Tuesday, 11 July 2017

Tulisan untuk dikenang-kenang

Ada waktu-waktunya, aku lebih suka bersendiri. Berjalan dari bus stop nusaibah tangga batu cave menuju ke mahallah. Ditemani cahaya lampu sepanjang susur jalan dan bunyi-bunyian kenderaan bergerak laju. Aku seolah-olah berada di zon masaku sendiri. Inilah waktu terbaik untuk aku selami sendiri perasaan dan fikiranku sendiri.

Aku tergerak untuk menjejakkan diri ke blog Dr Idzni Dalila. Seseorang yang mungkin tidaklah sepopular Vivy Yusof mahupun Maria Elena ataupun blogger-blogger yang lain. Namun, aku Kira, tulisan-tulisan nya, sangat hidup.

Malangnya aku sempat kenal dia pada ketika jasadnya tiada lagi di dunia ini. Tapi, terima kasih untuk tulisan yang ditingalkan. Semoga terus mengalir menyuburkan jasad-jasad yang masih hidup tapi kering. Akulah antaranya.

Ada terlalu banyak perkara yang kita hajatkan tetapi belum tentu menjadi takdir kita. Everyone. Live. Differently. So true!
Antara tulisan yang menggugahkan aku. Kita begitu cemburu melihat apa yang ada di tangan orang lain. Dalam tidak sedar, ada orang yang begitu menginginkan apa yang kita miliki. Dr Idzni, struggle melasan kanser pada usia yang teramat muda. Sempat menhabiskan studies di oversea dalam bidang perubatan. Sempat berkahwin dan meninggal dunia tidak lama selepas tu.

Dan inilah sebenarnya yang menggerakkan aku sewaktu mula-mula aku menulis. Tulisan-tulisan ini adalah contengan sepanjang jalan tentang apa yang aku fikirkan untuk dikenang-kenang walaupun mungkin selepas aku tiada nanti. Banyak sebenarnya, tulisan yang tersimpan kemas dalam notes phone, Twitter dan draft di blog.

Sampai waktu yang diizinkan Tuhan, aku pergi dulu. Semoga tulisan ini juga terus hidup dan mengalir.




No comments:

Post a Comment

Recent post

ayah

aku bersiap-siap, packing barang untuk balik ke uia. dari petang aku berkira-kira untuk balik pukul berapa. sudahnya, malam  jugak aku balik...