatuh cinta.

teringat kata-kata dr ikhwan tadi. beliau ceritakan sewaktu beliau hendak melawat dr atiq di hospital. beliau terserempak dengan guard. guard terus tanya, "nak jumpa dr atiq ke? orang baik memang macam ni". bila dah terlalu ramai yang mencari beliau, itu tandanya, beliau banyak berbakti dan orang-orang pun merindukan beliau. waktu ni, beliau masih koma.

-------
satu perkara pelik,yang tak dibuat orang adalah cara beliau taip mesej. beliau sangat sukakan jawi. ya, beliau tulis jawi. even ayat dalam bahasa inggeris. beliau tetap tulis jawi. beliau sangat jarang muncul dalam whatsapp. tapi, sekali tulis, pening dibuatnya. dan lagi sekali, beliau membuatkan semua orang merindukan beliau dengan tulisan jawi yang tak pernah dibuat orang.

saya stalk fb wife beliau. hehe

ternampak satu screenshot mesej whatsapp. dalam jawi. beliau seakan-akan meluahkan perasaan tentang umat di zaman ini. terlampau banyak masalah umat berlaku. 

kadang-kadang saya terfikir, orang yang pergi meninggalkan kita. mereka sudahpun, selesai jalankan tanggungjawab mereka. tinggal kita? and you what would you do for love (bak kata iklan dior)

and we what kind of change u wanna bring to this world? ke mana tenaga kita dihabiskan? 
-------
tiba-tiba ada sorang sister bercerita tentang dr atiq. sister tu asalnya, tak jadi nak datang. tapi, datang jugak akhirnya, selepas terinspirasi dengan kisah dr atiq. beliau tak pernah miss usrah. walau busy macam mana sekalipun. beliau akan datang walaupun lambat. beliau akan datang walaupun akhirnya tertidur dalam usrah atau mukhayyam. dan semua orang jadi saksi, lihat beliau tidur.

dan paling penting, semua orang jadi saksi, masa dan tenaga yang beliau sumbangkan. dan kebaikan itu akan terus mengalir buat beliau sampai bila-bila.

-------
Assignment untuk daurah kalini :
Tulis essay tentang satu habit yang kita akan lakukan untuk ubah dunia -dr ikhwan hadi

masyaallah

semoga hafizah juga menjadi insan hebat!ameen 

p/s : post ini ditulis dengan harapan mood dan idea untuk siapkan submission datang mencurah-curah




     

Wednesday, 27 September 2017

You have to be at your strongest when you are at your weakest

Saat kemenangan itu bermula bila kamu melawan rasa lemah itu

Sesungguhnya Allah lebih menyukai orang yang kuat

Janganlahh merasa lemah. Kerana kemenangan itu semakin hampir #dushhh

Kuatttttttttt;))))))))

Saturday, 23 September 2017

kuatkan


ya allah, hanya engkau yang mampu kuatkan aku, tambahkan kecintaan ku terhadap bidang yang aku  ambil
semoga setiap hari aku bertambah suka untuk menambah ilmu ini. dan semoga ilmu membawa aku dekat pada engkau.
aku takkan mampu melainkan engkau yang memberikan kemampuan
dan aku tahu engkau tuhan yang maha mendengar sekalipun cuma lintasan-lintasan di dalam hati
rabbana yusahhillana

mood: company
meja belajar, nusaibah, 1:19pm

Saturday, 2 September 2017

?

Saya kurang pasti dengan apa yang saya rasa. Saya rasa macm nak hilang ingatan sekejap boleh tak? Tak nak ingat benda2 yang selalu buat diri down.

Rasa macam nak tahu. Sebab dah penat nak fikir. Tapi, tak tahu macam mana nak mula. Dn lagi parah, benda ni affect banyak benda2 lain.

End up, pendam lagi.eloklah tu.

Allah tunjukkan jalan buat hambaMu yang keliru ini.

Monday, 21 August 2017

mood: angin, hujan

semalam mungkin di kalngan kita, ada yang merancang untuk settlekan pakaian-pakaian yang hendak dibasuh. dijemur. cuaca terik semalam. perasaan malas pula yang datang. 
harini, waktu ini. (2.54pm) hujan turun agak lebat saat saya menaip post ini. niat kita yang pada asalnya untuk uruskan pakaian, terbatal lagi. jemuran masih belum kering.

-------

Keadaan akan sentiasa berubah. suasana. persekitaran kita. seiring masa. usia kita pun kian bertambah. kita tak mampu meminta masa menunggu kita. bahkan, kitalah yang harus menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku. 

baik panas atau hujan, kita takkan dapat duga cuaca harini, esok dan seterusnya. begitu juga, hal-hal yang bakal kita hadapi pada masa akan datang. yang pasti, lakukanlah yang terbaik untuk harini, pada saat ini. 

sesekali kenangan lama datang menyinggah. saat kita lewati suatu tempat atau dari musik yang diperdengarkan. kedua-duanya seakan-akan menyimpan momen-momen tertentu dalam hidup kita. kedua-duanya memainkan peranan untuk merakam perjalanan hidup kita.

angin mula bertiup kencang menandakan hujan akan turun. daun mula gugur saat ditiup angin. dia tidak tahu bila masanya dia bakal gugur ke tanah. dia cuma perlu akur bila tiba gilirannya untuk berehat di daratan pula. selalunya di atas, saat badan masih hijau. kini, kekuningan. sudah sampai masa untuk berehat. hanya tinggal tunggu angin membawanya turun. tapi, dia tidak pernah membenci angin. kerana dia tahu angin cuma jalankan amanah yang diberi Tuhan.

kita tak boleh salahkan keadaan yang terkadang merumitkan kita. kita lah yang harus tetap tumbuh. perbaiki apa yang masih kurang. barangkali, ini caranya untuk membuatkan kita tetap teguh, terus tumbuh.

Terowong Nusaibah

-------


selamat menikmati hujan :)


mahallah nusaibah
3.27pm

Sunday, 20 August 2017

First step




Semuanya memerlukan langkah pertama.

-----

Sejak kecil, saya adalah seorang kanak-kanak perempuan yang pemalu dan pasif. Saya cuma akan mudah mesra dengan ahli keluarga terdekat saja.

Saya dan ayah akan selalu bercerita setiap kali ayah mengambil saya pulang ke rumah. selalunya, saya akan balik sendiri. dengan public transport. jarang ayah ambil saya melainkan jika barang terlampau banyak atau ada hal lain yang perlu saya uruskan sehingga lewat petang di uia. biasanya waktu malam, selepas waktu kerja, ayah ambil saya.

Suatu hari, ayah kata saya seorang yang agak ambitious. saya sangat bersungguh-sungguh bila buat sesuatu. apa sahaja pertandingan. saya mesti nak libatkan diri. mewarna, sukan, bercerita, buku skrap. name it. semuanya, saya teringin. dan saya akn pastikan saya juara. haha. kelakar pulak rasa bila ingat balik. walaupun sebenarnya, saya tak lah berapa ingat. sehinggalah ayah ceritakan kepada saya.

yang menariknya, saya pasti akan menang dan bawa balik banyak hadiah daripada pertandingan yang saya sertai. jarang saya beli peralatan sekolah.sebab kebanyakan saya guna barang sedia ada daripada hadiah yang saya dapat.



dan, semua tu, bermula dengan langkah pertama.


------
Cikgu tahu saya pemalu. mungkin dia sengaja memilih saya untuk masuk pertandingan bercerita. saya pulak, jenis yang tak tahu nak menolak pelawaan. saya yang masih kecil, ikut saja apa yang diminta. cikgu beri skrip pada saya. pulang ke rumah, siang malam saya berlatih. tajuk cerita tu, "A crow and his jar". bercerita sambil menggayakan ikut apa yang saya bayangkan dari cerita tu.

Dan, tak saya sangka, saya menang tempat ketiga. Okaylah, not bad. Itulah, permulaan. saya menjadi semakin berani untuk mencuba apa sahaja. tapi, yang pastinya, perlu ada orang yang 'initiate' saya terlebih dahulu. mustahil untuk saya sertai semua ni atas kehendak sendiri.

------
Pernah suatu ketika, cikgu menyuruh kami pergi latihan sukan lompat tinggi. malangnya, tak ramai pun yang pergi. sampailah giliran saya untuk lompat. saya fikir, sukan ni hanya sesuai untuk orang yang tinggi. saya pasti yang saya memang takkan lepas. 

macam yang saya bayangkan, saya cuma berlari dan melanggar tiang melintang lompat tinggi tu. ahh malunya! saya serik. lepasni, saya takkan pergi lagi.



Tiba hari sukan.


Rumah sukan kami, Temenggong (Hijau), masih belum ada wakil untuk acara lompat tinggi. Tiba-tiba nama saya dipanggil ke padang. tak pasal-pasal, saya kena jadi wakil untuk acara tu. seriuss nervous masa tu. bila tiba giliran saya. saya berlari ke arah tilam dan melompat sekuat hati tanpa mata saya melihat tiang di depan. saya terbang dan menghempapkan badan ke tilam. tak sangka, saya lepas rupanya. saya tak sedar apa yang berlaku. semuanya terlalu pantas. debaran yang saya rasa pada awalnya. rupanya hanya sementara.

untuk pemain amateur macam saya, kira okaylah kan untuk dapat tempat kedua. hehe:)



dan, ia takkan berlaku, melainkan dengan langkah pertama.

------  
SUKAN SEA 2017

Malaysia menjadi tuan rumah bagi sukan sea kalini.

Saya teruja bila sultan Mizan mewakili negara bagi acara Endurance berkuda. saya pun tak pasti bagaimana sebenarnya acara sukan tu. dan sultan berjaya merangkul dua pingat emas sekaligus menjadi sultan yang pertama dalam sukan sea.

pasukan bola jaring negara pun tak ketinggalan. pencapaian yang cukup menggugahkan bila mereka juga menang besar mengalahkan singapura . dengan jaringan 65-41. dan tentunya, pingat emas buat mereka. (hoho. dah macam pengulas sukan pulak bunyinya)

I was a netballer too

setiap murid akan ditentukan kelab sukan dan unit beruniform masing-masing. dari situlah, sebenarnya, saya mula terjebak dengan netball. mula-mula memang rasa susah sebab saya rasa saya rendah dan tak mampu nak shoot bola. penat . tapi, lama-lama rasa addictive. susah nak berhenti, kepuasan tu datang bila kita dapat pegang bola walaupun belum tentu mampu untuk jaringkan gol. maklumlah, orang rendah kann, hmm

haritu, saya datang latihan macam biasa. untuk penuhkan kehadiran koku yang wajib. saya enjoy main seperti biasa. selesai semuanya, cikgu sebut beberapa nama termasuklah saya. rupanya, ada pemilihan wakil sekolah untuk MSSD peringkat zon. saya tak ingat apa yang saya rasa waktu tu. blur mungkin.

melihatkan tubuh saya yang kecil, cikgu biasanya letakkan saya di posisi C (center). adakalanya, WA (wing attack) sayap kanan penyerang. dua-dua posisi ni sememangnya, perlukan orang yang lincah dan tangkas. bonus, sebab saya kecil. jadi, pihak lawan takkan perasan bila masanya saya mencelah masuk. stamina saya agak terhad. jadi, cikgu cuma jadikan saya pemain reserved. position tak sesuai dengan saya.  

minat saya terhadap netball terbawa-bawa sehinggalah saya masuk ke sekolah menengah. 

uniknya, sukan kami cuma ada empat di sekolah menengah. memanah, taekwando, berkuda dan berenang. sukan-sukan biasa seperti bola jaring dsb tiada di sekolah kami. jadi, sukan ni kami hanya main bila ada masa lapang saja untuk suka-suka. atau latihan untuk hari sukan. 

setiap kali ada hari sukan sekolah, saya akan cepat-cepat daftar untuk team netball. satu-satunya sukan yang saya mahir selain ping pong. badminton? jangan haraplah. memang sampai ke sudah shuttle tak melayang. saya cuma pandai pukul angin. (lebih baik, jual satay kannn) okay, serius hambar... mungkin saya lebih selesa bermain dengan tangan semata-mata dan bukan dengan alatan memukul. team rumah sukan saya selalu juga jadi juara netball :) tipsnya: no hatred, enjoy the game!


dan semua ni bermula dengan adanya langkah pertama.
-------

Bila kita semakin dewasa, kita tak lagi boleh mengharapkan orang lain untuk gerakkan diri kita. kita tahu apa yang kita mahukan. impian. cita-cita. tiada siapa boleh buatkan untuk kita. melainkan diri kita sendiri. keyakinan terhadap keupayaan diri sendiri harus ada. keyakinan datang bila kita berani. keberanian pula datang bersama-sama dengan langkah pertama. 

ya, kita harus mulakan langkah.

kalau bukan sekarang, bila lagi?



   

Thursday, 17 August 2017

menjaga

Terasa baru saja haritu, kami duduk sebumbung di asrama. berkongsi semua benda bersama. Dan hari bersejarah ini, adalah hari Fina. dan pasangannya, yang rupanya abang kepada senior saya di UIA. waktu nilah, waktu kami ber'reunion dengan kawan-kawan sekolah lama. setakat ni, wedding fina lah yang paling ramai hadir. semua orang pun tak sangka yang fina dah kahwin!!


saya save dekat insta sebagai kenangan di hari tua nanti. (eh, dah tua pun main insta ke?)


Mirah, pandai dah ye sekarang. matchy-matchy gitu.hehe


Rindunya korangg..



Fina yang saya kenal adalah seorang yang sangat menjaga. maksud saya, menjaga batasan dengan lelaki. dia tak pernah melayan mana-mana lelaki. ajak bercouple dsb. Seseorang yang sangat lembut perwatakannya, sangat masyi dalam al-quran. sungguh, saya kagum. saya dan dia, tersangatlah berbeza. 



Saya masih ingat ada suatu ketika. dia bertanya kepada saya bagaimana cara untuk menjaga hati dari perkara yang tak sepatutnya. lebih tepat dilema menyimpan perasaan terhadap lelaki. katanya, dia lihat saya seorang yang mampu menjaga hati daripada perkara tu.



Saya yakin. semua orang pernah lalui perasaan suka terhadap seseorang. baik dari segi apapun. tingkahlaku seseorang, gaya percakapan, akademik, kepimpinan mahupun rupa. Saya juga pernah berada di tempat tu. mustahil tidak. kerana saya juga insan biasa yang punya perasan. awal-awal lagi saya sudah menolak andaian rakan-rakan bahawa saya anti lelaki. Sampaikan, ada yang ingat saya pernah bersekolah di sekolah yang semuanya perempuan. masakan tidak, saya berjalan tak tengok orang. hampir saja, tong sampah bergolek ke longkang. atau saya sendiri langgar tiang (hiperbola sangat). saya akan rasa malu dan awkward bila berhadapan dengan lelaki. 



Selain biro kebajikan di sekolah dulu, saya juga bolehlah dikatakan kaunselor asrama. banyak orang bercerita soal perasaan dengan saya. oppss. girls only ya. Fina lah antara orangnya.



Tak sangka. masa pun berlalu. Fina pulang dari Jordan selepas tamat pengajian tiga tahun di sana. Perfect timing!



Seorang sahabat jordan yang merisik Fina, bertanyakan kalau dia sudah berpunya. Fina yang sekadar bergurau menyatakan bahawa dia bersedia untuk terima abang saudara sahabatnya itu. Long story short.



Lelaki itu, bukanlah seseorang yang dia kenal. bahkan jauh beribu batu dari tempat Fina waktu tu. Seorang di Jordan. seorang lagi di London UK. Complete package. Bakal suami Fina masa tu bukan calang-calang orang. Seorang yang menghafaz al quran, bachelor in engineering dari UK, matang kerana dia lebih berusia. 3 tahun lebih tua daripada kami, tak silap saya.



Fina menjemput kami melalui invitation group di Facebook. Saya terlihat sesuatu di ruangan komen. menarik perhatian saya.
                                        
                                             "Orang hebat dengan orang hebat jugak"



Setahu saya, Fina seorang yang biasa-biasa saja waktu di sekolah dulu. Tapi, sejak di universiti, keadaan sekeliling mendorong dia untuk menjadi lebih berani dalam hal-hal kepimpinan terutamanya. Kali terakhir saya berjumpa Fina adalah waktu kami pulang dari beraya di rumah guru-guru dan rakan-rakan sekolah sekitar banting. Saya, Aimi, Amirah tumpang bermalam di rumah Fina. sambil-sambil bercerita tentang perkembangan masing-masing. Daru gaya percakapan dan hal-hal yang diceritakan, saya nampak kematangan Fina. berbeza dengan dirinya yang dulu. Saya kagum. Saya yakin, suaminya juga orang yang hebat sama sepertinya. Aimi pun tak kurang hebat. Kini, dia orang kuat MPP di USIM.

Saya langsung tak perasan. ada barang-barang seperti hantaran di bahagian ruang tamu. atas meja. Fina perlahan-lahan berbisik kepada kami. ada sesuatu yang dia nak ceritakan. rupanya, dia akan bertunang esok harinya. saya agak tekejut waktu tu. dalam masa yang sama. tumpang gembira :) (Fina dah pun jadi isteri orang)

Walaupun rumah saya tidaklah terlalu jauh dari rumah Fina. Tapi, terasa segan pula nak datang waktu majlis bertunag tu nanti. biasanya, hanya saudara terdekat yang hadir. apapun, saya mendoakannya dari jauh.

------
Ada seorang pensyarah yang agak rapat dengan saya waktu di cfs dulu. dan banyak menasihati saya dalam pelajaran dan hal-hal lain. bagi saya, dia juga seorang kaunselor. seorang sahabt baik juga

Teringat pesanan madam tempoh hari,
"Nanti kalau ada yang nak berkawan, jangan jual mahal"

lebih kurang begitulah bunyinya.

kata madam, lepas grad, ramai kawan-kawan masa zaman belajar dulu yang masih belum bertemu jodoh dan minta madam carikan. saya menghormati madam. tapi, saya juga ada pendirian tersendiri. saya yakin setiap yang terjadi, ada hikmah disebaliknya. mungkin kita masih belum cukup berbakti pada ibu bapa dan inilah masanya untuk kita berbakti. atau mungkin ini ruang untuk kita kukuhkan pendapatan dahulu an siapa tahu, pihak satu lagi pun sebenarnya seang usahakan sesuatu.

Buat masa sekarang, saya cuba untuk bina kemampuan diri. tunaikan semua keinginan saya yang tersenarai dalam bucketlist. selalunya, random things i wanna do while im still young (ceh, kononnya). saya teringin nak buat banyak benda dengan rakan-rakan sekeliling sementara masa masih ada. develop skill2 baru untuk kegunaan masa depan. siapa tahu, ilmu ni berguna di alam rumah tangga nanti ;)

bila sampai masanya, adalah nanti (if you know what i mean)

-------
seorang rakan mengadu pada saya. dia terlihat sepasang couple cina dating sedangkan guard ada dekat dengan mereka. rakan saya melepaskan rasa tidak puas hati;
"agak-agaklah. dekat tempat awam kot. dalam uia kan ada rules"

Saya setuju dengan dia.

"ramai kan yang buat macam tu. dekat terowong aikol pun selalu jugak nampak. malam pulak tu. kat luar apatah lagi"-saya

"kat luar tu takpe la. pandai-pandailah. ni dalam uia. kan ada rules. ada pak guard lagi kat situ"-rakan

Saya tak setuju dengan yang ini.

Saya pulak tiba-tiba rasa tak puas hati dengan statement ni. Saya tahu kenapa dia berkata begitu. sebab dia sendiri pun bercouple. entah. mungkin sebab saya rapat dengan dia. jadi, agak susah untuk saya nasihat. 

bagi saya, allah tu ada di mana-mana. tak perlu tunggu manusia. bukan soal uia atau packguard yang kita takutkan. allah yang kita sembah. apa gunanya hari-hari kita solat. tapi, perkara lain yang menakutkan kita. apa makna solat kita?

saya sendiri pun banyak kelemahan. takut-takut kalau diuji semacam dia. nauzubillah.

saya cuba untuk lihat kebaikan dia. dia selalu ingatkan saya solat awal waktu.
------

Ciri-ciri future husband saya inginkan? saya simpan dalam catatan sendiri. takkan nak bocorkan rahsia kat sini kan? haha.

semua orang akan ingat, saya nak yang ala-ala ustaz. tapi, bagi saya, cukuplah kalau dia seorang yang beragama dan juga menjaga. bertanggungjawab pastinya. dari cara dia melayani keluarga dan adik-beradik, kawan-kawan sekeliling. bonus, dia seorang yang tenang, tersusun, berdikari dan kelakar.

sabar ye, tiga tahun lagi.

------
Dari kecil, tiada pesanan tertentu dari mama, melarang kami adik-beradik bercouple dan sebagainya. entah. saya tak teringin pun. cuma, ada lah sesekali mama mengusik. saya pun ada juga bercerita tentang seorang lelaki yang minat saya. dan saya pun tak tahu apa yang menarik tentang saya. rasa macam takde pape pun. mama suruh pesan pada budak tu untuk tunggu saya habis belajar. haha. apapun, bagi mama, pelajaran tu prioriti after solat. tapi, memang tak lah saya nak bagitahu budak tu macam tu. saya memilih untuk berdiam waktu tu. lepas tu, tiada apa-apapun yang berlaku.

setiap kali pulang ke kampung, bersalaman dengan embah sebelum balik ke rumah semula. embah akan pesan pada saya;

                                           "semoga mendapat jodoh yang sempurna"

Saya cuma meng'amin'kan. walaupun saya tahu, tiada siapa yang sempurna.

setiap kali pulang ke kampung, makcik pakcik pasti akan bertanya, lagi berapa tahun nak habis study?. macam biasa, saya akan jawab, lambat lagi.3 tahun lagi. saat kawan-kawan sekolah yang belajar di overseas habis study dan pulang ke malaysia. saya masih berbaki 3 tahun lagi di sini.

Fina pun dah habis study. balik dari Jordan. dan dah kahwin dah pun.


                                  makcik makcik pun ada yang pesan pada saya;
                                               "nanti carilah pakwe kat sana"
  
                                                  ada jugak yang tanya mama,
                                                  "sah, hafizah tu dah ada ke?"


saya mula bermonolog, "apa-apa jelah.hmm -,-"


Tetap dengan pendirian saya, saya takkan beri hati pada orang dengan mudah.

------
Mama selalu pesan, 
"akak, nanti ikut macam mama. habiskan studies dulu. umur 26 kahwin."

masa tu, saya rasa macam, dah dewasakah aku?

apapun persiapan perlu bermula dari sekarang. kena belajar masak, kemas rumah, urusan-urusan mesti tersusun kemas. bangun awal pagi ye. jadi produktif sikit. tambah ilmu. banyakkan membaca. lagi-lagi isu semasa. kukuhkan kewangan. duit poket sendiri. dapat result bagus. apply job yang bagus-bagus jugak. ilmu tentang pendidikan anak-anak.owhh banyaknya yang saya harus pelajari. sementara masa masih ada. jangan terburu-buru nak mendirikan rumah tangga. at least kita tahu basics. and benda tu semua akan lebih mudah untuk perbaiki bila kita dah masuk ke alam tu nanti.
-----

ya, 3 tahun lagi. masa untuk saya susun atur semula susunan hidup saya. moga allah permudahkan. doakan!

                            
                               " sampai waktu diizinkan Tuhan, doa kita dimakbulkan "





   


  


   

Wednesday, 16 August 2017

Kecil tapi bermakna

Selesai je mock trial, iera ajak keluar sebab teringin sangat nak makan fast food. Lepas makan, kitorang pergi Kaison cari hadiah. untuk tukar-tukar haiah jamuan malam tu. Tak tahu kenapa. Dah lama rasanya tak bagi hadiah untuk orang. Rasa seronok pulak cari. pilih hadiah untuk orang. Lagi bahagia, wrappers dekat kaison semua comel2 an sangat lah murah. Betullah orang kata, tangan yang memeberi itu lebih baik :)

Aku beli tumbler. Tumblr ala2 swag gitu. Ada kata-kata atas tu "We need to act" dengan gambar kucing pakai shade. Cool tak? Iera pulak beli board yang ada tali. boleh letak gambar polaroid. Kalau kitorang tukar sesama kitorang pun best jugak. Sebab aku pun suka hadiah yang Iera beli. Hehe. Memang tak lah. Sebab kitorang akan randomly cabut undi nanti untuk tentukan hadiah mana yang kitorang dapat nanti.      

------


Kitorang makan agak mewah. Semuanya Anas, budak junior kelas yang masakkan. Sejujurnya, saya sangat cemburu dan malu sendiri dengan lelaki yang boleh memasak. 

Chicken pie
Spaghetti Carbonara, bolognese
Sandwich
Triffle
Oreo Cheese cake
Barbeque
Ikan sweet sour

Sedap kan? First time jamuan semewah ni dan lagi special sebab semua nya home made. I love anything homemade.

Ikan pun cikgu bm kami yang sponsor. Cikgu memang suka memancing.


------
Masing-masing bawa hadiah untuk sesi tukar hadiah nanti. Ada yang besar, ada yang kecil. Ada yang berat, ada yang ringan. 

Sesi tukar hadiah yang sangat lucu dan meriah sebab fauzi, ketua kelas yang sentiasa riuh, menceriakan lagi kelas kami.

Aku dapat hadiah no 6, 3 batang pen pilot. Aku sangat hargai pen tu. walaupun hadiah tu agak kecil. Tapi, bermakna. Paling kurang, boleh guna time exam nanti. 

Ada yang cakap,
"Fizah dapat pen je ke?" dengan nada sembang biasa. aku tahu dia tiada niat untuk guriskan hati sesiapa. 

Tiba-tiba seseorang berkata,
"Eh kau ni, mana tahu nanti, dengan pen ni dia dapat dean's list"

Wah, aku tak sangka dia akan cakap macam tu. Aku tak kisah pun pada mulanya. Tapi, bila difikirkan balik, andai ditakdirkan aku dapat dean's list nanti hal sekecil inilah yang akhirnya menjadi benda paling bermakna bagi aku.

Orang yang cakap ni, orang yang sama puji individual presentation aku. Aku rasa biasa-biasa je. Tapi, dia yang terlebih impress mungkin. Walau apapun, jujurnya, kata-kata dia sedikit sebanyak bagi semangat pada aku. an aku berterima kasih untuk itu. Sedangkan, aku rasa dia jauh lebih hebat. 


Untuk hal-hal terkecil dalam hidup kita. jangan pernah kita pandang remeh. Setiap satunya, ada nilai yang tersendiri. Titis hujan yang jatuh, angin yang bertiup, daun yang gugur. Semuanya indah bukan?

Paling penting, keikhlasan kita dalam memberi. Sesuatu yang diberi dari hati, akan sampai ke hati jugak bukan? 
------

Kelas bm time short sem ni adalah kelas yang aku enjoy belajar after succession. Akhir jamuan, cikgu beri sedikit ucapan. Cikgu pun puji kelas kami yang paling happening selama cikgu mengajar. Mungkin sebab bonding antara kami yang agak kuat walaupun cuma untuk beberapa minggu. Yang lagi menguatkan bonding adalah waktu kami sama-sama prepare untuk jamuan.

------ 
"Aku rasa hadiah kita semua ni macam kena dengan masing-masing" -qilah

Akhir jamuan, kami semua rasa, hadiah yang kami dapat ni macam 'kena' dengan masing-masing. Haha. Aku? Bakal dean's list mungkin? Ameen :)

Aku juga dah berjanji dengan mama aku akan dapatkan dean's list untuk subjek ni. Tak salah untuk pasang impian kan? :)

p/s: Nilai sesuatu benda bukanlah terletak pada ukuran saiz atau harganya tapi, sejauh mana keikhlasan kita sewaktu memberi





Saturday, 12 August 2017

Three musketeers (never ending story)

Turn on lagu Faizal Tahir, Sayang untuk pastikan anda dalam mood yang betul. Eheh



Post kali ni ditujukan khas buat adik-adik kesayangan (sayang ke?) Uwekkk.

Manalah tahu, kot2 korang terjumpa blog ni (ke tak jumpa2? who cares?). Entah, masa tu akak ada lagi atau tak. huhu



Entah kenapa, tiba-tiba terscroll gambar-gambar dalam gallery phone. Tetiba jugak terjumpa gambar lama diorang bertiga. Hafidz masa tu, tengah pegang hasif yang still baby (owhh so cuteee) dan Irfan with his curly hairs. Nampak je rambut dia, memang akan teringat insiden ikan dalam balang mati sebab kena cekik dengan budak ni. Sedih, sebab tak jumpa gambar yang ni. Kalau tak, boleh kukuhkan lagi bukti crime yang dia dah buat. Bukan sekali, berkali-kali ikan mati. Haha. Sadis sungguh.


Tengok gambar ni, akan buat hati kita cair.

qt-pie :))


Mungkin ni tips untuk redakan kemarahan bila tengok balik gambar masa diorang kecik-kecik dulu. Terus tak jadi nak mengamuk.


Mama selalu marah kitorang sebab asyik gaduh. Tapi, aku rasa, itulah cara kitorang communicate sesama adik-beradik. Takde siapa yang faham how it actually relates. Bagi aku, itulah yang kuatkan hubungan kitorang as siblings. I dont know how to describe it. But, everytime they are not around, I feel empty. No one would tease you like they usually did. Kitorang memang tak tahu macam mana nak treat sweet2 sesama kitorang like normal siblings did. Tapi, macam nilah kitorang. Memang tak sah, kalau tak gaduh satu hari.


Bila, dah besar, nak kumpul pun agak susah. Masing-masing akan tanya like,
"Bila akak nak balik?".
"Akak, kau cuti sampai bila?"
"Irfan pergi mana?"
"Kita ada melawat Hasif tak weekend ni?"
"Bila Hafidz nak balik?'
"Akak, kau cuti sampai bila?"


Saya masih ingat waktu sekolah menengah dulu. Satu keluarga datang melawat weekend. Masa nak balik tu, Hasif cried so hard saying;

"Nak bawak akak balik"

Dia ulang banyak kali kot.

Tak pernah dia macam tu. Aku pun pelik juga masa tu. Like I said, kitorang tak reti nak ber sweet-sweet.

-----------------

( 3 : 1 )

Ini ratio yang aku letak nak menggambarkan ;

Aku, seorang anak tunggal perempuan

Tiga orang adik beradik lelaki

Walaupun aku perempuan, taste aku bukanlah keperempuanan sangat. Aku suka sports macam hiking, jungle tracking, ice skating, skate boarding, sand boarding atau apa2 yang lasak. I was a netballer and swimmer too. Tapi, ada satu exception which is BOLA sepak. haha.

Tak tahulah kenapa, tapi memang tak boleh nak hadam kegilaan diorang ni terhadap makhluk yang bernama BOLA.

Macam kebiasaan budak lelaki, diorang memang gila bola.

I have to admit that diorang serious hebat bab-bab geografi and world map semua ni sebab bola. Sejarah bola semua diorang tahu. Me? I am not impress at all (ni memang tipuu). Walaupun diorang tak suka baca buku macam kakak diorang yang 'nerdy' ni, tapi, sejarah diorang tip top, I must say.

-----------

Lagi satu masalah bila kebanyakan taste kitorang sama.

"Siapa ada nampak beg akak yang kelabu tu?"
"Akak, smart la beg kau. Aku pinjam. Hehe"

Sesuka hati je rembat barang aku (taklah, tak marah pun). Dan, sebab tulah, kadang-kadang saja beli barang yang smart tapi yang warna pink atau pun yang macam perempuan sikit.

----------

Dah penat nak story mory. Till next time ya! Time to sleep already:)








Friday, 11 August 2017

This is our journey



"Hidayah is something like of course you ask for but you have to fight for it"

Wednesday, 2 August 2017

Mak Cik Tua dan Sepasang Kasut



Aku lihat seorang wanita tua masuk ke dalam kedai. Dia membelek-belek kasut yang dirasakan berkenan. Harga kasut ada diletakkan di bahagian bawah tapak kasut. Kemudian dia memanggil aku menanyakan harga kasut itu. Barangkali, sukar untuk dia lihat harga kerana saiz tulisan yang agak kecil  Aku ambil kasut itu dan lihat di bahagian tapak kasut. Nada suaraku sedikit perlahan menyebut harga kasut itu. Tak sampai hati agaknya.

Mak cik itu kemudian meletakkan semula kasut tadi. Dia pergi ke bahagian rak yang terdapat poster promosi 50%. Dia ambil dan mencuba salah satu kasut di situ.

"Oh, yang ni ada diskaun ye?"
"Haah, cik."

Nadaku kembali normal, sedikit mesra dan gembira.

"Acik nak tengok yang ni."
"Saiz berapa?"

Aku lihat nombor artikel di bahagian dalam kasut dan segera ke stor belakang mendapatkan kasut seperti yang diminta. Sambil menyebut-nyebut kod itu secara berbisik, aku ternampak kasut tersebut di bahagian paling atas rak. Aku sedar, aku tidak cukup tinggi, untuk ambil kotak kasut tersebut. aku panjat rak tersebut menggunakan kerusi yang ada di situ. Manager pun kata, dia tak pernah ada pekerja serendah aku. Aku pekerja paling kecil dia pernah ada. Haih lah. Sabar je lah dengan Leng Chai ni.  

Aku keluar dari stor membawa kasut mak cik tadi. aku keluarkan kertas yang digumpal dan disumbatkan di bahagian depan kasut yang digunakan untuk memastikan bentuknya kekal elok. Kasut itu kemudiannya, aku serahkan kepada mak cik tadi. Perlahan-lahan dia cuba memasukkan kakinya. Kelihatan agak susah. Aku, menyarungkan kasut tersebut. Kaki mak cik kelihatan uzur, sedikit pecah di hujung kuku kaki. Kulit yang nipis kedut menampakkan rangka kaki mak cik.

"Acik selesa tak?"
"Okay je. Mak cik ambil saiz ni ye."
"Okay :))"

Aku masukkan semula kasut itu tadi ke dalam kotak. dan bawa ke kaunter bayaran. Dompet kecil dikeluarkan dari beg mak cik. mengeluarkan beberapa keping wang sambil berkira-kira. Kemudian beri pada aku untuk bayarkan. Aku bawa kasut tadi yang kubungkus dengan plastik kedai kasut itu. Mak cik itu menyambut tangan ku dan selitkan sesuatu

"Belajar lagi ke?"
"Haah"
"Sekolah tingkatan berapa?"
"Hehe. saya dah universiti"
"Owhh yeke. Ambil bidang apa?"
"Undang-undang"
"Wahh. Yelah, belajar elok-elok"

Dan, itulah tip pertama yang aku dapat daripada pelanggan pertama pada hari pertama aku bekerja di kedai kasut.

Leng Chai pandang aku.

"wahh, you hari pertama pun sudah dapat duit woo"

Dalam keadaan kekurangan, dia masih mampu memberi. Sedikitpun tidak lokek. Merasakan segalanya cukup. Ikhlas itu, bila kita rasa cukup tapi masih mahu menyatakan syukur.


The best feeling ever when you see someone smiles because of you

Even a quote say.
"Be a reason someone smiles today"

Ini yang menggerakkan aku untuk terus kerja di sini.


Recent post

ayah

aku bersiap-siap, packing barang untuk balik ke uia. dari petang aku berkira-kira untuk balik pukul berapa. sudahnya, malam  jugak aku balik...