Fina yang saya kenal adalah seorang yang sangat menjaga. maksud saya, menjaga batasan dengan lelaki. dia tak pernah melayan mana-mana lelaki. ajak bercouple dsb. Seseorang yang sangat lembut perwatakannya, sangat masyi dalam al-quran. sungguh, saya kagum. saya dan dia, tersangatlah berbeza.
Saya masih ingat ada suatu ketika. dia bertanya kepada saya bagaimana cara untuk menjaga hati dari perkara yang tak sepatutnya. lebih tepat dilema menyimpan perasaan terhadap lelaki. katanya, dia lihat saya seorang yang mampu menjaga hati daripada perkara tu.
Saya yakin. semua orang pernah lalui perasaan suka terhadap seseorang. baik dari segi apapun. tingkahlaku seseorang, gaya percakapan, akademik, kepimpinan mahupun rupa. Saya juga pernah berada di tempat tu. mustahil tidak. kerana saya juga insan biasa yang punya perasan. awal-awal lagi saya sudah menolak andaian rakan-rakan bahawa saya anti lelaki. Sampaikan, ada yang ingat saya pernah bersekolah di sekolah yang semuanya perempuan. masakan tidak, saya berjalan tak tengok orang. hampir saja, tong sampah bergolek ke longkang. atau saya sendiri langgar tiang (hiperbola sangat). saya akan rasa malu dan awkward bila berhadapan dengan lelaki.
Selain biro kebajikan di sekolah dulu, saya juga bolehlah dikatakan kaunselor asrama. banyak orang bercerita soal perasaan dengan saya. oppss. girls only ya. Fina lah antara orangnya.
Tak sangka. masa pun berlalu. Fina pulang dari Jordan selepas tamat pengajian tiga tahun di sana. Perfect timing!
Seorang sahabat jordan yang merisik Fina, bertanyakan kalau dia sudah berpunya. Fina yang sekadar bergurau menyatakan bahawa dia bersedia untuk terima abang saudara sahabatnya itu. Long story short.
Lelaki itu, bukanlah seseorang yang dia kenal. bahkan jauh beribu batu dari tempat Fina waktu tu. Seorang di Jordan. seorang lagi di London UK. Complete package. Bakal suami Fina masa tu bukan calang-calang orang. Seorang yang menghafaz al quran, bachelor in engineering dari UK, matang kerana dia lebih berusia. 3 tahun lebih tua daripada kami, tak silap saya.
Fina menjemput kami melalui invitation group di Facebook. Saya terlihat sesuatu di ruangan komen. menarik perhatian saya.
"Orang hebat dengan orang hebat jugak"
Setahu saya, Fina seorang yang biasa-biasa saja waktu di sekolah dulu. Tapi, sejak di universiti, keadaan sekeliling mendorong dia untuk menjadi lebih berani dalam hal-hal kepimpinan terutamanya. Kali terakhir saya berjumpa Fina adalah waktu kami pulang dari beraya di rumah guru-guru dan rakan-rakan sekolah sekitar banting. Saya, Aimi, Amirah tumpang bermalam di rumah Fina. sambil-sambil bercerita tentang perkembangan masing-masing. Daru gaya percakapan dan hal-hal yang diceritakan, saya nampak kematangan Fina. berbeza dengan dirinya yang dulu. Saya kagum. Saya yakin, suaminya juga orang yang hebat sama sepertinya. Aimi pun tak kurang hebat. Kini, dia orang kuat MPP di USIM.
Saya langsung tak perasan. ada barang-barang seperti hantaran di bahagian ruang tamu. atas meja. Fina perlahan-lahan berbisik kepada kami. ada sesuatu yang dia nak ceritakan. rupanya, dia akan bertunang esok harinya. saya agak tekejut waktu tu. dalam masa yang sama. tumpang gembira :) (Fina dah pun jadi isteri orang)
Walaupun rumah saya tidaklah terlalu jauh dari rumah Fina. Tapi, terasa segan pula nak datang waktu majlis bertunag tu nanti. biasanya, hanya saudara terdekat yang hadir. apapun, saya mendoakannya dari jauh.
------
Ada seorang pensyarah yang agak rapat dengan saya waktu di cfs dulu. dan banyak menasihati saya dalam pelajaran dan hal-hal lain. bagi saya, dia juga seorang kaunselor. seorang sahabt baik juga
Teringat pesanan madam tempoh hari,
"Nanti kalau ada yang nak berkawan, jangan jual mahal"
lebih kurang begitulah bunyinya.
kata madam, lepas grad, ramai kawan-kawan masa zaman belajar dulu yang masih belum bertemu jodoh dan minta madam carikan. saya menghormati madam. tapi, saya juga ada pendirian tersendiri. saya yakin setiap yang terjadi, ada hikmah disebaliknya. mungkin kita masih belum cukup berbakti pada ibu bapa dan inilah masanya untuk kita berbakti. atau mungkin ini ruang untuk kita kukuhkan pendapatan dahulu an siapa tahu, pihak satu lagi pun sebenarnya seang usahakan sesuatu.
Buat masa sekarang, saya cuba untuk bina kemampuan diri. tunaikan semua keinginan saya yang tersenarai dalam bucketlist. selalunya, random things i wanna do while im still young (ceh, kononnya). saya teringin nak buat banyak benda dengan rakan-rakan sekeliling sementara masa masih ada. develop skill2 baru untuk kegunaan masa depan. siapa tahu, ilmu ni berguna di alam rumah tangga nanti ;)
bila sampai masanya, adalah nanti (if you know what i mean)
-------
seorang rakan mengadu pada saya. dia terlihat sepasang couple cina dating sedangkan guard ada dekat dengan mereka. rakan saya melepaskan rasa tidak puas hati;
"agak-agaklah. dekat tempat awam kot. dalam uia kan ada rules"
Saya setuju dengan dia.
"ramai kan yang buat macam tu. dekat terowong aikol pun selalu jugak nampak. malam pulak tu. kat luar apatah lagi"-saya
"kat luar tu takpe la. pandai-pandailah. ni dalam uia. kan ada rules. ada pak guard lagi kat situ"-rakan
Saya tak setuju dengan yang ini.
Saya pulak tiba-tiba rasa tak puas hati dengan statement ni. Saya tahu kenapa dia berkata begitu. sebab dia sendiri pun bercouple. entah. mungkin sebab saya rapat dengan dia. jadi, agak susah untuk saya nasihat.
bagi saya, allah tu ada di mana-mana. tak perlu tunggu manusia. bukan soal uia atau packguard yang kita takutkan. allah yang kita sembah. apa gunanya hari-hari kita solat. tapi, perkara lain yang menakutkan kita. apa makna solat kita?
saya sendiri pun banyak kelemahan. takut-takut kalau diuji semacam dia. nauzubillah.
saya cuba untuk lihat kebaikan dia. dia selalu ingatkan saya solat awal waktu.
------
Ciri-ciri future husband saya inginkan? saya simpan dalam catatan sendiri. takkan nak bocorkan rahsia kat sini kan? haha.
semua orang akan ingat, saya nak yang ala-ala ustaz. tapi, bagi saya, cukuplah kalau dia seorang yang beragama dan juga menjaga. bertanggungjawab pastinya. dari cara dia melayani keluarga dan adik-beradik, kawan-kawan sekeliling. bonus, dia seorang yang tenang, tersusun, berdikari dan kelakar.
sabar ye, tiga tahun lagi.
------
Dari kecil, tiada pesanan tertentu dari mama, melarang kami adik-beradik bercouple dan sebagainya. entah. saya tak teringin pun. cuma, ada lah sesekali mama mengusik. saya pun ada juga bercerita tentang seorang lelaki yang minat saya. dan saya pun tak tahu apa yang menarik tentang saya. rasa macam takde pape pun. mama suruh pesan pada budak tu untuk tunggu saya habis belajar. haha. apapun, bagi mama, pelajaran tu prioriti after solat. tapi, memang tak lah saya nak bagitahu budak tu macam tu. saya memilih untuk berdiam waktu tu. lepas tu, tiada apa-apapun yang berlaku.
setiap kali pulang ke kampung, bersalaman dengan embah sebelum balik ke rumah semula. embah akan pesan pada saya;
"semoga mendapat jodoh yang sempurna"
Saya cuma meng'amin'kan. walaupun saya tahu, tiada siapa yang sempurna.
setiap kali pulang ke kampung, makcik pakcik pasti akan bertanya, lagi berapa tahun nak habis study?. macam biasa, saya akan jawab, lambat lagi.3 tahun lagi. saat kawan-kawan sekolah yang belajar di overseas habis study dan pulang ke malaysia. saya masih berbaki 3 tahun lagi di sini.
Fina pun dah habis study. balik dari Jordan. dan dah kahwin dah pun.
makcik makcik pun ada yang pesan pada saya;
"nanti carilah pakwe kat sana"
ada jugak yang tanya mama,
"sah, hafizah tu dah ada ke?"
saya mula bermonolog, "apa-apa jelah.hmm -,-"
Tetap dengan pendirian saya, saya takkan beri hati pada orang dengan mudah.
------
Mama selalu pesan,
"akak, nanti ikut macam mama. habiskan studies dulu. umur 26 kahwin."
masa tu, saya rasa macam, dah dewasakah aku?
apapun persiapan perlu bermula dari sekarang. kena belajar masak, kemas rumah, urusan-urusan mesti tersusun kemas. bangun awal pagi ye. jadi produktif sikit. tambah ilmu. banyakkan membaca. lagi-lagi isu semasa. kukuhkan kewangan. duit poket sendiri. dapat result bagus. apply job yang bagus-bagus jugak. ilmu tentang pendidikan anak-anak.owhh banyaknya yang saya harus pelajari. sementara masa masih ada. jangan terburu-buru nak mendirikan rumah tangga. at least kita tahu basics. and benda tu semua akan lebih mudah untuk perbaiki bila kita dah masuk ke alam tu nanti.
-----
ya, 3 tahun lagi. masa untuk saya susun atur semula susunan hidup saya. moga allah permudahkan. doakan!
" sampai waktu diizinkan Tuhan, doa kita dimakbulkan "