Alhamdulillah ala kulli hal. Terima kasih Ya Allah untuk segalanya.
Baru selesai siapkan poster seperti yang diminta.
Atas sebab kelemahan aku dengan benda-benda yang melibatkan IT, kerjaku sedikit tergendala. Aku harap kali ini, ini yang diterima
Hari yang sama edit video ungs. Nampak simple benda yang nak diubah. Tapi, ambil masa setengah hari juga. Dalam mengejar masa untuk ke kelas, ttutorial, assignment dan sebagainya. Akhirnya, sempat ke bilik ustaz jam 7.30 malam. Azan maghrib menemani kami sepanjang berkejar ke bilik ustaz.
Balik ke mahallah, hujan seakan-akan memahami. Sepanjang berjalan pulang, aku dan Timah masing-masing tak bersembang. Penat agaknya. Penat yang berbaloi harapnya.
Tuhan, ajarkan aku untuk bersyukur atas segala hal. Mungkin ada sesuatu yang tak kelihatan dengan mata kasarku. Semoga ada hikmah disebalik sesuatu. Dan Dialah Tuhan Yang Maha Tahu segala apa yang dikerjakan manusia, sembunyi atau terang-terangan.
Doakan poster settle.
Tiba-tiba rasa berdebar oral test family.
Kena baca full report jugak ke untuk kes-kes tu?
Marilah berhuhu
"Ajari aku menggunakan pena, akan kutulis gemercik air, udara dingin, kabut senja, sampai daun gugur." (Yus R. Ismail)
Wednesday, 5 April 2017
Sunday, 2 April 2017
Ingatan yang pelik
Baru tadi ada seseorang menegurku.
"Akak, kenal tak ni siapa? Ingat lagi?"
"Mestilah ingat."
"Yeke?"
"Ingat..Atha kn..study circle dulu"
"Haah"
Masing-masing terharu sebab masih ingat
Aku kira, masa terlalu pantas berlalu
Waktu mula-mula aku bawa study circle, aku rasa akulah manusia yang paling awkward. Dan, Atha adalah orang yang selalu buat aku hilang nervous.
Terima kasih Tuhan untuk pertemuan ini.
Waktu ini, aku patutnya, siapkan assignment law yang bertimbun lagi. Tapi, nak buat macam mana..perasaan nak menulis ni membuak-buak berbanding keinginan aku untuk baca law report yang menimbun (yela sangat).
Aku tahu aku lemah dalam mengingat tentang hal-hal yang perlu diingat. Macam baca facts case law yang tak berkesudahan tu, tak pernah hadam. huhu..
Tapi, bila bab manusia dan sekitarnya, terus simpan dalam memori tanpa perlu dipaksa sekalipun. Benda-benda yang kurang penting, macam daun gugur, baju yang dipakai orang, minuman yang diorder, barang yang selalu dibawa bersama. Benda yang nampak kurang penting, aku ingat, tanpa perlu paksa untuk ingat.
Tapi, sungguh, ingatan ini mahal harganya. Sebab tu jugak jangan terkejut kalau aku dapat teka character atau minat seseorang. Sebab semua tu melalui observation aku dan tersimpan dalam memori tanpa sengaja. Haha. Seram ke?
Kan best, kalau belajar pun boleh buat macam ni jugak. Huhu..
Aku kira, manusia adalah subjek kegemaran aku ketika ini walaupun ada ketika agak complicated tapi menarik untuk tahu
Kalau ada orang-orang yang kita rasa kurang senang, sebaiknya, kita ubah diri kita dulu. Terima perbezaan dan cari persamaan.
Begitulah, tentang aku, manusia, dan kota kenangan.

Saturday, 1 April 2017
Nilai Juang | Kurniawan Gunadi
Tidak banyak yang tahu tentang perjuanganmu, tidak banyak yang mengerti tentang perjalananmu dan upayamu melaluinya selama ini. Jangan khawatir, sebab itu sama sekali tidak mengurangi nilai dirimu, sama sekali tidak membuat perjuanganmu sia-sia.
Teruslah berjuang, sebab orang lain tidak akan pernah sanggup benar-benar mengerti tentang apa yang kamu sedang jalani
Teruslah berjuang, sebab orang lain tidak akan pernah sanggup benar-benar mengerti tentang apa yang kamu sedang jalani
Friday, 31 March 2017
Bidadari Besi
Beg mula digalas ke bahu, bersiap-siap untuk pulang ke daerah asalku. Tiba-tiba niatku mati. Perasaan bersalah bercampur baur. Balik ke tak? walhal minggu depan dah mula mid sem break.
Tapi, terasa lama sangat tak balik.
*keluar notification group Hihoho
"Korang nak pegi tak qiyam nnt?"
"Jom la pegi skali"
"owhh lupa harini kan kte ade meeting"
"alang2 tu kte pegi lps meeting la"
Hujan mula turun malam tu. Tak terlalu lebat tapi tetap penglihatan agak kabur malam tu. Sedang kereta mula digerakkan, terdengar ketukan pintu dari arah belakang. Oh, tergeser pada kereta sorg sistur ni rupanya. Ketukan tadi penuh emosi agaknya, barangkali fikir bahwa kami cuba untuk berlepas diri
"Wafiy, tolg bgtau dlm grup kte dtg lewat sikit sbb hujan"
"okay"
replied,
"Bukan dah habis hujan ke? Cepat, adik2 dh smpi ni.
Masuk meeting,
Meeting malam tu dimulakan dengan tazkirah. Tazkirah versi Hindustan katanya. Tanpa tajuk. Satu sharing daripada Ikhwan tentang review movie Dhangal. Sejak awal-awal keluar movie ni, ramai jugak kawan2 yang bercerita tapi aku masih belum sempat untuk itu. Apapun, tazkirah malam tu sangat menarik perhatianku tentang....
Bagaimana menjadi luar biasa
Kita selalu terasa tak mampu dan diletakkan di tempat-tempat yang jauh dari kemampuan kita. Sedangkan, kita sedar yang "Allah tahu sedang kamu tidak tahu"
Kita mengatakan kita beriman dengan ayat tu, tapi tak semudah tu. Ya, tak semudah tu
Mendengarkan kisah Danghal, aku mula membayangkan seorang ayah yang dikurniakan empat orang anak. Ayahnya seorang bekas tinju dan dikenali ramai. Sejak dulu cita-citanya mahukan anaknya menjadi peninju seperti dia bahkan dalam kisah ini, mereka lebih hebat daripada dia kerana mereka perempuan.
Impianku, menjadi bidadari besi.

Penat
Penat. Tapi, saya masih rasa mahu menulis. Menulis menjadi remedy untuk saya. Seolah-olah hilang sebahagian beban perasaan hari-hari yang saya lalui. Menulis untuk kenang-kenangan sendiri. Saya rasa, tulisan ini punya harga dan mahal bagi saya. Tapi, kita takkan mampu untuk luahkan semuanya. Ada yang disimpan dan terkunci mejadi rahsia. Kadang, kata-kata tak terluah dengan begitu mudah, menulis lebih baik.
Tapi, hari ini adalah sesi luahan terpanjang. Terima kasih sahabat se-society ku untuk cerita-cerita yang tak pernah habis, sudi menjadi tempat luahan pelbagai rasa; masam, manis, pahit, masin. Ya, begitulah, tawar juga rasanya. Bila agaknya, penat ini pulang ke tempat asal? Atau penat ini memang tak jumpa hala tuju? Akhirnya, aku memilih untuk menjadikan penat ini, penat yang berbaloi. Penat yang ada nilai nya di sisi Tuhan. Penat yang tidak dirasakan lelah. Dan, aku biarkan kelelahan ini lelah mengejarku.
Ada yang kata, aku nampak matang. Tapi, ada juga yang katakan aku begitu kebudak-budakan tak padan dengan usia yg sudah lewat puluhan (lewat ke?) Haha. Begitulah aku, ada ketika, terlalu penat, kata-kataku sedikit merapu dan bagai tak tentu arah. Fikiranku, cuma mahu siapkan segera, tapi, selalunya hasil tak seberapa kerana kecuaianku sendiri.
Tulisan kali ini agak umum. Sedikit baku. Kerana, aku mahu menulis tapi bukan mengadu dan membiarkan keluhan ini berterusan.
Ini tentang luahan hati tapi bukan untuk difahami oleh sesiapapun kerana ini menjadi rahsia antara aku dan Tuhanku, pemilik hati.
Hidupku adalah rahsia yang ada pada Tuhanku.

Saturday, 4 March 2017
Late Bloomer
Haritu, kebetulan saya ternampak cikgu Kimia dengan senarai nama pelajar dan gred yg ditarget untuk SPM.
Sayapun cepat2 curi tengok sementara cikgu tak perasan dan gred nya MasyaAllah Allah je yg tahu (dan cikgulah tentunyaa..hehe)
Balik dari kelas, saya duduk sendiri dan merenung masa depan (kononnya..). Selalu macam ni bila mula rasa down dgn kelemahan sendiri. Tanya diri sendiri aku nak jadi apa dh besar nnt. Cita2 sejak sekolah menengah nak jadi interior designer...Ni semua pengaruh Anjung Seri dan Casa Impian..dan tak lupa, Eric Leong..Kalu tak dapat A, layak ke nak apply nanti?..jangankan dapat A ..nak lulus pun susah dan terasa jauhh sangat waktu tu.
Hari bersalaman dengan cikgu2 (saya tak berapa nk igt apa namanya) yg biasa cikgu2 akan buat bila nak dekat exam..hehe..sepatutny anak murid la yg buat sbb nk mintak maaf..
Sampailah pada seorang guru ni, seorang yang saya sgt hormati
Dia berbisik pada saya,
"Awak kan selalu suka buat kejutan saat akhir, saya yakin awak boleh buat"
..lebih kurang mcm tu lah ayatnya..sy pun tak berapa nk igt..
Dan masa tu jugak sy rasa muka sy naik suam..(susah nk explain) sbb tahan air mata..sbb tu lah kata2 yg berbeza berbanding yg sebelum ni. Saya cuma senyum dan tunduk. Kata2 nya ringkas tp sgt dekat dgn saya. Seolah-olah ia mmg ditujukn khas buat saya.
Ketika saya rasa nak menangis, dalam masa yang sama, dapat semangat yg baru. Mula cakap dengan diri sendiri,
"Aku boleh, walau macam mana susah sekalipun aku kena teruskan sampai penghujungnya"
Dan begitulah saya, bukan mudah nak berjaya..sampai sekarangpun saya masih tercari2 ruang untuk perbaiki kelemahan diri..terlalu banyak lompong..terlalu banyak benda yg saya tak tahu.
Kata-kata cikgu tu benar-benar buat saya terfikir, bahawa jangan menyerah sebelum berperang. Jika kita benar berusaha, Allah takkan sekali2 persia-siakannya. Sebab, yakinlah kita takkan dapat pahala sabar sekiranya tidak diuji.
Ada ketika, kita risaukan pandangan orang sekeliling, terasa terasing sebab kita bukanlah golongan orang2 'bijaksana'. Tapi, sedarlah, Allah adalah sebaik2 saksi, yang melihat penat lelah mu dalam berjuang. Dia tahu apa yang mampu bagimu, lalu dia bimbing agar engkau menjadi yang terbaik di mataNya.
Bandingkan diri kita hari ini berbanding semalam. Atau lebih tepat, saat ini sebelum tadi.
Satu perkara lagi, saya sedar, bila saya diuji, saya mudah memahami orang lain yg diuji juga sebab saya pernah merasa susah dan Allah lah sebenarnya, sebenar-benar tempat bergantung
...........
Tibalah hari ambil keputusan SPM..
Cukuplah sampai sini,
"Yakinlah ada sesuatu yang menantimu selepas banyak kesabaran (yang kau jalani), yang akan membuatmu terpana sehingga kau lupa betapa pedihnya kesakitan itu." (Saidina Ali)
Wednesday, 1 March 2017
Cahaya atas cahaya
Malam tu adalah malam terakhir sebelum masing-masing mula bertebaran. Kami dipesan untuk datang dengan cahaya masing-masing. Lutut bertemu lutut, terbentuklah bulatan yang dinamakan bulatan gembira.
Cuba tengok atas. Sambil jari ditujukan ke arah langit gelap. cantik. Kerana gelap, bintang-bintang kelihatan terang biarpun jauh. Sengaja dipilih malam itu kerana bintang paling tidak segan memunculkan iri. Semua begitu takjub melihat kebesarannya persis kali pertama melihat bintang. Baru kami sedar nikmat yang begitu indah sebenarnya selalu ada di sekililing kita. Ia cuma perlukan hati yang benar untuk melihat semua itu.
Dalam bulatan, kami duduk saling bertentangan. Kemudian, .... "Okay, masing-masing halakan cahaya masing-masing menghadap orang yang di hadapan". Semua tersenyum, dalam masa yang sama tertanya-tanya apakah ini sebenarnya. Aku terutamanya yang paling merasa hairan apakah perasan ku ketika itu. Terasa sangat bercahaya.
..."Macam mana nak bagi cahaya lebih terang pada orang di hadapan?"... Masing-masing dengan gaya berfikir yang tersendiri. Kemudian, ada yang bergerak mendekati orang dihadapan dan cahaya semakin terang. Seorang demi seorang mula saling mendekati.
Dan analogi pun bermula,
Cahaya diibaratkan tarbiyyah yang mula disemai sejak kita terjebak dengan gerabak ini. Misi di jalan ini adalah untuk mnyebarkan kebaikan kepada orang-orang di sekililing kita atas muka bumi Tuhan.
Kita tidak ingin menjadi orang mementingkan diri dengan keengganan kita untuk meneruskan misi ini. Kita tidak mahu membiarkan kebaikan terhenti hanya pada diri kita. Untuk itu, kita mendekati mereka agar mereka pun dapat berkongsi cahaya yang sama. Jadilah cahaya yang akan terus menerangi mereka yang di luar sana. yang masih tercari-cari cahaya yang benar agar jelas matlamat utama hidup sebagai seorang hamba.
Sepanjang kami berkumpul di dataran malam itu, ada yang melambai-lambai dari kejauhan walaupun kami saling tidak mengenali. Dari blok-blok asrama dan di tepi-tepi jalan. Mungkin juga takjub melihat cahaya tadi. Ya, siapa yang tidak sukakan cahaya? Malam itu pasti akan diingati buat selamanya. Biarpun kita berpisah di dunia, kita pasti kan bertemu di syurga.
Kerana, kita berkongi cahaya yang sama.
Cahaya atas cahaya.
Based on true story.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Recent post
ayah
aku bersiap-siap, packing barang untuk balik ke uia. dari petang aku berkira-kira untuk balik pukul berapa. sudahnya, malam jugak aku balik...
-
Ada waktu-waktunya, aku lebih suka bersendiri. Berjalan dari bus stop nusaibah tangga batu cave menuju ke mahallah. Ditemani cahaya lampu se...
-
aku bersiap-siap, packing barang untuk balik ke uia. dari petang aku berkira-kira untuk balik pukul berapa. sudahnya, malam jugak aku balik...
-
Permulaan Saya tergerak untuk menulis selepas melihat dan membaca tulisan-tulisan orang lain. Berbanding buku, saya lebih suka...