Malam tu adalah malam terakhir sebelum masing-masing mula bertebaran. Kami dipesan untuk datang dengan cahaya masing-masing. Lutut bertemu lutut, terbentuklah bulatan yang dinamakan bulatan gembira.
Cuba tengok atas. Sambil jari ditujukan ke arah langit gelap. cantik. Kerana gelap, bintang-bintang kelihatan terang biarpun jauh. Sengaja dipilih malam itu kerana bintang paling tidak segan memunculkan iri. Semua begitu takjub melihat kebesarannya persis kali pertama melihat bintang. Baru kami sedar nikmat yang begitu indah sebenarnya selalu ada di sekililing kita. Ia cuma perlukan hati yang benar untuk melihat semua itu.
Dalam bulatan, kami duduk saling bertentangan. Kemudian, .... "Okay, masing-masing halakan cahaya masing-masing menghadap orang yang di hadapan". Semua tersenyum, dalam masa yang sama tertanya-tanya apakah ini sebenarnya. Aku terutamanya yang paling merasa hairan apakah perasan ku ketika itu. Terasa sangat bercahaya.
..."Macam mana nak bagi cahaya lebih terang pada orang di hadapan?"... Masing-masing dengan gaya berfikir yang tersendiri. Kemudian, ada yang bergerak mendekati orang dihadapan dan cahaya semakin terang. Seorang demi seorang mula saling mendekati.
Dan analogi pun bermula,
Cahaya diibaratkan tarbiyyah yang mula disemai sejak kita terjebak dengan gerabak ini. Misi di jalan ini adalah untuk mnyebarkan kebaikan kepada orang-orang di sekililing kita atas muka bumi Tuhan.
Kita tidak ingin menjadi orang mementingkan diri dengan keengganan kita untuk meneruskan misi ini. Kita tidak mahu membiarkan kebaikan terhenti hanya pada diri kita. Untuk itu, kita mendekati mereka agar mereka pun dapat berkongsi cahaya yang sama. Jadilah cahaya yang akan terus menerangi mereka yang di luar sana. yang masih tercari-cari cahaya yang benar agar jelas matlamat utama hidup sebagai seorang hamba.
Sepanjang kami berkumpul di dataran malam itu, ada yang melambai-lambai dari kejauhan walaupun kami saling tidak mengenali. Dari blok-blok asrama dan di tepi-tepi jalan. Mungkin juga takjub melihat cahaya tadi. Ya, siapa yang tidak sukakan cahaya? Malam itu pasti akan diingati buat selamanya. Biarpun kita berpisah di dunia, kita pasti kan bertemu di syurga.
Kerana, kita berkongi cahaya yang sama.
Cahaya atas cahaya.
Based on true story.
No comments:
Post a Comment