kami diberi task tu pada hari jumaat tengah hari dan cuma ada 3 hari untuk siapkan. itu belum termasuk kerja-kerja lain yang perlu disubmit minggu depan jugak
Bagi saya, rumah adalah rumah. masa untuk spend dengan keluarga. kebetulan hasif, adik yang bongsu balik weekend ni. lagilah membuak-buak keinginan saya nak balik minggu ni. hasif duduk di asrama. 2 minggu sekali barubalik. tapi tulah, setiap kali dia balik ke rumah, saya pula yang tak berkesempatan untuk balik. dah berbulan-bulan tak jumpa rasanya.
Ayah macam agak marah bila saya beritahu saya tak dapat balik. Ayah pelik kenpa saya tiada di rumah. risau mungkin. sebab biasanya, saya memang akan balik sendiri menggunakan public. tapi, kali ni saya betul2 terpaksa. walaupun saya nak sangat balik. saya menangis.
tak tahulah kenapa.
ada waktunya, saya kecewa dengan diri sendiri. sebab tak mampu urus masa dengan baik. kadang-kadang tu, saya memang dah cuba untuk susun masa. saya bangun awal pagi. cuba untuk uruskan semuanya seawal mungkin. tapi, itulah, saya agak lambat dalam proses menyiapkan kerja. saya cemburu dengan kawan-kawan yang mampu siapkan kerja. bahkan lebih baik dari saya walaupun dalam masa yang singkat. bilalah agaknya saya mampu untuk jadi macam tu?
mama, ayah maafkan akak sebab tak dapat balik minggu ni. insyaallah ini yang terbaik.
kebetulan, mira ajak saya pergi writing workshop. memang pada asalnya, saya berniat nak pergi. tapi, saya batalkan sebab dah plan nak balik hujung minggu ni.
mungkin ada hikmahnya. saya ajak mira untuk discuss sama2 task yang kami baru dapat tu.walaupun tu task individual tapi saya still perlukan pemahaman dan perbincangan bersama dengan yang lain. supaya taklah tersesat nanti.
pukul 11 barulah kami gerak ke workshop.
Untuk hasif, insyaallah pilihan mama ayah yang terbaik. moga hasif dapat sesuaikan diri di tempat baru. dekelilingi orang-orang baik. jadi insan yang hebat suatu hari nanti. hasif kan nak jadi imam kat indonesia, betulkan solat terawih 7 minit tu. haha.
ni antara sebab kenapa ayah suruh balik. sebab lepasni, mungkin lagi susah nak jumpa dia.







