Sunday, 23 April 2017

Perasaan (Catatan lama tak bertarikh)

"Awak suka orang yang macam mana?"
"Huhh? errr..kenapa tiba-tiba je ni?"
"Saja tanya.., sebab tak dapat nak predict awak ni macam mana..eheh"

.................................

Perbualan sepanjang perjalanan pulang ke mahallah

Petang tu membuatkan aku terfikir, apa anggapan orang terhadap aku? Bagi aku perkara normal kalau seseorang tu menyimpan rasa pada orang lain. tu menunjukkan bahawa kita ni normal, ya, normal. 

Disambung pula dengan kelas UNGS3 Islamic Ethics, bila ustaz bercerita tentang keinginan manusia atau mudahnya, nafsu. Ustaz menceritakan bagaimana, nafsu mampu diurus dengan baik. Bukan untuk dibuang terus sebab tu adalah fitrah manusia.

Manusia, mahu bercinta dan dicintai

Tapi,

Pada apa dan pada siapa cinta kita harus diletakkan?

................................

Menjawab pertanyaan petang tu, saya sedar yang saya pun manusia biasa, adakalanya, sifat memendam rasa tu ada, cuma ia perlu diurus dengan baik.

Sibukkan diri dengan perkara-perkara yang menjadi keutamaan kita waktu ini.

Pada waktu ini, saya masih belajar untuk perbaiki diri, masih terlalu banyak lompong-lompong yang perlu saya perbaiki.

Setahun, dua tahun bahkan berpuluh tahun lamanya belum tentu cukup untuk saya menjadi manusia sempurna. Ketidakmampuan saya untuk bersikap, tenang, sabar dan tersusun membantutkan kesediaan saya untuk membina sebuah keluarga baru.

Ya, berilah saya masa sedikit lagi untuk meneruskan perjuangan yang berbaki lagi beberapa tahun ini. Selepas itu, saya mungkin, menjadi versi seorang bidadari besi yang tenang, sabar dan tersusun.

..................................

Kadang-kadang terfikir juga, sempatkah saya untuk semua ini?

Sekali lagi, saya terdiam

Kita takkan pernah tahu, pada waktu bila dan di tanah manakah kita akan mati

..................................

Dan saya tepuk hati sendiri, sambil berbisik;
Di manakah Dia di hatiku?


Cerita yang takkan pernah habis,
Tentang apa yang kita rasa










No comments:

Post a Comment

Recent post

ayah

aku bersiap-siap, packing barang untuk balik ke uia. dari petang aku berkira-kira untuk balik pukul berapa. sudahnya, malam  jugak aku balik...