aku bersiap-siap, packing barang untuk balik ke uia. dari petang aku berkira-kira untuk balik pukul berapa. sudahnya, malam jugak aku balik, macam biasa.
aku balik naik kereta dengan mak dan ayah. masa nak keluar simpang, baru teringat yang purse tertinggal kat rumah. semua benda penting ada dalam tu termasuklah ic n kunci bilik. tapi, sebab rasa bersalah nak beritahu ayah untuk patah balik, akupun diam
esok pagi.
kelas pukul 8 pagi. dan pagi tu jugak dapat mesej dari mak, (rasanya dalam nada marah) kena marah sebab tertinggal benda penting macam tu. dah 23 pun masih tak ubah perangai huhuhu.
aku tak reply sebab tak nak keruhkan keadaan. dan masih usaha untuk belajar dari kesilapan walaupun dah berkali-kali buat perkara yang sama. aku tahu, mak risau sebenarnya. kalaulah benda sekecil ni pun aku tak mampu jaga, lagikan perkara2 yang lebih besar.
baru tadi, ayah mesej kata nak datang sebab nak bagi purse yang tertinggal tu. aku tanya ayah, mak marahkan aku ke? ayah kata, mak tak cakap apa2 dan ayah pun tak tahu pasal mesej mak aku tu. ayah sendiri perasan ada barang tinggal so plan nak hantar otw balik kerja.
dari situ aku belajar, ada dua karakter berbeza.
seorang yang terlalu risau,
seorang lagi yang tenang
dan aku terfikir betapa cantiknya Allah susun dua karakter ini dalam membentuk aku.
aku tahu, ibu dan ayahku kedua-duanya mengambil berat akan keadaanku dengan cara dan sentuhan yang tersendiri. dari ibu, aku belajar untuk menjadi tegas dan tetap pendirian. dari ayah, aku belajar menjadi lebih tenang dan rasional. antara nikmat yang harus aku syukuri.
perbualan dengan ayah tadi sambil berkongsi semangkuk yong tau fu terasa lebih bermakna. banyak yang aku tanyakan tentang hidup di alam dewasa. kerjaya terutamanya. ayah kata, apapun tawaran yang kita dapat nanti, itulah rezeki kita. kita takkan tahu sama ada kita suka atau tidak pekerjaan tu sehinggalah kita bekerja di tempat tu. dri situ,kita belajar untuk berhadapan dengan manusia yang pelbagai ragam, menjadikan kita lebih matang dalam berurusan.
ayah berhenti kerja masa aku di tingkatan tiga, dan beberapa bulan ayah tak bekerja sehinggalah mendapat tawaran di sebuah syarikat swasta. masa awal bekerja, ayah jugak apply kerja sebagai pengarah di sebuah koperasi dan diterima untuk temuduga. tapi, ayah tak jumpa dokumen untuk interview sedangkan saya kenal ayah seorang yang selalu simpan barang. ayah kata, mungkin inilah rezeki ayah.
pengalaman kerja ayah di tempat lama banyak membantu ayah di tempat baru. berhadapan dengan rakan sekerja yang pelbagai karenah, ayah mampu bersikap lebih tenang. sebab perasa tidak sabar dan marah tidak akan meyelesaikan masalah. seiring usia, ayah rasa dirinya lebih matang.
melihat kawan2 ayah yang lebih ke hadapan, ayah kata, di usia ni,adalah masa untuk berehat tapi melihat ada lagi orang2 di bawah kita yang masih berusaha dan jauh lebih susah kehidupan mereka. maka, bersyukurlah.
ayah kata, ayah seorang yang tenang dan mampu hadapi hidup yang mencabar. tidur beralaskan tanah bukanlah suatu masalah. tapi, bilamana melibatkan orang2 yang perlu kita lindungi, pertahankan which is keluarga kita, lain pula keadaannya. kita lebih berusaha keras untuk menampung keperluan isteri dan anak-anak.
sebenarnya apa yang kita ada nipun, dah cukup
kemiskinan tu berpunca dari keinginan kita yang tinggi
Ya Allah, aku berdoa supaya engkau permudahkan urusan kedua ibu bapaku,
ikhlaskan hati kami, jadikan kami hambamu yang bersyukur dengan seala nikmat yang engkau berikan sekecil apapun ia sebesar apapun ia, begitu juga, ujian yang engkau timpakan moga2 ganjaran sabar terbalas di akhirat nanti
ameen.
"Ajari aku menggunakan pena, akan kutulis gemercik air, udara dingin, kabut senja, sampai daun gugur." (Yus R. Ismail)
Tuesday, 4 December 2018
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Recent post
ayah
aku bersiap-siap, packing barang untuk balik ke uia. dari petang aku berkira-kira untuk balik pukul berapa. sudahnya, malam jugak aku balik...
-
Ada waktu-waktunya, aku lebih suka bersendiri. Berjalan dari bus stop nusaibah tangga batu cave menuju ke mahallah. Ditemani cahaya lampu se...
-
aku bersiap-siap, packing barang untuk balik ke uia. dari petang aku berkira-kira untuk balik pukul berapa. sudahnya, malam jugak aku balik...
-
Permulaan Saya tergerak untuk menulis selepas melihat dan membaca tulisan-tulisan orang lain. Berbanding buku, saya lebih suka...
No comments:
Post a Comment