Wednesday, 19 July 2017

Bertahan

Apa yang membuat kita bisa bertahan melalui jalan yang sedang kita tempuh sekarang? Meski terasa asing, terasa keliru, terasa bukan seharusnya, kita tetap menjalaninya. Semisal; menjalani kuliah yang kita tertatih-tatih karena bukan pilihan kita, menjalani pekerjaan yang terasa melelahkan dan bukan pasion kita. Kita tengah berbicara tentang sesuatu yang tak pernah kita duga tapi terus menerus memberi kita tenaga dan kemampuan untuk menjalani semua itu. Barangkali ada doa tengah malam dari orang tua kita yang tak pernah kita dengar. Barangkali ada kebaikan kita ke orang lain yang entah kapan telah meringankan langkah kita. Kita tetap menjalaninya, sudah sejauh ini. Coba renungi, bagian mana yang belum kita syukuri :)

Sunday, 16 July 2017

Mencari logam (lagi)

Tomorrow i will go back and face back the bittersweet reality.

Baru aku tahu betapa susahnya nak cari kerja. Ini baru cari kerja untuk part time, belum lagi kerja untuk bidang kita sendiri. Idea ni datang dari last sem lagi. Betapa banyaknya masa waktu short sem. Kelas cuma dua jam sehari. Aku sengaja pilih section yang kelasnya mula jam 8-10pagi untuk mudahkan aku bekerja part time nanti. Tapi, takpe, dalam bab-bab tertentu, aku 'morning person' (kononnya).

Iera kata kitorang bertiga dah sama macam dalam watak 'tiga dara cari kerja part time'. Entah, dah lama rasanya aku tak menonton tv. Tak sedar pulak drama tu wujud. Haha. 

Dari hari pertama sampai UIA lagi, Akma dah pun ajak untuk cari kerja di KL Fest. Tapi, masa tu masih sibuk add drop subjek short semester. Untunglah, si Akma, budak engine dapat privilege vacancy khas untuk diorang. Budak lain, semua beratur panjang sambil memandang tajam budak-budak engineering yang lain. Haish, sabar jelahh. 

Si Iera pulak, waktu tu, belum balik Semenanjung lagi. Ya, dia orang Sabah. Dia balik agak lambat sebab harga tiket agak mahal. Dia pesan untuk reserve bilik sebab aku pun dah offer untuk tolong. Sebabnya, bilik yang aku dapat, cuma ada dua orang which is supposedly, empat orang. Almost tiga hari, aku keseorangan di bilik disebabkan roommate seorang lagi aku tidak tahu ke manakah dia menghilang. Dan, harini dah masuk minggu ketiga, still tak nampak bayang dia kecuali dekat aikol. Haha. Yes. Aku kenal. katanya, ada sedikit urusan di rumah. 

Okay. Back to the topic.

Esok.

Esok.

Esok.

Presentation!!!

okay, takdelah menakutkan sangat sebab our turn should be last thursday lagi but postpone ke esok.

Yang lebih menakutkan sebenarnya, 

Training untuk selection part timers

Yang akan tentukan either aku akan dapat kerja ataupun tak. Betapa susahnya nak cari tempat yang dapat terima kitorang bekerja cuma untuk dua bulan. Apapun, aku kena buat yang terbaik.

Iera, orang pertama training antara kitorang bertiga. Jadi, dia macam lab rats, bahan eksperimen kitorang. Haha. Kesian Iera disamakan dengan lab ratz. Sorry Iera. Ni, just contoh. Contoh je ye. But, aku tahu Iera jenis orang yang sangat dedikasi and komited bila bekerja. Disebabkan tu jugak, dia terus diterima bekerja pada hari yang sama dia training. dan diterima as full timer yang mana gaji dikira monthly which is of course higher. Manager dekat situ pun, siap offer kitorang untuk bekerja long semester nanti. Sangat friendly orangnya. Aku dapat rasa,kerja dekat sini happy je even penat sikit.

Diorang ada jugak ajak kerja dalam parkson, atau kedai-kedai baju. Tapi, aku lebih suka kerja-kerja yang membolehkan aku develop skill baru. Mula-mula tu, aku harap sangat dapat kerja dekat Auntie Anne atau Sushi King. Berkilau-kilau mata tengok brother tu bentukkan tepung yang dah diuli sebelum dibakar menjadi roti. Fuhh, susah nak explain. Kena tengok sendiri. Sebab, teringin nak belajar macam mana nak buat makanan-makanan dekat situ. Dapat kerja as barristar pun okay jugak sebenarnya.

Sayangnya, aku terlupa, petang hari yang sama kitorang cari kerja adalah sesi interview coffee zone UIA dan tak sempatpun balik ke UIA untuk pergi interview tu. Rezeki tu, bahagian orang lain aku fikir. Yang tu pun, jenuh jugak cari kerja dalam UIA. Apapun, buatlah yang terbaik untuk esok.

Fish and Co. 


Tempat kerja esok. Okay, ni bukan pasar jual ikan. Ini restoran, Ya, sebuah restoran franchised. Dekat sini, medium yang digunakan, almost fully English, I must say. Dua orang managers kat situ tidak berapa mahir converse in Bahasa. Aku orang pertama yang diinterview. Berdebar habis masa tu. English memang berhabuklah citer dia. Haha. Sampai satu tahap, aku nak cakap bahasa sebab dah penat sangat nak fikir dan cakap bahasa Inggeris and dia balas, "Sorry, what did you say?". Lepastu, terpaksalah, cakap in English jugak. But, well it is a good experience though. Memandangkan bidang aku pun memerlukan aku untuk bercakap bahasa Inggeris dengan lancar. Jadi, nilah masanya untuk kita bina kemampuan baru.

Kadang-kadang kita rasa cemburu dengan orang-orang yang ada kelebihan tertentu termasuklah speaking English yang sangat fluent and accent yang sangat sedap didengar. Buat kita rasa rendah diri, dan tak mampu nak samakan dengan diorang. Hakikatnya, semua orang pun boleh. It is just a matter of time. 

Kebanyakan orang-orang yang begitu memang dah terdidik dari kecil untuk bercakap dalam inggeris. Cuma, kita, bermula agak lambat. Tapi, kita patut bangga, sebab kita sendiri yang berusaha untuk wujudkan kemampuan tu dalam diri kita. Ada orang, parents yang didik mereka begitu tapi kita keluar daripada norms background family yang biasa menjadi luar biasa. Itu, bukanlah penghalang sebenarnya.

Menjadi apa yang kita impikan. Tak salah bukan?

Logam=potential

Sayap dah tumbuh, tinggal terbang je.

Semoga dipermudahkan esok dan boleh converse in English berhabukk. Haha




Tuesday, 11 July 2017

Tulisan untuk dikenang-kenang

Ada waktu-waktunya, aku lebih suka bersendiri. Berjalan dari bus stop nusaibah tangga batu cave menuju ke mahallah. Ditemani cahaya lampu sepanjang susur jalan dan bunyi-bunyian kenderaan bergerak laju. Aku seolah-olah berada di zon masaku sendiri. Inilah waktu terbaik untuk aku selami sendiri perasaan dan fikiranku sendiri.

Aku tergerak untuk menjejakkan diri ke blog Dr Idzni Dalila. Seseorang yang mungkin tidaklah sepopular Vivy Yusof mahupun Maria Elena ataupun blogger-blogger yang lain. Namun, aku Kira, tulisan-tulisan nya, sangat hidup.

Malangnya aku sempat kenal dia pada ketika jasadnya tiada lagi di dunia ini. Tapi, terima kasih untuk tulisan yang ditingalkan. Semoga terus mengalir menyuburkan jasad-jasad yang masih hidup tapi kering. Akulah antaranya.

Ada terlalu banyak perkara yang kita hajatkan tetapi belum tentu menjadi takdir kita. Everyone. Live. Differently. So true!
Antara tulisan yang menggugahkan aku. Kita begitu cemburu melihat apa yang ada di tangan orang lain. Dalam tidak sedar, ada orang yang begitu menginginkan apa yang kita miliki. Dr Idzni, struggle melasan kanser pada usia yang teramat muda. Sempat menhabiskan studies di oversea dalam bidang perubatan. Sempat berkahwin dan meninggal dunia tidak lama selepas tu.

Dan inilah sebenarnya yang menggerakkan aku sewaktu mula-mula aku menulis. Tulisan-tulisan ini adalah contengan sepanjang jalan tentang apa yang aku fikirkan untuk dikenang-kenang walaupun mungkin selepas aku tiada nanti. Banyak sebenarnya, tulisan yang tersimpan kemas dalam notes phone, Twitter dan draft di blog.

Sampai waktu yang diizinkan Tuhan, aku pergi dulu. Semoga tulisan ini juga terus hidup dan mengalir.




Recent post

ayah

aku bersiap-siap, packing barang untuk balik ke uia. dari petang aku berkira-kira untuk balik pukul berapa. sudahnya, malam  jugak aku balik...