Apa yang saya nak kejar dalam hidup sebenarnya?
sekarang ni, musim exam. dan banyak pulak yang bermain di fikiran saya.
Usai maghrib tadi, saya sempat selak quran sekejap. dan ada ayat yang benar-benar menyentuh hati. sangat kena pada masanya.
Saya ada kawan. ramai. yang dah tiada mak atau ayah. baru-baru ni pun dapat berita seorang sahabat kami yang ayahnya baru sahaja meninggal beberapa selepas pembedahan. di kelas, dia nampak biasa. saya pun tak tahu apa perasaan yan disembunyikan selama ni.
ada suatu hari di kelas, seorang kawan saya yang lain.
waktu tu, ada pelajar dari universiti lain datang ke kelas kami dan membuat survey tentang rumah orang tua. dalam borang tu, disediakan ruangan untuk maklumat ibu dan ayah. tiba-tiba kawan sebelah saya angkat tangan dan bertanya,
"kalau ah takde ayah, nak kena isi jugak ke?"
waktu tu jugak, saya rasa nak bercucuran air mata ni.
gaya dia bercakap nampak biasa saja. tapi, saya tak tahu kesedihan apa yang disembunyikannya.
sem ni saya mula rapat dengan dia. dia yang pada asalnya batch senior atas kami. tapi, sebab sebelum ni, ia ambil study leave, terpaksalah join batch kami yang comel ni. pada asalnya, saya bertanya pendapat dia tentang subjek sem ni sebelum buka sem baru. tak sangka pulak kami akan sekelas sem ni hampir semua subjek sebab dia pun masih belum sempat prereg subjek. dan hanya follow jadual yang saya dah susun. apapun, saya bersyukur dapat kenal dia.
dia seorang yang sangat lah ceria, happening. dan yang buat kami lebih rapat. sebab kami sama2 hafal quran:). saya kenal dia dari zaman sekolah menengah lagi. tiap2 kali masuk musabaqah mesti dia menang. masa tu, dia pun tak kenal saya. tak sangka, jumpa balik kat uia dan jadi satu batch pulak sekarang:)
berbalik pada cerita asal tadi tentang 'ayah'.
ada beberapa hari yang dia tak datang ke kelas. saya pun agak risau masa tu. saya mesej. dia reply kata tak larat nak ke kelas. masa mula-mula tu, saya rasa biasa je. tapi, hari-hari selepas tu pun, ada jugak dia tak datang. sampailah dia katakan pada saya.
"awak, kita takde mood lah nak pegi kelas. kita rindu ayah kita."
saya menangis lagi bila baca mesej tu
saya cuba untuk faham walaupun saya bukanlah orang yang paling memahami. sebab belum diuji sebegitu.
saya reply mesej dia, sekadar yang termampu
"awak kena kuat, ayah awak akan gembira kalau awak pun gembira. Percayalah! awak ada Allah untuk sampaikan cerita-cerita pada ayah awak. Doa selalu walaupun cuma lintasan-lintasan dalam hati."
setiap kali, ternampak dia termenung atau moody, sesekali saya tegur dia. "awak okay?" saya harap itu dapat sedarkan dia bahawa dia tak keseorangan. ada jugak saya send emoticon spirit(yang macam momok tu) di whatsapp. sekadar nak menggembirakan dia. small things kadang-kadang akan buat orang tersentuh kann.hehe.
dia pernah juga kata pada saya. dia sangat tak bersemangat nak masuk sem baru ni. tapi, nasib baik jugak ada kawan. dia rasa, macam semua orang ingat dia repeat paper. takkanlah semua kot. haha. tapi, serius dia sangattt perform dalam kelas. and master bahasa inggeris dan arab jugak. dan sangatlah berani tanya soalan dalam kelas.
dalam kesempurnaan yang kita nampak pada dia, kita takkan tahu apa yang disebaliknya.
dalam kesedihan kita, ada juga orang lain yang lebih kuat ujiannya
ujian itu mematangkan, dan saya lihat itu pada dia. dia yang berani, berdikari, dan sentiasa bersemangat pastinya. insyaAllah
Belajarlah untuk bersyukur dengan apa yang ada. ada perkara yang ada pada orang lain, tidak ada pada kita
tapi ada juga yang kita ada, tiada pada orang lain.
masing-masing punya bahagian tertentu. sesuai pada tempatnya. sesuai pada kemampuannya.
'and this reminds me of my parents'
"Ajari aku menggunakan pena, akan kutulis gemercik air, udara dingin, kabut senja, sampai daun gugur." (Yus R. Ismail)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Recent post
ayah
aku bersiap-siap, packing barang untuk balik ke uia. dari petang aku berkira-kira untuk balik pukul berapa. sudahnya, malam jugak aku balik...
-
Ada waktu-waktunya, aku lebih suka bersendiri. Berjalan dari bus stop nusaibah tangga batu cave menuju ke mahallah. Ditemani cahaya lampu se...
-
aku bersiap-siap, packing barang untuk balik ke uia. dari petang aku berkira-kira untuk balik pukul berapa. sudahnya, malam jugak aku balik...
-
Permulaan Saya tergerak untuk menulis selepas melihat dan membaca tulisan-tulisan orang lain. Berbanding buku, saya lebih suka...
No comments:
Post a Comment