Hari aku mendaftar di MSU adalah hari terakhir hantar borang untuk further studies dekat timur tengah. Aku pilih Morocco. Dah dapat bayangkan suasana sejuk sebab katanya kedudukan Morocco adalah tengah-tengah antara timur tengah dan Eropah. Bahasa Arab jadi bidang pilihan aku. Bahasa adalah antara subjek kegemaran aku. Tapi tulah, bab nak menghafal ni yang payah sikit.
Apa-apa keputusan yang aku buat selalunya akan masuk dalam minit mesyuarat ibu ayah. Hehe. Jadinya, tak semudah tu nak pergi ke sana. Disebabkan aku anak sulung dan satu-satunya bunga dalam rumah ni, agak sukar untuk lepaskan aku belajar jauh. Ayah ada juga bertanya sedara-sedara aku yang belajar sana dan mostly tak galakkan aku ke sana. Sedara pulak ramai lelaki dan takde pulak sedara perempuan yang boleh kukuhkan alasan (baca:back up) aku untuk ke sana. Hmm. Adalah sikit drama sedih lepas tu.
Lepas result keluar, ramai pulak kawan-kawan sekolah yang tanya if aku sambung sana. Sebabnya, ramai jugak kawan-kawan perempuan yang sambung Mesir, Jordan. Tapi, nak buat macam mana, Rezeki aku belajar kat sini. Dekat dengan mak ayah, duduk rumah selalu.
Ramadhan. Ramai kawan-kawan aku cakap suasana Ramadhan kat sana lain, Suasana dia macam nak sambut raya dekat Malaysia. Biasanya, diorang akan pasang lampu raya yang biasa kita pasang time raya. Seburuk-buruk perangai Arab kat sana pun, yang satu ni, kita memang tak boleh challenge. Ramadhan kat sana hidup. ahh, seronoknya lahai.
Ramadhan setahun lepas
Mak cik ajak mak pergi umrah masa bulan Ramadhan, tahun lepas. Elok je, lebih kurang seminggu sebelum Ramadhan pertama, aku habis final exam. Baru ingat nak stay lama sikit kat uia sebab nak rasa suasana Ramadhan kat sini. Tapi, mak dah pesan awal-awal jaga rumah. Lebih kurang dua minggu kitorang adik-beradik ber Ramadhan kat sini tanpa mak dan ayah. Sayu je rasa macam tak balik raya pulak.
Esoknya, first day puasa. Aku tak set jam. Malam sebelum tu pun memang tak dapat tidur lena mengenangkan esoknya dah start puasa kan.
So, pukul 4am tulah turun pergi dapur, siapkan sahur. Dari tak reti masak kari terus jadi. Tapi, gitu-gitu jelah, asal boleh telan. Bab memasak ni memang out of my hand lah. No matter how hard I try (betulke try hard?. Macam tak je). Maafkan saya, Huhu. Sebenarnya, awal-awal lagi diorang dah pesan, "Akak, jangan bagi kitorang makan maggi dah lah". Haish budak ni, tahu je aku tak reti masak.
Next, kejutkan adik-adik. Ya allah, susah ya'amat. Rasa macam nak wrestling je. bukan sorang, tapi 3 lawan 1. Dan inilah sebab kenapa aku bangun pukul 4. Untuk kejut budak-budak ni je dah sejam (ok, nampak sangat menipunya).
Begitulah jugak hari-hari seterusnya. Akhirnya, sis mampu buktikan yang sis boleh berdikari sebenarnya.
Jujurnya, aku rasa macam sambut puasa kat perantauan setahun yang lepas.
Dan macam mana mak boleh bagi kepercayaan pada aku yang tak berapa nak matang. Semua benda buat pun, kelam kabut. But, Alhamdulillah, everything is fine.
Rai dan contengan jalanan (CJ)
Sempat skrol whatsapp status yang macam story kat insta tu. Ternampak Rai post buku yang dia tengah baca. Contengan Jalanan namanya. Tulisan, Hlovate, my fav. Hlovate ni jarang sangat nak keluar buku. Sekali dia keluar, memang beratur panjang orang nak beli. Tapi, sampai sekarang tak kenal siapa dia ni. Identiti dirahsiakan. Ada sekali tu, aku pergi pesta buku semata-mata nak beli Anthem panas lagi baru keluar dari oven, lepas tu balik la. Satu buku je beli. Gigih betul.
But still, Contengan Jalanan lah yang paling best bagi aku setakat ni.
Buku ni aku baca dua tahun lepas dan biasanya aku takkan ulang baca buku kecuali buku law. HAHAHA. Nak buat macam mana, bila baca untuk kali kedua, setiap kali selak, terus tahu apa jalan cerita seterusnya. Kebetulan baca Contengan Jalanan ni, masa ramadhan jugak. Tak tahu pulak suasana buku ni memang berkisar tentang Ramadhan. Most of it lah.
Cerita tentang Fend dan Chad pergi ke Aussie masa Ramadhan dan macam mana diorang ber masjid hopping di sana. Paling sedih bila Chad meninggal selepas trip Aussie haritu.
Cerita-cerita Hlovate ni, memang terasa real. As if based on true story. Serious nak tahu, siapalah si Hlovate ni. Dah nama buku ni pun, contengan jalanan . Boleh jadi, ni diari Hlovate, tulisan-tulisan dia sepanjang di jalanan. Haish, memandai je aku ni.
Setiap buku Hlovate akan penuh dengan quote-quote yang best. Satu quote dari CJ,
"The man that decided to change at 12th hour died at 11th"
Hmm. Memang kena sangat time Ramadhan cemni.
Mesej kak Nisa'
"Assalam fizah :). Sihat?. Macam mana Ramadhan? Dah juzu' berapa sekarang?"
Masa ni kelu tak tau nak cakap pa. Haha
"Wassalam akak. Dia demam sikit harini. InsyaAllah akan sembuh dalam masa terdekat."
Dan, harini dah masuk malam ke 2 lailatul qadr.