semalam mungkin di kalngan kita, ada yang merancang untuk settlekan pakaian-pakaian yang hendak dibasuh. dijemur. cuaca terik semalam. perasaan malas pula yang datang.
harini, waktu ini. (2.54pm) hujan turun agak lebat saat saya menaip post ini. niat kita yang pada asalnya untuk uruskan pakaian, terbatal lagi. jemuran masih belum kering.
-------
Keadaan akan sentiasa berubah. suasana. persekitaran kita. seiring masa. usia kita pun kian bertambah. kita tak mampu meminta masa menunggu kita. bahkan, kitalah yang harus menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku.
baik panas atau hujan, kita takkan dapat duga cuaca harini, esok dan seterusnya. begitu juga, hal-hal yang bakal kita hadapi pada masa akan datang. yang pasti, lakukanlah yang terbaik untuk harini, pada saat ini.
sesekali kenangan lama datang menyinggah. saat kita lewati suatu tempat atau dari musik yang diperdengarkan. kedua-duanya seakan-akan menyimpan momen-momen tertentu dalam hidup kita. kedua-duanya memainkan peranan untuk merakam perjalanan hidup kita.
angin mula bertiup kencang menandakan hujan akan turun. daun mula gugur saat ditiup angin. dia tidak tahu bila masanya dia bakal gugur ke tanah. dia cuma perlu akur bila tiba gilirannya untuk berehat di daratan pula. selalunya di atas, saat badan masih hijau. kini, kekuningan. sudah sampai masa untuk berehat. hanya tinggal tunggu angin membawanya turun. tapi, dia tidak pernah membenci angin. kerana dia tahu angin cuma jalankan amanah yang diberi Tuhan.
kita tak boleh salahkan keadaan yang terkadang merumitkan kita. kita lah yang harus tetap tumbuh. perbaiki apa yang masih kurang. barangkali, ini caranya untuk membuatkan kita tetap teguh, terus tumbuh.
![]() |
| Terowong Nusaibah |
-------
selamat menikmati hujan :)
mahallah nusaibah
3.27pm
mahallah nusaibah
3.27pm

No comments:
Post a Comment