Mak cik itu kemudian meletakkan semula kasut tadi. Dia pergi ke bahagian rak yang terdapat poster promosi 50%. Dia ambil dan mencuba salah satu kasut di situ.
"Oh, yang ni ada diskaun ye?"
"Haah, cik."
Nadaku kembali normal, sedikit mesra dan gembira.
"Acik nak tengok yang ni."
"Saiz berapa?"
Aku lihat nombor artikel di bahagian dalam kasut dan segera ke stor belakang mendapatkan kasut seperti yang diminta. Sambil menyebut-nyebut kod itu secara berbisik, aku ternampak kasut tersebut di bahagian paling atas rak. Aku sedar, aku tidak cukup tinggi, untuk ambil kotak kasut tersebut. aku panjat rak tersebut menggunakan kerusi yang ada di situ. Manager pun kata, dia tak pernah ada pekerja serendah aku. Aku pekerja paling kecil dia pernah ada. Haih lah. Sabar je lah dengan Leng Chai ni.
Aku keluar dari stor membawa kasut mak cik tadi. aku keluarkan kertas yang digumpal dan disumbatkan di bahagian depan kasut yang digunakan untuk memastikan bentuknya kekal elok. Kasut itu kemudiannya, aku serahkan kepada mak cik tadi. Perlahan-lahan dia cuba memasukkan kakinya. Kelihatan agak susah. Aku, menyarungkan kasut tersebut. Kaki mak cik kelihatan uzur, sedikit pecah di hujung kuku kaki. Kulit yang nipis kedut menampakkan rangka kaki mak cik.
"Acik selesa tak?"
"Okay je. Mak cik ambil saiz ni ye."
"Okay :))"
Aku masukkan semula kasut itu tadi ke dalam kotak. dan bawa ke kaunter bayaran. Dompet kecil dikeluarkan dari beg mak cik. mengeluarkan beberapa keping wang sambil berkira-kira. Kemudian beri pada aku untuk bayarkan. Aku bawa kasut tadi yang kubungkus dengan plastik kedai kasut itu. Mak cik itu menyambut tangan ku dan selitkan sesuatu
"Belajar lagi ke?"
"Haah"
"Sekolah tingkatan berapa?"
"Hehe. saya dah universiti"
"Owhh yeke. Ambil bidang apa?"
"Undang-undang"
"Wahh. Yelah, belajar elok-elok"
Dan, itulah tip pertama yang aku dapat daripada pelanggan pertama pada hari pertama aku bekerja di kedai kasut.
Leng Chai pandang aku.
"wahh, you hari pertama pun sudah dapat duit woo"
Dalam keadaan kekurangan, dia masih mampu memberi. Sedikitpun tidak lokek. Merasakan segalanya cukup. Ikhlas itu, bila kita rasa cukup tapi masih mahu menyatakan syukur.
The best feeling ever when you see someone smiles because of you
Even a quote say.
"Be a reason someone smiles today"
Ini yang menggerakkan aku untuk terus kerja di sini.

No comments:
Post a Comment