-----
Sejak kecil, saya adalah seorang kanak-kanak perempuan yang pemalu dan pasif. Saya cuma akan mudah mesra dengan ahli keluarga terdekat saja.
Saya dan ayah akan selalu bercerita setiap kali ayah mengambil saya pulang ke rumah. selalunya, saya akan balik sendiri. dengan public transport. jarang ayah ambil saya melainkan jika barang terlampau banyak atau ada hal lain yang perlu saya uruskan sehingga lewat petang di uia. biasanya waktu malam, selepas waktu kerja, ayah ambil saya.
Suatu hari, ayah kata saya seorang yang agak ambitious. saya sangat bersungguh-sungguh bila buat sesuatu. apa sahaja pertandingan. saya mesti nak libatkan diri. mewarna, sukan, bercerita, buku skrap. name it. semuanya, saya teringin. dan saya akn pastikan saya juara. haha. kelakar pulak rasa bila ingat balik. walaupun sebenarnya, saya tak lah berapa ingat. sehinggalah ayah ceritakan kepada saya.
yang menariknya, saya pasti akan menang dan bawa balik banyak hadiah daripada pertandingan yang saya sertai. jarang saya beli peralatan sekolah.sebab kebanyakan saya guna barang sedia ada daripada hadiah yang saya dapat.
dan, semua tu, bermula dengan langkah pertama.
------
Cikgu tahu saya pemalu. mungkin dia sengaja memilih saya untuk masuk pertandingan bercerita. saya pulak, jenis yang tak tahu nak menolak pelawaan. saya yang masih kecil, ikut saja apa yang diminta. cikgu beri skrip pada saya. pulang ke rumah, siang malam saya berlatih. tajuk cerita tu, "A crow and his jar". bercerita sambil menggayakan ikut apa yang saya bayangkan dari cerita tu.
Dan, tak saya sangka, saya menang tempat ketiga. Okaylah, not bad. Itulah, permulaan. saya menjadi semakin berani untuk mencuba apa sahaja. tapi, yang pastinya, perlu ada orang yang 'initiate' saya terlebih dahulu. mustahil untuk saya sertai semua ni atas kehendak sendiri.
------
Pernah suatu ketika, cikgu menyuruh kami pergi latihan sukan lompat tinggi. malangnya, tak ramai pun yang pergi. sampailah giliran saya untuk lompat. saya fikir, sukan ni hanya sesuai untuk orang yang tinggi. saya pasti yang saya memang takkan lepas.
macam yang saya bayangkan, saya cuma berlari dan melanggar tiang melintang lompat tinggi tu. ahh malunya! saya serik. lepasni, saya takkan pergi lagi.
Tiba hari sukan.
Rumah sukan kami, Temenggong (Hijau), masih belum ada wakil untuk acara lompat tinggi. Tiba-tiba nama saya dipanggil ke padang. tak pasal-pasal, saya kena jadi wakil untuk acara tu. seriuss nervous masa tu. bila tiba giliran saya. saya berlari ke arah tilam dan melompat sekuat hati tanpa mata saya melihat tiang di depan. saya terbang dan menghempapkan badan ke tilam. tak sangka, saya lepas rupanya. saya tak sedar apa yang berlaku. semuanya terlalu pantas. debaran yang saya rasa pada awalnya. rupanya hanya sementara.
untuk pemain amateur macam saya, kira okaylah kan untuk dapat tempat kedua. hehe:)
dan, ia takkan berlaku, melainkan dengan langkah pertama.
------
SUKAN SEA 2017
Malaysia menjadi tuan rumah bagi sukan sea kalini.
Saya teruja bila sultan Mizan mewakili negara bagi acara Endurance berkuda. saya pun tak pasti bagaimana sebenarnya acara sukan tu. dan sultan berjaya merangkul dua pingat emas sekaligus menjadi sultan yang pertama dalam sukan sea.
pasukan bola jaring negara pun tak ketinggalan. pencapaian yang cukup menggugahkan bila mereka juga menang besar mengalahkan singapura . dengan jaringan 65-41. dan tentunya, pingat emas buat mereka. (hoho. dah macam pengulas sukan pulak bunyinya)
I was a netballer too
setiap murid akan ditentukan kelab sukan dan unit beruniform masing-masing. dari situlah, sebenarnya, saya mula terjebak dengan netball. mula-mula memang rasa susah sebab saya rasa saya rendah dan tak mampu nak shoot bola. penat . tapi, lama-lama rasa addictive. susah nak berhenti, kepuasan tu datang bila kita dapat pegang bola walaupun belum tentu mampu untuk jaringkan gol. maklumlah, orang rendah kann, hmm
haritu, saya datang latihan macam biasa. untuk penuhkan kehadiran koku yang wajib. saya enjoy main seperti biasa. selesai semuanya, cikgu sebut beberapa nama termasuklah saya. rupanya, ada pemilihan wakil sekolah untuk MSSD peringkat zon. saya tak ingat apa yang saya rasa waktu tu. blur mungkin.
melihatkan tubuh saya yang kecil, cikgu biasanya letakkan saya di posisi C (center). adakalanya, WA (wing attack) sayap kanan penyerang. dua-dua posisi ni sememangnya, perlukan orang yang lincah dan tangkas. bonus, sebab saya kecil. jadi, pihak lawan takkan perasan bila masanya saya mencelah masuk. stamina saya agak terhad. jadi, cikgu cuma jadikan saya pemain reserved. position tak sesuai dengan saya.
minat saya terhadap netball terbawa-bawa sehinggalah saya masuk ke sekolah menengah.
uniknya, sukan kami cuma ada empat di sekolah menengah. memanah, taekwando, berkuda dan berenang. sukan-sukan biasa seperti bola jaring dsb tiada di sekolah kami. jadi, sukan ni kami hanya main bila ada masa lapang saja untuk suka-suka. atau latihan untuk hari sukan.
setiap kali ada hari sukan sekolah, saya akan cepat-cepat daftar untuk team netball. satu-satunya sukan yang saya mahir selain ping pong. badminton? jangan haraplah. memang sampai ke sudah shuttle tak melayang. saya cuma pandai pukul angin. (lebih baik, jual satay kannn) okay, serius hambar... mungkin saya lebih selesa bermain dengan tangan semata-mata dan bukan dengan alatan memukul. team rumah sukan saya selalu juga jadi juara netball :) tipsnya: no hatred, enjoy the game!
dan semua ni bermula dengan adanya langkah pertama.
-------
Bila kita semakin dewasa, kita tak lagi boleh mengharapkan orang lain untuk gerakkan diri kita. kita tahu apa yang kita mahukan. impian. cita-cita. tiada siapa boleh buatkan untuk kita. melainkan diri kita sendiri. keyakinan terhadap keupayaan diri sendiri harus ada. keyakinan datang bila kita berani. keberanian pula datang bersama-sama dengan langkah pertama.
ya, kita harus mulakan langkah.
kalau bukan sekarang, bila lagi?

No comments:
Post a Comment