Tuesday, 13 June 2017

Menuju 22

Terlalu banyak aku berfikir lately ni. Mungkin sebab makin matang.uhukhuk. )batuk sikit). Tadi rasa macam banyak nak cakap tapi macam takdelah pulak sekarang ni.


Ayah.
“Apa pendapat akak? Akak rasa macam mana?”-soalan yang ayah tanya sepanjang perjalanan balik rumah haritu. Tiba-tiba rasa macam dah  dewasa. Dan ayah mula minta pandangan aku tentang masa depan adik-adik aku. Sekolah? Bidang? Aliran?


Acik guard.  
Asalnya, sekadar  tanya if pagar belakang bukak sebab senang sikit nak angkut barang masuk kereta. Maklumlah, dah habis sem kan, jadi gayanya memang macam nak bukak kedai runcit belakang rumah. (maafkan kehambaran saya) Sampai tak nampak cermin belakang kereta.  Ayah pun tawakkal habis sepanjang perjalanan.  

Sampai acik guard pun tanya, “awak final sem dah ke?”

Hahahaha. Masa tu, memang saya mengucap panjanggg sangattt.  Dalam hati je la tapi. Aku ni nampak matang ke? Entahla. Mungkin sebab banyak sangat barang masa tu (ok, ni memang ayat nak sedapkan hati sendiri)

“Eh, tak. Baru second year cik”

“Awak course apa?”

“law” segan jugakla nak bagitau course tu, tak taula kenapa . dari dulu lagi memang macam tu.

“Owhh. Acik tengok budak law ni hati suci”

Hampir tersedak dibuatnya. Dahla time puasa pulak tu. Saya sengih je masa tu. Rupanya, ada sorang senior law yang dah grade sem lepas rapat betul dengan mak cik tu. Acik ni selalu jugak terserempak dengan akak tu kat masjid. Dia memang terinspirasi (baca:adore)  dengan kakak tu. Banyak kali dia pesan pada saya, sebelum belajar, mulakan dengan bacaan al quran dulu.  Sebab itulah yang akak senior tu amalkan sejak stpm lagi.

Acik ada jugak bercerita tentang pengalaman dia duduk dalam mahkamah dan tengok kes-kes yang dibicarakan. Setiap hukuman dijatuhkan, hakim tu akan kelihatan sangat gelisah dan terasa berat nak umumkan keputusan. Betullah kata orang , selangkah kaki kita ke neraka, andai tak benar-benar adil dan telus. Terlihat si hakim tadi usap muka. Seakan-akan berharap itu yang terbaik dan termampu dia lakukan. Dia pun manusia biasa juga. Acik bagitahu, dia rasa hakim tu pun graduan uiam melihatkan perwatakan si hakim tadi dan cara dia berpakaian.

Beberapa kali dia pesan, “awak nanti, belajar betul-betul. Dunia harini menakutkan. Orang-orang macam awak nilah yang masyarakat perlukan. Ilmu dan adab kena seiring. Lagi-lagi keluaran uia”. (ayat ni saya rephrase balik ikut apa yang saya ingat)

Papp. Memang rasa tertampar betul. Sem ni aku banyak sangat main. Macam biasa ayah cakap, akak dengan diorang ni (adik-adik) semua boleh cuma, kurang bersungguh. Sentap jugaklah rasanya. Eh,tak, tersentuh hati . hee

Percaya atau tak, cita-cita saya pada asalnya, adalah interior designer. Kesukaan saya pada benda2 seni memang takkan luput sampai bila2. Saya membesar dengan buku2 cerita yang penuh dengan gambar2 menarik mengajak saya untuk berimaginasi tinggi. Saya langsung tak mewarisi ibu ayah yang sememangnya ber background kan undang-undang.


Satu soalan. Dang! Dan, macam manalah saya boleh tercampak ke sini?


Alhamdulillah ala kulli hal. Kalau diizinkan untuk putar balik masa dan ubah semuanya. Saya tak memilih untuk itu. Yakin pasti akan ada sesuatu yang menanti selepas banyak kesabarn yang engkau jalani. Hidup bukan selalu memilih. Ada ketikanya, dipilih. Untuk sesuatu yang lebih baik, mungkin? Tak, tapi pasti.

Bila difikir-fikirkan, bila saya berada dalam bidang ni, impak manfaat yang saya boleh sumbangkan lebih besar berbanding impian asal saya tadi. Jujurnya, belajar sesuatu yang tak selari dengan jiwa kita memang agak susah. Tapi, niatkan saja,  “aku tak boleh pentingkan diri. Ramai lagi orang perlukan pertolongan”. Biarlah susah sikit.



Iftar mylig.

“Antara cita-cita kami graduan batch ’93, kami nak conquer bar council”.


Gelak kuat aku masa tu dengan nada sir yang menggelikan hati. Memang kelakar bila ingat balik tapi kata-kata tulah yang terngiang-ngiang lagi di telinga. Maknanya memang mendalam dan masih terkesan di hati. Sir sambung lagi,

“Berapa ramai muslim yang mendaftar sebagai ahli, tapi tiada sesiapa pun yang aktif dan wujudkan cita-cita tadi tu. Alhamdulillah,ada juga di kalangan kami yang berjaya membuka firm sendiri  zaman tu.”

Pada zaman yang tiada lagi ataupun mungkin kurang orang Islam yang ada firm sendiri. UIA akhirnya berjaya  grooming mereka-mereka ini.

Satu lagi kata-kata sir selepas tu yang sampai sekarang saya tak boleh lupa,
“Mereka sudah membina tapak, tapi, kamulah yang perlu mengisi tapak-tapak tu”

Perghhh memang sentap habis. Yang terlentok-lentok tadi, terus segar-bugar (ok, ni memang over sangatt). Serious rasa nak nangis bila ayat tu duk putar-putar je dalam kepala. Mampukah aku?


Thursday, 27 April 2017

Seperti Hujan | Kurniawan Gunadi

Hujan diciptakan jatuh menjadi butiran-butiran air. Tidak tumpah sekaligus seperti air terjun. Dengan menjadi butiran, hujan tidak merusak apa-apa yang dijatuhinya. Bahkan sehelai daun, bahkan semut-semut kecil. Semakin halus butirannya, semakin lembut sentuhannya kala jatuh menimpa segala hal. Semoga dari situ kita bisa belajar, bagaimana caranya agar kita bisa menjadi selembut hujan yang jatuh.

-Kurniawan Gunadi

Sunday, 23 April 2017

Perasaan (Catatan lama tak bertarikh)

"Awak suka orang yang macam mana?"
"Huhh? errr..kenapa tiba-tiba je ni?"
"Saja tanya.., sebab tak dapat nak predict awak ni macam mana..eheh"

.................................

Perbualan sepanjang perjalanan pulang ke mahallah

Petang tu membuatkan aku terfikir, apa anggapan orang terhadap aku? Bagi aku perkara normal kalau seseorang tu menyimpan rasa pada orang lain. tu menunjukkan bahawa kita ni normal, ya, normal. 

Disambung pula dengan kelas UNGS3 Islamic Ethics, bila ustaz bercerita tentang keinginan manusia atau mudahnya, nafsu. Ustaz menceritakan bagaimana, nafsu mampu diurus dengan baik. Bukan untuk dibuang terus sebab tu adalah fitrah manusia.

Manusia, mahu bercinta dan dicintai

Tapi,

Pada apa dan pada siapa cinta kita harus diletakkan?

................................

Menjawab pertanyaan petang tu, saya sedar yang saya pun manusia biasa, adakalanya, sifat memendam rasa tu ada, cuma ia perlu diurus dengan baik.

Sibukkan diri dengan perkara-perkara yang menjadi keutamaan kita waktu ini.

Pada waktu ini, saya masih belajar untuk perbaiki diri, masih terlalu banyak lompong-lompong yang perlu saya perbaiki.

Setahun, dua tahun bahkan berpuluh tahun lamanya belum tentu cukup untuk saya menjadi manusia sempurna. Ketidakmampuan saya untuk bersikap, tenang, sabar dan tersusun membantutkan kesediaan saya untuk membina sebuah keluarga baru.

Ya, berilah saya masa sedikit lagi untuk meneruskan perjuangan yang berbaki lagi beberapa tahun ini. Selepas itu, saya mungkin, menjadi versi seorang bidadari besi yang tenang, sabar dan tersusun.

..................................

Kadang-kadang terfikir juga, sempatkah saya untuk semua ini?

Sekali lagi, saya terdiam

Kita takkan pernah tahu, pada waktu bila dan di tanah manakah kita akan mati

..................................

Dan saya tepuk hati sendiri, sambil berbisik;
Di manakah Dia di hatiku?


Cerita yang takkan pernah habis,
Tentang apa yang kita rasa










Friday, 21 April 2017

Kosong [0]

Tiba-tiba rasa kosong sangat harini. Tiada lagi, hari-hari yang kita berkejaran ke kelas, meeting mendaki bukit, meredah semak dari utara ke selatan uia . Feelingless, emotionless, dan -less yang lain.

Tiada lagi mesej-mesej yang masuk 1-2 pagi. Mesej yang masuk sebelum dan selepas Subuh. Mesej-mesej curi-curi dalam kelas.

Mungkin ini agaknya perasaan bila kita memberi dengan sepenuh hati. Berat untuk kita lepaskan.

Harini terasa masa terlalu pantas berlalu,

Dan aku berjalan perlahan-perlahan dari asma ke nusaibah dengan harapan, masa menungguku. Izinkan aku untuk berlegar-legar dalam ruang masa ini. Aku tak nak lepaskan momen-momen penting.

Ada assignment bertimbun yang perlu dihantar, tapi mood belum sampai. Aku rasa kosong.

Aku rindukan masa-masa yang sibuk.

Ingat lagi, malam aku tidur di rumah Aisyah. Aku selalu bangun mengejut. Aisyah, memang selalu dapat baca apa di fikiranku.

"Fikir apa lagi tu?"
"Tiba-tiba rasa risau"
"Insyaallah semua okay je nanti"
*risau lagi*

Malam sebelumnya pun, selepas prereg Aisyah ajak aku ke dapur. Maggi panas, terhidang, Aisyah yang masakkan. Malam tu, sekali lagi sesi luahan yang tak pernah habis.

Waktu bersama Aisyah, aku belajar untuk PERCAYA.

Belajar untuk melepaskan dan pantau dari jauh.

Aku akui yang aku sendiri susah nak percayakan orang.

Dan mungkin disebabkan aku dah terbiasa buat kerja sendiri

Jujurnya, aku rindu program kali ini, despite of macam-macam konflik dalaman yang terjadi. Aku bersyukur dipertemukan dengan orang-orang yang banyak mejadi pelajaran bagiku.

Terima kasih semua, untuk pengalaman pertama dan selamanya!

Friday, 14 April 2017

Jatuh dan mengalir

Adakalanya, kita harus mengalah kepada angin,
Biar kita terhempas dan tak perlu tahu kemana kita jatuh.

Adakalanya, kita harus mengalah kepada arus,
Biar kita mengalir ke tempat-tempat jauh yang tak kita tahu.

Adakalanya, hidup kitapun kita biarkan berjalan sendiri.

Pada sebuah garis yang telah ada sebelum kita ada

Bukankah untuk tumbuh, kita perlu diuji?

Diuji sudah siapkah kita untuk fasa seterusnya?

-Inpirasi

Wednesday, 12 April 2017

How something so small can keep you alive

A: Salam Hafizah, sorry ganggu awak masa busy2 ni. Awak okay ke?

me: Okay je. Tp, sy tgh discussion ni. Kejap lagi saya reply ye.

*picture sent





A; Kita just nak share ni je..mana tahu blh bagi kekuatan kat awk sket.
Sambungla discussion..kita pun tengah siapkan assignment.
tetiba je teringat kat awak. Haha

me: Haha. Thank you awak.

*20 minit kemudian

me: Thank you awak. Serious kita terharu sgt.
       Awak pun moga Allah bagi kekuatan selalu. Tadi tak sempat buat ayat2 sedap..haha.

"Yakinlah, ada sesuatu yang menantimu selepas banyak kesabaran yang kau jalani"

me; Doakan kita present esok..huhu

A: Haha..thank you jugak!

me: Xdela.. kita nampak awak mcm stress sikit. Haritu, ingat nak sembang2 sket sbb dh lama tak              jumpa tp x berkesempatan pulak..haha

       Jangan stress2 eh.. kita sokong awak..kalau ada nak sembang2 cite2 ke contact je kite..insyaallah        sama2 bantu ehh..Hihi

       All the best presentation esok.


This is a little thing called love
Noted with thanks, Aisyah

Friday, 7 April 2017

April dan musim bunga

Bestnya kalau UIA ni penuh dengan bunga-bunga. Hilang rasa penat naik turun tangga Batu Caves. Aien pernah bagitau ada satu taman yang cantik namanya Jimmy Thompson dekat Thailand.

Si Aien memang sangat suka sunflower, Kalau boleh, yang paling besar di dunia, dia nak beli.

White daisy, bunga favourite walaupun bunga tu spesies bunga liar yang sangat senang nak jumpa dekat tepi2 jalan. Bunga nya simple dan tak terlalu mahal. Daisy ni nampak cantik sebab warna putih. Carnation pun cantik jugak. Lagi-lagi yang warna putih. Rasa lapang je bila atas meja ada fresh flower.

Tempat yang teringin sangat nak pergi waktu ini, adalah tempat yang dipenuhi bunga. Tak kisahla di mana pun aku diterbangkan. yang penting bunga.

Sebenarnya, agak kecewa sebab tak sempat nak tunggu musim bunga masa shortsem haritu. Kalau ikutkan hati, tunggu saja di situ sampai tiba musim bunga. Biar aku jadi saksi, bunga kembang mekar.

Nikmat TuhanMu yang manakah yang engkau dustakan?


White Daisy

Sedang dunia pun terlalu indah dengan ciptaanNya

Inikan pula syurga sana

Recent post

ayah

aku bersiap-siap, packing barang untuk balik ke uia. dari petang aku berkira-kira untuk balik pukul berapa. sudahnya, malam  jugak aku balik...