Penat. Tapi, saya masih rasa mahu menulis. Menulis menjadi remedy untuk saya. Seolah-olah hilang sebahagian beban perasaan hari-hari yang saya lalui. Menulis untuk kenang-kenangan sendiri. Saya rasa, tulisan ini punya harga dan mahal bagi saya. Tapi, kita takkan mampu untuk luahkan semuanya. Ada yang disimpan dan terkunci mejadi rahsia. Kadang, kata-kata tak terluah dengan begitu mudah, menulis lebih baik.
Tapi, hari ini adalah sesi luahan terpanjang. Terima kasih sahabat se-society ku untuk cerita-cerita yang tak pernah habis, sudi menjadi tempat luahan pelbagai rasa; masam, manis, pahit, masin. Ya, begitulah, tawar juga rasanya. Bila agaknya, penat ini pulang ke tempat asal? Atau penat ini memang tak jumpa hala tuju? Akhirnya, aku memilih untuk menjadikan penat ini, penat yang berbaloi. Penat yang ada nilai nya di sisi Tuhan. Penat yang tidak dirasakan lelah. Dan, aku biarkan kelelahan ini lelah mengejarku.
Ada yang kata, aku nampak matang. Tapi, ada juga yang katakan aku begitu kebudak-budakan tak padan dengan usia yg sudah lewat puluhan (lewat ke?) Haha. Begitulah aku, ada ketika, terlalu penat, kata-kataku sedikit merapu dan bagai tak tentu arah. Fikiranku, cuma mahu siapkan segera, tapi, selalunya hasil tak seberapa kerana kecuaianku sendiri.
Tulisan kali ini agak umum. Sedikit baku. Kerana, aku mahu menulis tapi bukan mengadu dan membiarkan keluhan ini berterusan.
Ini tentang luahan hati tapi bukan untuk difahami oleh sesiapapun kerana ini menjadi rahsia antara aku dan Tuhanku, pemilik hati.
Hidupku adalah rahsia yang ada pada Tuhanku.
"Ajari aku menggunakan pena, akan kutulis gemercik air, udara dingin, kabut senja, sampai daun gugur." (Yus R. Ismail)
Friday, 31 March 2017
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Recent post
ayah
aku bersiap-siap, packing barang untuk balik ke uia. dari petang aku berkira-kira untuk balik pukul berapa. sudahnya, malam jugak aku balik...
-
Ada waktu-waktunya, aku lebih suka bersendiri. Berjalan dari bus stop nusaibah tangga batu cave menuju ke mahallah. Ditemani cahaya lampu se...
-
aku bersiap-siap, packing barang untuk balik ke uia. dari petang aku berkira-kira untuk balik pukul berapa. sudahnya, malam jugak aku balik...
-
Permulaan Saya tergerak untuk menulis selepas melihat dan membaca tulisan-tulisan orang lain. Berbanding buku, saya lebih suka...
No comments:
Post a Comment