Friday, 21 April 2017

Kosong [0]

Tiba-tiba rasa kosong sangat harini. Tiada lagi, hari-hari yang kita berkejaran ke kelas, meeting mendaki bukit, meredah semak dari utara ke selatan uia . Feelingless, emotionless, dan -less yang lain.

Tiada lagi mesej-mesej yang masuk 1-2 pagi. Mesej yang masuk sebelum dan selepas Subuh. Mesej-mesej curi-curi dalam kelas.

Mungkin ini agaknya perasaan bila kita memberi dengan sepenuh hati. Berat untuk kita lepaskan.

Harini terasa masa terlalu pantas berlalu,

Dan aku berjalan perlahan-perlahan dari asma ke nusaibah dengan harapan, masa menungguku. Izinkan aku untuk berlegar-legar dalam ruang masa ini. Aku tak nak lepaskan momen-momen penting.

Ada assignment bertimbun yang perlu dihantar, tapi mood belum sampai. Aku rasa kosong.

Aku rindukan masa-masa yang sibuk.

Ingat lagi, malam aku tidur di rumah Aisyah. Aku selalu bangun mengejut. Aisyah, memang selalu dapat baca apa di fikiranku.

"Fikir apa lagi tu?"
"Tiba-tiba rasa risau"
"Insyaallah semua okay je nanti"
*risau lagi*

Malam sebelumnya pun, selepas prereg Aisyah ajak aku ke dapur. Maggi panas, terhidang, Aisyah yang masakkan. Malam tu, sekali lagi sesi luahan yang tak pernah habis.

Waktu bersama Aisyah, aku belajar untuk PERCAYA.

Belajar untuk melepaskan dan pantau dari jauh.

Aku akui yang aku sendiri susah nak percayakan orang.

Dan mungkin disebabkan aku dah terbiasa buat kerja sendiri

Jujurnya, aku rindu program kali ini, despite of macam-macam konflik dalaman yang terjadi. Aku bersyukur dipertemukan dengan orang-orang yang banyak mejadi pelajaran bagiku.

Terima kasih semua, untuk pengalaman pertama dan selamanya!

No comments:

Post a Comment

Recent post

ayah

aku bersiap-siap, packing barang untuk balik ke uia. dari petang aku berkira-kira untuk balik pukul berapa. sudahnya, malam  jugak aku balik...