Saturday, 24 November 2018

cita-cita saya (versi 23 tahun)

November dah nak habis. dah nak masuk bulan Disember. Dah nak habis tahun ni. Dah nak masuk tahun baru, 2019.


Baru sedar, aku tak banyak menulis berbanding tahun sebelum ni. Banyak sangat cerita tapi takde mood nak menulis. lama-lama hilang idea.

Rasa macam baru je tulis pasal konvo lepas. tiba2 dah konvo lagi. dan harini kira-kira sebulan jugakla rasanya lepas konvo haritu. perasaan bercampur-baur. antara eksaited sebab dah nak habis belajar atau sayang nak tinggalkan uia sebenarnya.

Aku rasa penat nak menghadap assignment, pergi ke kelas, exam semua. Tapi, rasa lega, puas bila dapat siapkan semua task ni. tapi kalau orang tanya , nak sambung master atau tak, aku pilih untuk tak sambung master. berapa kali aku terfikir yang aku tercampak di tempat-tempat yang jauh. dan berapa kali pula aku bersyukur tempat ini menjadikan aku lebih tahan uji, sabar, konsisten dan keluar dari comfort zone.

InsyaAllah, tahun depan final semester untuk civil law degree. Lepastu, sambung pulak second degree syariah law. Ramai pulak yang tak nak sambung llbs. Ada yang kata, nak jimat masa. Ada yang tak nak pursue syariah sebab masing-masing macam dah tahu pilihan bidang diorang. Mostly bercita-cita nak jadi lawyer. Dan aku? masih mencari-cari identiti sendiri. baca law report pun dah tersengguk-sengguk. lambat nak hadam. tak dapat nak bayangkan bila aku masuk practice nanti.

Sejak kebelakangan ni, rasa macam lost momentum. takde push factor yang lonjakkan semangat nak succeed law journey. makin lama rasa makin tak bersungguh. hampir setiap masa aku cuba search youtube tentang cara-cara nak identify our passion dengan bidang yang kita ambil. dan menarik pulak apa yang aku jumpa ni.

tapi kan....banyak pula tapinya

kebanyakan semua bukan pasal law haha. ada satu atau dua mcm tu jela yang kena dengan jiwa aku. sebab bila fikir balik, rasa sayang kalau kita tak guna apa yang kita belajar kat universiti ni. satu semester je yuran dah seribu. kalau 4 tahun, means 8 sem. lebih kurang 8 ribu kita invest untuk studies , kalau tak guna ilmu tu, macam sia2 je kan?



So, tekniknya bahagikan kepada empat bahagian.
1. What I'm good at
Talent or any potential yang kita rasa ada pada diri kita

2. What I love/like to do
Mostly, benda yang aku minat semua pasal arts, craft, design

3. What the world needs
Yang ni penting, supaya kita tahu samada perkara yang kita buat tu boleh sumbang kepada masyarakat jugak. akhirnya, semua ni bukan untuk kita sorang, tapi untuk manusia lain jugak. dan akhirnya menjadi saham kita kat akhirat nanti.

4. What I can be paid for
Aku selalu je teringin nak buat kerja2 kebajkan, kemasyarakatan. tapi, of course mesti kita akan terfikir dari mana nak dapat sumber income kita. Aku akan jadikan kerja2 ni, sebagai sampingan dan dapatkan satu kerja kerja tetap sebagai kerjaya. tak tahulah, tapi aku jenis tak sampai hati tengok orang susah, ikat perut tak makan sebab nak jimat.

Lepas dah isi empat-empat ruang ni, kita cuba cari satu benda yang kita tulis ada dalam empat-empat ruang ni, kalau ada, itulah jawapnnya, bidang kerjaya yang fulfill empat2 purpose ni

sebab nak naikkan semangat. jadinya, beli planner pulak untuk tahun depan. takdelah slalu sangat guna tapi tak dinafikan ada kebaikannya.




macam biasa konvo kalini, jual bunga lagi. boleh kata, berjaya bisnes ni. even jual 3 hari je pun dah untung. ni semua pengalaman lepas. mula2 tak berani nak jual takut kena kritik. haha

kalau nak tunggu tak takut tu, memang takkan buatla selama-lamanya.

even bunga dah habis pun, ramai lagi nak beli. lepasni, kena lebihkan lagila nampaknya. tapiii tahun depan turn aku pulak konvo. hmm bila masa pulak nak jual. tunggu orang bagi bunga jelah. eh! ke... bagi diri sendiri.


K.

Thursday, 8 November 2018

How we define beauty

hujan, 5.33 pagi, jumaat
kedudukan bilik aku sem ni sedikit berbeza sebab bilik ni menghadap Female sports centre. dan dari jauh boleh nampak bangunan mahallah perempuan yang lain. cantik.

Lama sangat rasa tak menulis. dan aku rasa macam nak cakap something tentang 'how kita define something'.

Good quotes yang adakalanya bagus untuk kta ambik sebagai motivasi untuk feels good about our life. Contoh,
Believe in yourself, do not let people define who you are
atau
People can never understand how far youve gone through all this
atau
You are more beautiful just the way you are
atau paling selalu orang ambil,
'Just be yourself'

satu, semua kata-kata ni adalah kata2 yang baik. tapi perkara yang asalnya baik, bila diletakkan di tempat yang tak sepatutnya, dia akan jadi tak kena.

macam mana kita define beauty? is it really about trending style? kita suka ikut apa yang kebanyakan orang buat. sdangkan, tak semestinya benda tu betul. kita rasa pakai pakaian yang style akan lebih ramai suka nak berkawan dengan kita atau lebih ramai followers mungkin. too many people called themselves as media influencer. tapi , kita sepatutnya menyalurkan pengaruh yang baik to be called as social media influencer.

seorang perempuan yang cantik tidaklah semestinya terlihat pada paras rupa semata-mata. Saya lebih terinspirasi dengan orang2 yang sentiasa upgrade diri mereka dengan terlibat dalam program2 kemasyarakatan, hadir ke majlis2 ilmu, banyak membaca, skil memasak, vlogging dengan pengisian yang 'berisi' dan more to list down.

saya tidak ada masalah dengan mereka yang suka berfesyen atau nak kelihatan cantik. Saya sendiri pun ada taste tersendiri dalam berpakaian dan sangat2 suka apa2 yang berkaitan dengan skin care.

tapi, biarlah kena pada caranya.

berpakaian ketat dan bertudung singkat mungkin nampak cantik. but its true kan, kita tak boleh tipu diri kita sendiri yang sebenarnya kita sedar itu salah. that's how the real struggle begin. bila Allah uji antara kemahuan kita dan kemahuan 'Dia'?

ada orang yang sanggup buka aurat atas definisi 'be yourself' 'do not let others define who you are'. saya tak nampak yang quote ni boleh fit in dalam situasi mcm ni.

dan ada satu lagi perkara yang saya rasa sangat tak patut. bila kita mula salahkan orang yang mnegur dan beri pandangan, kita anggap mereka jumud. sedangkan perkara tu terang2 salah. lebih sayang, bila kita duduk di tempat yang baik, tapi tidak pula mengambil manfaaat daripadanya.

saya faham ada orang yang sedang bertatih untuk berubah. tapi, saya tak faham dengan orang yang dah menjadi baik tapi berubah ke arah yang sebaliknya. saya cuba untuk faham. mungkin, ada yang berubah sebab depression, heartbroken low self esteem dan masalah2 lain yang berpunca dari orang2 sekeliling kita. dan kita mula mencari cara untuk gain people attention instead of looking for Allah as guidance.

I believe that we can transform ourselves to be better. even after depression and all, still, make sure we follow the right way. here's how those quotes might works at its best;

believe in yourself that wearing hijab makes you look beautiful not because of the scarf but the way you please Allah by doing what He loves. The moment we please him, Allah akan bagi kita satu rasa kepuasan sampai tahap kita tak perlukan lagi perhatian manusia yang hanya membuatkan kita sentiasa dahagakan perhatian diorang je. biarlah kita invest hidup kita untuk perkara2 yang membawa kita ke syurga bukan untuk perkara yang sia2. Do not let others define you as jumud. sebab jumud tu boleh jadi bila kita fikir yang cantik adalah dengan ikut trend sekarang,

See? macam mana kita bleh guna quote tadi sesuai pada tempatnya :)

p/s: rasa macam banyak lagi nak menulis pasal ni, tapi Subuh duluan ya


Recent post

ayah

aku bersiap-siap, packing barang untuk balik ke uia. dari petang aku berkira-kira untuk balik pukul berapa. sudahnya, malam  jugak aku balik...