Saturday, 23 September 2017

kuatkan


ya allah, hanya engkau yang mampu kuatkan aku, tambahkan kecintaan ku terhadap bidang yang aku  ambil
semoga setiap hari aku bertambah suka untuk menambah ilmu ini. dan semoga ilmu membawa aku dekat pada engkau.
aku takkan mampu melainkan engkau yang memberikan kemampuan
dan aku tahu engkau tuhan yang maha mendengar sekalipun cuma lintasan-lintasan di dalam hati
rabbana yusahhillana

mood: company
meja belajar, nusaibah, 1:19pm

Saturday, 2 September 2017

?

Saya kurang pasti dengan apa yang saya rasa. Saya rasa macm nak hilang ingatan sekejap boleh tak? Tak nak ingat benda2 yang selalu buat diri down.

Rasa macam nak tahu. Sebab dah penat nak fikir. Tapi, tak tahu macam mana nak mula. Dn lagi parah, benda ni affect banyak benda2 lain.

End up, pendam lagi.eloklah tu.

Allah tunjukkan jalan buat hambaMu yang keliru ini.

Monday, 21 August 2017

mood: angin, hujan

semalam mungkin di kalngan kita, ada yang merancang untuk settlekan pakaian-pakaian yang hendak dibasuh. dijemur. cuaca terik semalam. perasaan malas pula yang datang. 
harini, waktu ini. (2.54pm) hujan turun agak lebat saat saya menaip post ini. niat kita yang pada asalnya untuk uruskan pakaian, terbatal lagi. jemuran masih belum kering.

-------

Keadaan akan sentiasa berubah. suasana. persekitaran kita. seiring masa. usia kita pun kian bertambah. kita tak mampu meminta masa menunggu kita. bahkan, kitalah yang harus menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku. 

baik panas atau hujan, kita takkan dapat duga cuaca harini, esok dan seterusnya. begitu juga, hal-hal yang bakal kita hadapi pada masa akan datang. yang pasti, lakukanlah yang terbaik untuk harini, pada saat ini. 

sesekali kenangan lama datang menyinggah. saat kita lewati suatu tempat atau dari musik yang diperdengarkan. kedua-duanya seakan-akan menyimpan momen-momen tertentu dalam hidup kita. kedua-duanya memainkan peranan untuk merakam perjalanan hidup kita.

angin mula bertiup kencang menandakan hujan akan turun. daun mula gugur saat ditiup angin. dia tidak tahu bila masanya dia bakal gugur ke tanah. dia cuma perlu akur bila tiba gilirannya untuk berehat di daratan pula. selalunya di atas, saat badan masih hijau. kini, kekuningan. sudah sampai masa untuk berehat. hanya tinggal tunggu angin membawanya turun. tapi, dia tidak pernah membenci angin. kerana dia tahu angin cuma jalankan amanah yang diberi Tuhan.

kita tak boleh salahkan keadaan yang terkadang merumitkan kita. kita lah yang harus tetap tumbuh. perbaiki apa yang masih kurang. barangkali, ini caranya untuk membuatkan kita tetap teguh, terus tumbuh.

Terowong Nusaibah

-------


selamat menikmati hujan :)


mahallah nusaibah
3.27pm

Sunday, 20 August 2017

First step




Semuanya memerlukan langkah pertama.

-----

Sejak kecil, saya adalah seorang kanak-kanak perempuan yang pemalu dan pasif. Saya cuma akan mudah mesra dengan ahli keluarga terdekat saja.

Saya dan ayah akan selalu bercerita setiap kali ayah mengambil saya pulang ke rumah. selalunya, saya akan balik sendiri. dengan public transport. jarang ayah ambil saya melainkan jika barang terlampau banyak atau ada hal lain yang perlu saya uruskan sehingga lewat petang di uia. biasanya waktu malam, selepas waktu kerja, ayah ambil saya.

Suatu hari, ayah kata saya seorang yang agak ambitious. saya sangat bersungguh-sungguh bila buat sesuatu. apa sahaja pertandingan. saya mesti nak libatkan diri. mewarna, sukan, bercerita, buku skrap. name it. semuanya, saya teringin. dan saya akn pastikan saya juara. haha. kelakar pulak rasa bila ingat balik. walaupun sebenarnya, saya tak lah berapa ingat. sehinggalah ayah ceritakan kepada saya.

yang menariknya, saya pasti akan menang dan bawa balik banyak hadiah daripada pertandingan yang saya sertai. jarang saya beli peralatan sekolah.sebab kebanyakan saya guna barang sedia ada daripada hadiah yang saya dapat.



dan, semua tu, bermula dengan langkah pertama.


------
Cikgu tahu saya pemalu. mungkin dia sengaja memilih saya untuk masuk pertandingan bercerita. saya pulak, jenis yang tak tahu nak menolak pelawaan. saya yang masih kecil, ikut saja apa yang diminta. cikgu beri skrip pada saya. pulang ke rumah, siang malam saya berlatih. tajuk cerita tu, "A crow and his jar". bercerita sambil menggayakan ikut apa yang saya bayangkan dari cerita tu.

Dan, tak saya sangka, saya menang tempat ketiga. Okaylah, not bad. Itulah, permulaan. saya menjadi semakin berani untuk mencuba apa sahaja. tapi, yang pastinya, perlu ada orang yang 'initiate' saya terlebih dahulu. mustahil untuk saya sertai semua ni atas kehendak sendiri.

------
Pernah suatu ketika, cikgu menyuruh kami pergi latihan sukan lompat tinggi. malangnya, tak ramai pun yang pergi. sampailah giliran saya untuk lompat. saya fikir, sukan ni hanya sesuai untuk orang yang tinggi. saya pasti yang saya memang takkan lepas. 

macam yang saya bayangkan, saya cuma berlari dan melanggar tiang melintang lompat tinggi tu. ahh malunya! saya serik. lepasni, saya takkan pergi lagi.



Tiba hari sukan.


Rumah sukan kami, Temenggong (Hijau), masih belum ada wakil untuk acara lompat tinggi. Tiba-tiba nama saya dipanggil ke padang. tak pasal-pasal, saya kena jadi wakil untuk acara tu. seriuss nervous masa tu. bila tiba giliran saya. saya berlari ke arah tilam dan melompat sekuat hati tanpa mata saya melihat tiang di depan. saya terbang dan menghempapkan badan ke tilam. tak sangka, saya lepas rupanya. saya tak sedar apa yang berlaku. semuanya terlalu pantas. debaran yang saya rasa pada awalnya. rupanya hanya sementara.

untuk pemain amateur macam saya, kira okaylah kan untuk dapat tempat kedua. hehe:)



dan, ia takkan berlaku, melainkan dengan langkah pertama.

------  
SUKAN SEA 2017

Malaysia menjadi tuan rumah bagi sukan sea kalini.

Saya teruja bila sultan Mizan mewakili negara bagi acara Endurance berkuda. saya pun tak pasti bagaimana sebenarnya acara sukan tu. dan sultan berjaya merangkul dua pingat emas sekaligus menjadi sultan yang pertama dalam sukan sea.

pasukan bola jaring negara pun tak ketinggalan. pencapaian yang cukup menggugahkan bila mereka juga menang besar mengalahkan singapura . dengan jaringan 65-41. dan tentunya, pingat emas buat mereka. (hoho. dah macam pengulas sukan pulak bunyinya)

I was a netballer too

setiap murid akan ditentukan kelab sukan dan unit beruniform masing-masing. dari situlah, sebenarnya, saya mula terjebak dengan netball. mula-mula memang rasa susah sebab saya rasa saya rendah dan tak mampu nak shoot bola. penat . tapi, lama-lama rasa addictive. susah nak berhenti, kepuasan tu datang bila kita dapat pegang bola walaupun belum tentu mampu untuk jaringkan gol. maklumlah, orang rendah kann, hmm

haritu, saya datang latihan macam biasa. untuk penuhkan kehadiran koku yang wajib. saya enjoy main seperti biasa. selesai semuanya, cikgu sebut beberapa nama termasuklah saya. rupanya, ada pemilihan wakil sekolah untuk MSSD peringkat zon. saya tak ingat apa yang saya rasa waktu tu. blur mungkin.

melihatkan tubuh saya yang kecil, cikgu biasanya letakkan saya di posisi C (center). adakalanya, WA (wing attack) sayap kanan penyerang. dua-dua posisi ni sememangnya, perlukan orang yang lincah dan tangkas. bonus, sebab saya kecil. jadi, pihak lawan takkan perasan bila masanya saya mencelah masuk. stamina saya agak terhad. jadi, cikgu cuma jadikan saya pemain reserved. position tak sesuai dengan saya.  

minat saya terhadap netball terbawa-bawa sehinggalah saya masuk ke sekolah menengah. 

uniknya, sukan kami cuma ada empat di sekolah menengah. memanah, taekwando, berkuda dan berenang. sukan-sukan biasa seperti bola jaring dsb tiada di sekolah kami. jadi, sukan ni kami hanya main bila ada masa lapang saja untuk suka-suka. atau latihan untuk hari sukan. 

setiap kali ada hari sukan sekolah, saya akan cepat-cepat daftar untuk team netball. satu-satunya sukan yang saya mahir selain ping pong. badminton? jangan haraplah. memang sampai ke sudah shuttle tak melayang. saya cuma pandai pukul angin. (lebih baik, jual satay kannn) okay, serius hambar... mungkin saya lebih selesa bermain dengan tangan semata-mata dan bukan dengan alatan memukul. team rumah sukan saya selalu juga jadi juara netball :) tipsnya: no hatred, enjoy the game!


dan semua ni bermula dengan adanya langkah pertama.
-------

Bila kita semakin dewasa, kita tak lagi boleh mengharapkan orang lain untuk gerakkan diri kita. kita tahu apa yang kita mahukan. impian. cita-cita. tiada siapa boleh buatkan untuk kita. melainkan diri kita sendiri. keyakinan terhadap keupayaan diri sendiri harus ada. keyakinan datang bila kita berani. keberanian pula datang bersama-sama dengan langkah pertama. 

ya, kita harus mulakan langkah.

kalau bukan sekarang, bila lagi?



   

Thursday, 17 August 2017

menjaga

Terasa baru saja haritu, kami duduk sebumbung di asrama. berkongsi semua benda bersama. Dan hari bersejarah ini, adalah hari Fina. dan pasangannya, yang rupanya abang kepada senior saya di UIA. waktu nilah, waktu kami ber'reunion dengan kawan-kawan sekolah lama. setakat ni, wedding fina lah yang paling ramai hadir. semua orang pun tak sangka yang fina dah kahwin!!


saya save dekat insta sebagai kenangan di hari tua nanti. (eh, dah tua pun main insta ke?)


Mirah, pandai dah ye sekarang. matchy-matchy gitu.hehe


Rindunya korangg..



Fina yang saya kenal adalah seorang yang sangat menjaga. maksud saya, menjaga batasan dengan lelaki. dia tak pernah melayan mana-mana lelaki. ajak bercouple dsb. Seseorang yang sangat lembut perwatakannya, sangat masyi dalam al-quran. sungguh, saya kagum. saya dan dia, tersangatlah berbeza. 



Saya masih ingat ada suatu ketika. dia bertanya kepada saya bagaimana cara untuk menjaga hati dari perkara yang tak sepatutnya. lebih tepat dilema menyimpan perasaan terhadap lelaki. katanya, dia lihat saya seorang yang mampu menjaga hati daripada perkara tu.



Saya yakin. semua orang pernah lalui perasaan suka terhadap seseorang. baik dari segi apapun. tingkahlaku seseorang, gaya percakapan, akademik, kepimpinan mahupun rupa. Saya juga pernah berada di tempat tu. mustahil tidak. kerana saya juga insan biasa yang punya perasan. awal-awal lagi saya sudah menolak andaian rakan-rakan bahawa saya anti lelaki. Sampaikan, ada yang ingat saya pernah bersekolah di sekolah yang semuanya perempuan. masakan tidak, saya berjalan tak tengok orang. hampir saja, tong sampah bergolek ke longkang. atau saya sendiri langgar tiang (hiperbola sangat). saya akan rasa malu dan awkward bila berhadapan dengan lelaki. 



Selain biro kebajikan di sekolah dulu, saya juga bolehlah dikatakan kaunselor asrama. banyak orang bercerita soal perasaan dengan saya. oppss. girls only ya. Fina lah antara orangnya.



Tak sangka. masa pun berlalu. Fina pulang dari Jordan selepas tamat pengajian tiga tahun di sana. Perfect timing!



Seorang sahabat jordan yang merisik Fina, bertanyakan kalau dia sudah berpunya. Fina yang sekadar bergurau menyatakan bahawa dia bersedia untuk terima abang saudara sahabatnya itu. Long story short.



Lelaki itu, bukanlah seseorang yang dia kenal. bahkan jauh beribu batu dari tempat Fina waktu tu. Seorang di Jordan. seorang lagi di London UK. Complete package. Bakal suami Fina masa tu bukan calang-calang orang. Seorang yang menghafaz al quran, bachelor in engineering dari UK, matang kerana dia lebih berusia. 3 tahun lebih tua daripada kami, tak silap saya.



Fina menjemput kami melalui invitation group di Facebook. Saya terlihat sesuatu di ruangan komen. menarik perhatian saya.
                                        
                                             "Orang hebat dengan orang hebat jugak"



Setahu saya, Fina seorang yang biasa-biasa saja waktu di sekolah dulu. Tapi, sejak di universiti, keadaan sekeliling mendorong dia untuk menjadi lebih berani dalam hal-hal kepimpinan terutamanya. Kali terakhir saya berjumpa Fina adalah waktu kami pulang dari beraya di rumah guru-guru dan rakan-rakan sekolah sekitar banting. Saya, Aimi, Amirah tumpang bermalam di rumah Fina. sambil-sambil bercerita tentang perkembangan masing-masing. Daru gaya percakapan dan hal-hal yang diceritakan, saya nampak kematangan Fina. berbeza dengan dirinya yang dulu. Saya kagum. Saya yakin, suaminya juga orang yang hebat sama sepertinya. Aimi pun tak kurang hebat. Kini, dia orang kuat MPP di USIM.

Saya langsung tak perasan. ada barang-barang seperti hantaran di bahagian ruang tamu. atas meja. Fina perlahan-lahan berbisik kepada kami. ada sesuatu yang dia nak ceritakan. rupanya, dia akan bertunang esok harinya. saya agak tekejut waktu tu. dalam masa yang sama. tumpang gembira :) (Fina dah pun jadi isteri orang)

Walaupun rumah saya tidaklah terlalu jauh dari rumah Fina. Tapi, terasa segan pula nak datang waktu majlis bertunag tu nanti. biasanya, hanya saudara terdekat yang hadir. apapun, saya mendoakannya dari jauh.

------
Ada seorang pensyarah yang agak rapat dengan saya waktu di cfs dulu. dan banyak menasihati saya dalam pelajaran dan hal-hal lain. bagi saya, dia juga seorang kaunselor. seorang sahabt baik juga

Teringat pesanan madam tempoh hari,
"Nanti kalau ada yang nak berkawan, jangan jual mahal"

lebih kurang begitulah bunyinya.

kata madam, lepas grad, ramai kawan-kawan masa zaman belajar dulu yang masih belum bertemu jodoh dan minta madam carikan. saya menghormati madam. tapi, saya juga ada pendirian tersendiri. saya yakin setiap yang terjadi, ada hikmah disebaliknya. mungkin kita masih belum cukup berbakti pada ibu bapa dan inilah masanya untuk kita berbakti. atau mungkin ini ruang untuk kita kukuhkan pendapatan dahulu an siapa tahu, pihak satu lagi pun sebenarnya seang usahakan sesuatu.

Buat masa sekarang, saya cuba untuk bina kemampuan diri. tunaikan semua keinginan saya yang tersenarai dalam bucketlist. selalunya, random things i wanna do while im still young (ceh, kononnya). saya teringin nak buat banyak benda dengan rakan-rakan sekeliling sementara masa masih ada. develop skill2 baru untuk kegunaan masa depan. siapa tahu, ilmu ni berguna di alam rumah tangga nanti ;)

bila sampai masanya, adalah nanti (if you know what i mean)

-------
seorang rakan mengadu pada saya. dia terlihat sepasang couple cina dating sedangkan guard ada dekat dengan mereka. rakan saya melepaskan rasa tidak puas hati;
"agak-agaklah. dekat tempat awam kot. dalam uia kan ada rules"

Saya setuju dengan dia.

"ramai kan yang buat macam tu. dekat terowong aikol pun selalu jugak nampak. malam pulak tu. kat luar apatah lagi"-saya

"kat luar tu takpe la. pandai-pandailah. ni dalam uia. kan ada rules. ada pak guard lagi kat situ"-rakan

Saya tak setuju dengan yang ini.

Saya pulak tiba-tiba rasa tak puas hati dengan statement ni. Saya tahu kenapa dia berkata begitu. sebab dia sendiri pun bercouple. entah. mungkin sebab saya rapat dengan dia. jadi, agak susah untuk saya nasihat. 

bagi saya, allah tu ada di mana-mana. tak perlu tunggu manusia. bukan soal uia atau packguard yang kita takutkan. allah yang kita sembah. apa gunanya hari-hari kita solat. tapi, perkara lain yang menakutkan kita. apa makna solat kita?

saya sendiri pun banyak kelemahan. takut-takut kalau diuji semacam dia. nauzubillah.

saya cuba untuk lihat kebaikan dia. dia selalu ingatkan saya solat awal waktu.
------

Ciri-ciri future husband saya inginkan? saya simpan dalam catatan sendiri. takkan nak bocorkan rahsia kat sini kan? haha.

semua orang akan ingat, saya nak yang ala-ala ustaz. tapi, bagi saya, cukuplah kalau dia seorang yang beragama dan juga menjaga. bertanggungjawab pastinya. dari cara dia melayani keluarga dan adik-beradik, kawan-kawan sekeliling. bonus, dia seorang yang tenang, tersusun, berdikari dan kelakar.

sabar ye, tiga tahun lagi.

------
Dari kecil, tiada pesanan tertentu dari mama, melarang kami adik-beradik bercouple dan sebagainya. entah. saya tak teringin pun. cuma, ada lah sesekali mama mengusik. saya pun ada juga bercerita tentang seorang lelaki yang minat saya. dan saya pun tak tahu apa yang menarik tentang saya. rasa macam takde pape pun. mama suruh pesan pada budak tu untuk tunggu saya habis belajar. haha. apapun, bagi mama, pelajaran tu prioriti after solat. tapi, memang tak lah saya nak bagitahu budak tu macam tu. saya memilih untuk berdiam waktu tu. lepas tu, tiada apa-apapun yang berlaku.

setiap kali pulang ke kampung, bersalaman dengan embah sebelum balik ke rumah semula. embah akan pesan pada saya;

                                           "semoga mendapat jodoh yang sempurna"

Saya cuma meng'amin'kan. walaupun saya tahu, tiada siapa yang sempurna.

setiap kali pulang ke kampung, makcik pakcik pasti akan bertanya, lagi berapa tahun nak habis study?. macam biasa, saya akan jawab, lambat lagi.3 tahun lagi. saat kawan-kawan sekolah yang belajar di overseas habis study dan pulang ke malaysia. saya masih berbaki 3 tahun lagi di sini.

Fina pun dah habis study. balik dari Jordan. dan dah kahwin dah pun.


                                  makcik makcik pun ada yang pesan pada saya;
                                               "nanti carilah pakwe kat sana"
  
                                                  ada jugak yang tanya mama,
                                                  "sah, hafizah tu dah ada ke?"


saya mula bermonolog, "apa-apa jelah.hmm -,-"


Tetap dengan pendirian saya, saya takkan beri hati pada orang dengan mudah.

------
Mama selalu pesan, 
"akak, nanti ikut macam mama. habiskan studies dulu. umur 26 kahwin."

masa tu, saya rasa macam, dah dewasakah aku?

apapun persiapan perlu bermula dari sekarang. kena belajar masak, kemas rumah, urusan-urusan mesti tersusun kemas. bangun awal pagi ye. jadi produktif sikit. tambah ilmu. banyakkan membaca. lagi-lagi isu semasa. kukuhkan kewangan. duit poket sendiri. dapat result bagus. apply job yang bagus-bagus jugak. ilmu tentang pendidikan anak-anak.owhh banyaknya yang saya harus pelajari. sementara masa masih ada. jangan terburu-buru nak mendirikan rumah tangga. at least kita tahu basics. and benda tu semua akan lebih mudah untuk perbaiki bila kita dah masuk ke alam tu nanti.
-----

ya, 3 tahun lagi. masa untuk saya susun atur semula susunan hidup saya. moga allah permudahkan. doakan!

                            
                               " sampai waktu diizinkan Tuhan, doa kita dimakbulkan "





   


  


   

Wednesday, 16 August 2017

Kecil tapi bermakna

Selesai je mock trial, iera ajak keluar sebab teringin sangat nak makan fast food. Lepas makan, kitorang pergi Kaison cari hadiah. untuk tukar-tukar haiah jamuan malam tu. Tak tahu kenapa. Dah lama rasanya tak bagi hadiah untuk orang. Rasa seronok pulak cari. pilih hadiah untuk orang. Lagi bahagia, wrappers dekat kaison semua comel2 an sangat lah murah. Betullah orang kata, tangan yang memeberi itu lebih baik :)

Aku beli tumbler. Tumblr ala2 swag gitu. Ada kata-kata atas tu "We need to act" dengan gambar kucing pakai shade. Cool tak? Iera pulak beli board yang ada tali. boleh letak gambar polaroid. Kalau kitorang tukar sesama kitorang pun best jugak. Sebab aku pun suka hadiah yang Iera beli. Hehe. Memang tak lah. Sebab kitorang akan randomly cabut undi nanti untuk tentukan hadiah mana yang kitorang dapat nanti.      

------


Kitorang makan agak mewah. Semuanya Anas, budak junior kelas yang masakkan. Sejujurnya, saya sangat cemburu dan malu sendiri dengan lelaki yang boleh memasak. 

Chicken pie
Spaghetti Carbonara, bolognese
Sandwich
Triffle
Oreo Cheese cake
Barbeque
Ikan sweet sour

Sedap kan? First time jamuan semewah ni dan lagi special sebab semua nya home made. I love anything homemade.

Ikan pun cikgu bm kami yang sponsor. Cikgu memang suka memancing.


------
Masing-masing bawa hadiah untuk sesi tukar hadiah nanti. Ada yang besar, ada yang kecil. Ada yang berat, ada yang ringan. 

Sesi tukar hadiah yang sangat lucu dan meriah sebab fauzi, ketua kelas yang sentiasa riuh, menceriakan lagi kelas kami.

Aku dapat hadiah no 6, 3 batang pen pilot. Aku sangat hargai pen tu. walaupun hadiah tu agak kecil. Tapi, bermakna. Paling kurang, boleh guna time exam nanti. 

Ada yang cakap,
"Fizah dapat pen je ke?" dengan nada sembang biasa. aku tahu dia tiada niat untuk guriskan hati sesiapa. 

Tiba-tiba seseorang berkata,
"Eh kau ni, mana tahu nanti, dengan pen ni dia dapat dean's list"

Wah, aku tak sangka dia akan cakap macam tu. Aku tak kisah pun pada mulanya. Tapi, bila difikirkan balik, andai ditakdirkan aku dapat dean's list nanti hal sekecil inilah yang akhirnya menjadi benda paling bermakna bagi aku.

Orang yang cakap ni, orang yang sama puji individual presentation aku. Aku rasa biasa-biasa je. Tapi, dia yang terlebih impress mungkin. Walau apapun, jujurnya, kata-kata dia sedikit sebanyak bagi semangat pada aku. an aku berterima kasih untuk itu. Sedangkan, aku rasa dia jauh lebih hebat. 


Untuk hal-hal terkecil dalam hidup kita. jangan pernah kita pandang remeh. Setiap satunya, ada nilai yang tersendiri. Titis hujan yang jatuh, angin yang bertiup, daun yang gugur. Semuanya indah bukan?

Paling penting, keikhlasan kita dalam memberi. Sesuatu yang diberi dari hati, akan sampai ke hati jugak bukan? 
------

Kelas bm time short sem ni adalah kelas yang aku enjoy belajar after succession. Akhir jamuan, cikgu beri sedikit ucapan. Cikgu pun puji kelas kami yang paling happening selama cikgu mengajar. Mungkin sebab bonding antara kami yang agak kuat walaupun cuma untuk beberapa minggu. Yang lagi menguatkan bonding adalah waktu kami sama-sama prepare untuk jamuan.

------ 
"Aku rasa hadiah kita semua ni macam kena dengan masing-masing" -qilah

Akhir jamuan, kami semua rasa, hadiah yang kami dapat ni macam 'kena' dengan masing-masing. Haha. Aku? Bakal dean's list mungkin? Ameen :)

Aku juga dah berjanji dengan mama aku akan dapatkan dean's list untuk subjek ni. Tak salah untuk pasang impian kan? :)

p/s: Nilai sesuatu benda bukanlah terletak pada ukuran saiz atau harganya tapi, sejauh mana keikhlasan kita sewaktu memberi





Saturday, 12 August 2017

Three musketeers (never ending story)

Turn on lagu Faizal Tahir, Sayang untuk pastikan anda dalam mood yang betul. Eheh



Post kali ni ditujukan khas buat adik-adik kesayangan (sayang ke?) Uwekkk.

Manalah tahu, kot2 korang terjumpa blog ni (ke tak jumpa2? who cares?). Entah, masa tu akak ada lagi atau tak. huhu



Entah kenapa, tiba-tiba terscroll gambar-gambar dalam gallery phone. Tetiba jugak terjumpa gambar lama diorang bertiga. Hafidz masa tu, tengah pegang hasif yang still baby (owhh so cuteee) dan Irfan with his curly hairs. Nampak je rambut dia, memang akan teringat insiden ikan dalam balang mati sebab kena cekik dengan budak ni. Sedih, sebab tak jumpa gambar yang ni. Kalau tak, boleh kukuhkan lagi bukti crime yang dia dah buat. Bukan sekali, berkali-kali ikan mati. Haha. Sadis sungguh.


Tengok gambar ni, akan buat hati kita cair.

qt-pie :))


Mungkin ni tips untuk redakan kemarahan bila tengok balik gambar masa diorang kecik-kecik dulu. Terus tak jadi nak mengamuk.


Mama selalu marah kitorang sebab asyik gaduh. Tapi, aku rasa, itulah cara kitorang communicate sesama adik-beradik. Takde siapa yang faham how it actually relates. Bagi aku, itulah yang kuatkan hubungan kitorang as siblings. I dont know how to describe it. But, everytime they are not around, I feel empty. No one would tease you like they usually did. Kitorang memang tak tahu macam mana nak treat sweet2 sesama kitorang like normal siblings did. Tapi, macam nilah kitorang. Memang tak sah, kalau tak gaduh satu hari.


Bila, dah besar, nak kumpul pun agak susah. Masing-masing akan tanya like,
"Bila akak nak balik?".
"Akak, kau cuti sampai bila?"
"Irfan pergi mana?"
"Kita ada melawat Hasif tak weekend ni?"
"Bila Hafidz nak balik?'
"Akak, kau cuti sampai bila?"


Saya masih ingat waktu sekolah menengah dulu. Satu keluarga datang melawat weekend. Masa nak balik tu, Hasif cried so hard saying;

"Nak bawak akak balik"

Dia ulang banyak kali kot.

Tak pernah dia macam tu. Aku pun pelik juga masa tu. Like I said, kitorang tak reti nak ber sweet-sweet.

-----------------

( 3 : 1 )

Ini ratio yang aku letak nak menggambarkan ;

Aku, seorang anak tunggal perempuan

Tiga orang adik beradik lelaki

Walaupun aku perempuan, taste aku bukanlah keperempuanan sangat. Aku suka sports macam hiking, jungle tracking, ice skating, skate boarding, sand boarding atau apa2 yang lasak. I was a netballer and swimmer too. Tapi, ada satu exception which is BOLA sepak. haha.

Tak tahulah kenapa, tapi memang tak boleh nak hadam kegilaan diorang ni terhadap makhluk yang bernama BOLA.

Macam kebiasaan budak lelaki, diorang memang gila bola.

I have to admit that diorang serious hebat bab-bab geografi and world map semua ni sebab bola. Sejarah bola semua diorang tahu. Me? I am not impress at all (ni memang tipuu). Walaupun diorang tak suka baca buku macam kakak diorang yang 'nerdy' ni, tapi, sejarah diorang tip top, I must say.

-----------

Lagi satu masalah bila kebanyakan taste kitorang sama.

"Siapa ada nampak beg akak yang kelabu tu?"
"Akak, smart la beg kau. Aku pinjam. Hehe"

Sesuka hati je rembat barang aku (taklah, tak marah pun). Dan, sebab tulah, kadang-kadang saja beli barang yang smart tapi yang warna pink atau pun yang macam perempuan sikit.

----------

Dah penat nak story mory. Till next time ya! Time to sleep already:)








Recent post

ayah

aku bersiap-siap, packing barang untuk balik ke uia. dari petang aku berkira-kira untuk balik pukul berapa. sudahnya, malam  jugak aku balik...