Berkali-kali airmata saya jatuh setiap kali dengar valedictorian speech best student iium. Saya teringin sangat nak dapat peluang untuk bagi ucapan tu walaupun hakikatnya hanya best student yang layak. Keinginan untuk bagi speech lebih dari keinginan saya nak dapat deans list,
ada dua speech daripada dua orang hebat yang benar-benar masuk ke dalam hati saya adalah kak farah dan seorang lagi brother yang tidak pernah saya kenal sebelum ini. Masing-masing pun punya masa silam yang berbeza. kata-kata kak farah yang memberitahu bahawa dia juga nakal waktu kecil dahulu, menyedarkan aku tentang suatu perkara.
pentingnya doa ibu ayah kita.
tanpa mereka, hilanglah satu keberkatan bagi kita
yang setiap hari tidak pernah berhenti mendoakan.
tanpa kita tahu, malam-malam yang kita sibukkan dengan menyiapkan tugasan-tugasan,
ada orang-orang yang mendoakan dalam diam
itulah ibu ayah kita.
yang paling tahu apa yang ada di fikiran kita.
cuma kita ego tidak mahu bercerita.
kononnya mereka tak faham apa yang kita rasa.
Kak Farah Nabilah
Hujung-hujung video baru dapat tengok speech brother tu
---------------
dalam masa yang sama, saya ada perasaan mcm ni,
saya nak naik stage tu ambil skrol n bagi ucapan, lepas tu saya tak nak tinggalkan uia. saya nak duduk je kat sini.
mungkin saya terlampau sibuk sehinggakan saya tak tersempat nak melihat apa yang ada sekeliling uia ni.
----------------
Saya cuba cari cara untuk saya improve performance dalam akaemik. Saya dah book untuk sesi kaunseling jumaat depan. minggu ni, saya fikir saya perlu balik ke rumah. minggu-minggu sudah terlalu banyak yang berlaku yang merunsingkan fikiran
Semalam, sempat dengar teatalk daripada madam asiah. salah seorang lecturer yang pakar dalam land law. beliau cerita bagaimana waqaf memberi perubahan alam hidup kita. tanpa kita mengharapkan balasan tertentu melainkan apa yang terbaik dari Allah. Madam pesan, setiap kali exam, atau bila terasa sempit, bersedekahlah. saya pun sebenarnya jarang bersedekah kecuali belanja kawan-kawan yang kita kenal, Tapi sedekah kepada orang yang tak kita kenal siapa dan dia juga tidak kenal kita, bukankah itu suatu hal yang menarik.
---------------
Saya tak tahu kenapa, hingga ke saat ini, saya masih tertanya-tanya jika jalan yang saya ambil ini, jalan yang terbaik.
mama, ayah akak rasa akak tak mampu nak banggakan mama ayah macam best-best student tu. diorang tu dahlah pandai, baik pulak tu.
tapi, boleh tak akak nak jadi anak yang baik.
sebab akak tahu, matlamat akhir hidup kita, untuk bertemu Allah dan berkumpul kat syurganya nanti,.dengan hafiz, irfan, hasif. masa tu, akak nak minta Allah siapkan satu stage dan akak nak bagi ucapan macam mana yang best-best student berucap.
buat mama ayah, terima kasih sebab tak pernah berhenti mendoakan, memberi kata-kata semangat, menyayangi kami sepenuhnya, mendidik dengan penuh kasih sayang yang tiada noktahnya,
--------------
Jual bunga
Tiba-tiba dapat idea untuk jual bunga masa konvo
Kebetulan, kak nana ternampak story saya di insta. Kak nana, bagitahu, bunga yang dia nak dan minta saya buatkan. macam biasa, taste kami selalunya sama. saya tahu jenis yang mcam mana kak nana nak. dan bunga tu cuma dibalut dengan brown paper, diikat dengan tali vintage berwarna putih. so, boleh nampaklah vintage kat situ.
masa kak nana dalam dewan menuggu giliran, saya bawa bunga tu dari tangga batu cave menuju ke dewan main audi untuk jumpa cik yong.
sempat main dengan anak buah sekejap. haikal yang sangat lasak tapi nasib baik comel. hee
saya sempat berbual dengan cik yong. soalan favourite mak-mak.
"study macam mana? okay tak?"
cik yong sempat share waktu kak nana grade untuk degree dulu. cik yong tak pernah tahu, kak nana best student, sehinggalah hari convo. ada orang yang escort masuk ke dewan. duduk di barisan vip. tak cukup dengan itu, kak nana pun bagi speech jugak masa convo.
setiap kali saya ulang tayang video tu, setiap kali tulah, saya menangis lagi dan lagi.
tak semua orang mampu untuk bagi speech yang betul-betul menyentuh hati dan tinggalkan kesan di hati kita.
Kak Nana :)
Post ini ditulis sementara mood convo masih ada. ada orang yang struggle dalam pelajaran. ada juga yang masih struggle untuk dapat inspirasi. ada juga yang masih struggle untuk cari purpose of life.
No comments:
Post a Comment