Sunday, 2 April 2017

Ingatan yang pelik

Baru tadi ada seseorang menegurku.

"Akak, kenal tak ni siapa? Ingat lagi?"
"Mestilah ingat."
"Yeke?"
"Ingat..Atha kn..study circle dulu"
"Haah"

Masing-masing terharu sebab masih ingat

Aku kira, masa terlalu pantas berlalu

Waktu mula-mula aku bawa study circle, aku rasa akulah manusia yang paling awkward. Dan, Atha adalah orang yang selalu buat aku hilang nervous.

Terima kasih Tuhan untuk pertemuan ini.

Waktu ini, aku patutnya, siapkan assignment law yang bertimbun lagi. Tapi, nak buat macam mana..perasaan nak menulis ni membuak-buak berbanding keinginan aku untuk baca law report yang menimbun (yela sangat).

Aku tahu aku lemah dalam mengingat tentang hal-hal yang perlu diingat. Macam baca facts case law yang tak berkesudahan tu, tak pernah hadam. huhu..

Tapi, bila bab manusia dan sekitarnya, terus simpan dalam memori tanpa perlu dipaksa sekalipun. Benda-benda yang kurang penting, macam daun gugur, baju yang dipakai orang, minuman yang diorder, barang yang selalu dibawa bersama. Benda yang nampak kurang penting, aku ingat, tanpa perlu paksa untuk ingat.

Tapi, sungguh, ingatan ini mahal harganya. Sebab tu jugak jangan terkejut kalau aku dapat teka character atau minat seseorang. Sebab semua tu melalui observation aku dan tersimpan dalam memori tanpa sengaja. Haha. Seram ke?

Kan best, kalau belajar pun boleh buat macam ni jugak. Huhu..

Aku kira, manusia adalah subjek kegemaran aku ketika ini walaupun ada ketika agak complicated tapi menarik untuk tahu

Kalau ada orang-orang yang kita rasa kurang senang, sebaiknya, kita ubah diri kita dulu. Terima perbezaan dan cari persamaan.

Begitulah, tentang aku, manusia, dan kota kenangan.  

No comments:

Post a Comment

Recent post

ayah

aku bersiap-siap, packing barang untuk balik ke uia. dari petang aku berkira-kira untuk balik pukul berapa. sudahnya, malam  jugak aku balik...