Tuesday, 13 June 2017

Menuju 22

Terlalu banyak aku berfikir lately ni. Mungkin sebab makin matang.uhukhuk. )batuk sikit). Tadi rasa macam banyak nak cakap tapi macam takdelah pulak sekarang ni.


Ayah.
“Apa pendapat akak? Akak rasa macam mana?”-soalan yang ayah tanya sepanjang perjalanan balik rumah haritu. Tiba-tiba rasa macam dah  dewasa. Dan ayah mula minta pandangan aku tentang masa depan adik-adik aku. Sekolah? Bidang? Aliran?


Acik guard.  
Asalnya, sekadar  tanya if pagar belakang bukak sebab senang sikit nak angkut barang masuk kereta. Maklumlah, dah habis sem kan, jadi gayanya memang macam nak bukak kedai runcit belakang rumah. (maafkan kehambaran saya) Sampai tak nampak cermin belakang kereta.  Ayah pun tawakkal habis sepanjang perjalanan.  

Sampai acik guard pun tanya, “awak final sem dah ke?”

Hahahaha. Masa tu, memang saya mengucap panjanggg sangattt.  Dalam hati je la tapi. Aku ni nampak matang ke? Entahla. Mungkin sebab banyak sangat barang masa tu (ok, ni memang ayat nak sedapkan hati sendiri)

“Eh, tak. Baru second year cik”

“Awak course apa?”

“law” segan jugakla nak bagitau course tu, tak taula kenapa . dari dulu lagi memang macam tu.

“Owhh. Acik tengok budak law ni hati suci”

Hampir tersedak dibuatnya. Dahla time puasa pulak tu. Saya sengih je masa tu. Rupanya, ada sorang senior law yang dah grade sem lepas rapat betul dengan mak cik tu. Acik ni selalu jugak terserempak dengan akak tu kat masjid. Dia memang terinspirasi (baca:adore)  dengan kakak tu. Banyak kali dia pesan pada saya, sebelum belajar, mulakan dengan bacaan al quran dulu.  Sebab itulah yang akak senior tu amalkan sejak stpm lagi.

Acik ada jugak bercerita tentang pengalaman dia duduk dalam mahkamah dan tengok kes-kes yang dibicarakan. Setiap hukuman dijatuhkan, hakim tu akan kelihatan sangat gelisah dan terasa berat nak umumkan keputusan. Betullah kata orang , selangkah kaki kita ke neraka, andai tak benar-benar adil dan telus. Terlihat si hakim tadi usap muka. Seakan-akan berharap itu yang terbaik dan termampu dia lakukan. Dia pun manusia biasa juga. Acik bagitahu, dia rasa hakim tu pun graduan uiam melihatkan perwatakan si hakim tadi dan cara dia berpakaian.

Beberapa kali dia pesan, “awak nanti, belajar betul-betul. Dunia harini menakutkan. Orang-orang macam awak nilah yang masyarakat perlukan. Ilmu dan adab kena seiring. Lagi-lagi keluaran uia”. (ayat ni saya rephrase balik ikut apa yang saya ingat)

Papp. Memang rasa tertampar betul. Sem ni aku banyak sangat main. Macam biasa ayah cakap, akak dengan diorang ni (adik-adik) semua boleh cuma, kurang bersungguh. Sentap jugaklah rasanya. Eh,tak, tersentuh hati . hee

Percaya atau tak, cita-cita saya pada asalnya, adalah interior designer. Kesukaan saya pada benda2 seni memang takkan luput sampai bila2. Saya membesar dengan buku2 cerita yang penuh dengan gambar2 menarik mengajak saya untuk berimaginasi tinggi. Saya langsung tak mewarisi ibu ayah yang sememangnya ber background kan undang-undang.


Satu soalan. Dang! Dan, macam manalah saya boleh tercampak ke sini?


Alhamdulillah ala kulli hal. Kalau diizinkan untuk putar balik masa dan ubah semuanya. Saya tak memilih untuk itu. Yakin pasti akan ada sesuatu yang menanti selepas banyak kesabarn yang engkau jalani. Hidup bukan selalu memilih. Ada ketikanya, dipilih. Untuk sesuatu yang lebih baik, mungkin? Tak, tapi pasti.

Bila difikir-fikirkan, bila saya berada dalam bidang ni, impak manfaat yang saya boleh sumbangkan lebih besar berbanding impian asal saya tadi. Jujurnya, belajar sesuatu yang tak selari dengan jiwa kita memang agak susah. Tapi, niatkan saja,  “aku tak boleh pentingkan diri. Ramai lagi orang perlukan pertolongan”. Biarlah susah sikit.



Iftar mylig.

“Antara cita-cita kami graduan batch ’93, kami nak conquer bar council”.


Gelak kuat aku masa tu dengan nada sir yang menggelikan hati. Memang kelakar bila ingat balik tapi kata-kata tulah yang terngiang-ngiang lagi di telinga. Maknanya memang mendalam dan masih terkesan di hati. Sir sambung lagi,

“Berapa ramai muslim yang mendaftar sebagai ahli, tapi tiada sesiapa pun yang aktif dan wujudkan cita-cita tadi tu. Alhamdulillah,ada juga di kalangan kami yang berjaya membuka firm sendiri  zaman tu.”

Pada zaman yang tiada lagi ataupun mungkin kurang orang Islam yang ada firm sendiri. UIA akhirnya berjaya  grooming mereka-mereka ini.

Satu lagi kata-kata sir selepas tu yang sampai sekarang saya tak boleh lupa,
“Mereka sudah membina tapak, tapi, kamulah yang perlu mengisi tapak-tapak tu”

Perghhh memang sentap habis. Yang terlentok-lentok tadi, terus segar-bugar (ok, ni memang over sangatt). Serious rasa nak nangis bila ayat tu duk putar-putar je dalam kepala. Mampukah aku?


No comments:

Post a Comment

Recent post

ayah

aku bersiap-siap, packing barang untuk balik ke uia. dari petang aku berkira-kira untuk balik pukul berapa. sudahnya, malam  jugak aku balik...