Friday, 23 March 2018

Untuk Tuhan

Saya bersiap awal pagi harini. Tepat jam 8.30 saya bergerak keluar pergi ke library dengan niat untuk siapkan tugasan english. Sampai saja di sana, library tutup rupanya.

Saya terus pergi The Grill untuk breakfast. Macam biasa, Sweetbun jadi pilihan saya. Roti keluar dari microwave selepas dipanaskan. Nikmatnya di awal pagi. Saya memang sukakan pastries.

Tiada pilihan lain, saya terpaksa mencari tempat lain untuk siapkan kerja yang tertangguh. Saya pergi ke surau aikol yang sememangnya sunyi. semua masih bercuti memandangkan cuti mid sem masih belum habis. Saya saja yang memilih untuk balik awal ke uia. Esok, insyaallah akan pergi ke Shah Alam untuk program alumni sekolah.

Saya saat saya menaip ini, buku rujukan assignment masih terbuka di sebelah saya. Entah apa yang membuatkan saya terhenti seketika dan menaip post ini. Takut idea menulis lari lagi. ni cuma sesuatu yang saya mahu coretkan untuk kenangan lepas grad nanti. #momenygbakaldirindui.

Ada sebab saya balik ke uia awal. terlalu banyak perkara yang nak diuruskan. di rumah, terlalu banyak perkara yang distract haha. well, di rumah kan sememangnya syurga dunia. saya senang leka. ada tugasan program yang patut saya selesaikan juga. tapi, semangatnya seakan-akan hilang. sedikit demi sedikit.

Selalunya saya akan join program dengan harapan untuk bentuk diri saya menjadi seorang yang tersusun dalam urusan, berdikari, matang dalam membuat keputusan. tapi, adakalanya, banyak pulak halangan yang membuatkan saya melemah. belum ditambah dengan kerja kelas yang dah menjadi kewajipan saya sebagai pelajar.

Saya sangat berharap supaya Allah tunjukkan jalan keluar. dan tak membiarkan saya membuat keputusan sendiri tanpa menharapkan bimbinganNya.

-----
I pray to Allah everyday to make me distant from everything that is not written for me.
and not to get attached to things that are not meant for me.
Let me enjoy the journey and embrace everything that comes in my way
for He knows whats the best for me.
-----
Kerana Allah tahu apa yang tidak kamu tahu
Maka, untuk Tuhan mu, bersabarlah:)



     

Thursday, 22 February 2018

"You're gonna be happy", said life.
"But first, let me make you strong"

Creds: Najwa:)

Wednesday, 27 December 2017

mode exam:Syukur

Apa yang saya nak kejar dalam hidup sebenarnya?

sekarang ni, musim exam. dan banyak pulak yang bermain di fikiran saya.

Usai maghrib tadi, saya sempat selak quran sekejap. dan ada ayat yang benar-benar menyentuh hati. sangat kena pada masanya.

Saya ada kawan. ramai. yang dah tiada mak atau ayah. baru-baru ni pun dapat berita seorang sahabat kami yang ayahnya  baru sahaja meninggal beberapa selepas pembedahan. di kelas, dia nampak biasa. saya pun tak tahu apa perasaan yan disembunyikan selama ni. 

ada suatu hari di kelas, seorang kawan saya yang lain.
waktu tu, ada pelajar dari universiti lain datang ke kelas kami dan membuat survey tentang rumah orang tua. dalam borang tu, disediakan ruangan untuk maklumat ibu dan ayah. tiba-tiba kawan sebelah saya angkat tangan dan bertanya,
"kalau ah takde ayah, nak kena isi jugak ke?"

waktu tu jugak, saya rasa nak bercucuran air mata ni.

gaya dia bercakap nampak biasa saja. tapi, saya tak tahu kesedihan apa yang disembunyikannya.

sem ni saya mula rapat dengan dia. dia yang pada asalnya batch senior atas kami. tapi, sebab sebelum ni, ia ambil study leave, terpaksalah join batch kami yang comel ni. pada asalnya, saya bertanya pendapat dia tentang subjek sem ni sebelum buka sem baru. tak sangka pulak kami akan sekelas sem ni hampir semua subjek sebab dia pun masih belum sempat prereg subjek. dan hanya follow jadual yang saya dah susun. apapun, saya bersyukur dapat kenal dia.

dia seorang yang sangat lah ceria, happening. dan yang buat kami lebih rapat. sebab kami sama2 hafal quran:). saya kenal dia  dari zaman sekolah menengah lagi. tiap2 kali masuk musabaqah mesti dia menang. masa tu, dia pun tak kenal saya. tak sangka, jumpa balik kat uia dan jadi satu batch pulak sekarang:)

berbalik pada cerita asal tadi tentang 'ayah'.

ada beberapa hari yang dia tak datang ke kelas. saya pun agak risau masa tu. saya mesej. dia reply kata tak larat nak ke kelas. masa mula-mula tu, saya rasa biasa je. tapi, hari-hari selepas tu pun, ada jugak dia tak datang. sampailah dia katakan pada saya.

"awak, kita takde mood lah nak pegi kelas. kita rindu ayah kita."

saya menangis lagi bila baca mesej tu

saya cuba untuk faham walaupun saya bukanlah orang yang paling memahami. sebab belum diuji sebegitu.

saya reply mesej dia, sekadar yang termampu
"awak kena kuat, ayah awak akan gembira kalau awak pun gembira. Percayalah! awak ada Allah untuk sampaikan cerita-cerita pada ayah awak. Doa selalu walaupun cuma lintasan-lintasan dalam hati."

setiap kali, ternampak dia termenung atau moody, sesekali saya tegur dia. "awak okay?" saya harap itu dapat sedarkan dia bahawa dia tak keseorangan. ada jugak saya send emoticon spirit(yang macam momok tu) di whatsapp. sekadar nak menggembirakan dia. small things kadang-kadang akan buat orang tersentuh kann.hehe.

dia pernah juga kata pada saya. dia sangat tak bersemangat nak masuk sem baru ni. tapi, nasib baik jugak ada kawan. dia rasa, macam semua orang ingat dia repeat paper. takkanlah semua kot. haha. tapi, serius dia sangattt perform dalam kelas. and master bahasa inggeris dan arab jugak. dan sangatlah berani tanya soalan dalam kelas.

dalam kesempurnaan yang kita nampak pada dia, kita takkan tahu apa yang disebaliknya.

dalam kesedihan kita, ada juga orang lain yang lebih kuat ujiannya

ujian itu mematangkan, dan saya lihat itu pada dia. dia yang berani, berdikari, dan sentiasa bersemangat pastinya. insyaAllah

Belajarlah untuk bersyukur dengan apa yang ada. ada perkara yang ada pada orang lain, tidak ada pada kita
tapi ada juga yang kita ada, tiada pada orang lain.

masing-masing punya bahagian tertentu. sesuai pada tempatnya. sesuai pada kemampuannya.


'and this reminds me of my parents'








Tuesday, 12 December 2017

Sebenarnya kan..

"Sebenarnya kan..hmm, takde apelah.hehe"
Ungkapan yang selalu saya guna kan.

Saya tahu saya ada banyak perkara yang nak diluahkan tapi, macam tak kesampaian. mungkin saya segan, atau belum sampai masanya untuk saya ceritakan

dan berapa ramai yang sakit hati (in good sense) bila saya buat mereka tertanya-tanya. even kawan rapat pun, tak semua perkara saya mampu bercerita.

tak tahulah kenapa. mungkin saya rasa sedikit kesal bila saya tak mampu sampaikan sesuatu yang patut saya sampaikan pada seseorang. dan saya rasa masa belum sesuai untuk saya sampaikan. sehinggalah baru-baru ni, saya betul-betul rasa seolah-olah dah takde peluang untuk beritahu perkara sebenar.

last minute. saya tekad untuk beritahu juga. itupun melalui seorang teman rapat. sebab saya belum cukup berani. keadaan betul-betul mendesak walaupun pada asalnya, saya rasakan belum sampai masanya. tapi, dah terlambat. beberapa minit lewat. mungkin memang ditakdirkan begitu.

ada dua kemungkinan. samada memang tak kesampaian atau...
sebenarnya, hasrat tu tertangguh sehinggalah waktu diizinkan Allah.

Semoga Allah pelihara perasaan ini. sesuai pada tempat dan masanya.

3 tahun lagi

Saturday, 2 December 2017

mencari semangat yang hilang

Sudah cukupkah engkau mengenal dia?
Apa engkau cukup tahu apa yang dilaluinya
Apa yang dirasainya


Dari cara pandangnya
Apakah engkau dapat baca
Bagaimana dia melihat langit.
Bagaimana dia memandang cahaya pagi
Bagaimana ia melihat susun atur awan di langit


Ke mana langkah kakinya?
Laju atau perlahankah
Seakan-akan ada sesuatu yang bermain di fikiran
Apa yang bermain difikirannya?


Ke mana jiwanya pergi waktu itu?
Engkau melihat dia melangkah ke masjid
menggalas sebeban di bahunya
mencari semangat yang semakin hilang


dia cuba mencari hatinya
di tempat-tempat yang tak orang tahu
sebolehnya jauh dari manusia yang melihatnya
dia mahu bersendirian untuk seketika waktu


Dia juga manusia biasa
yang terkadang melemah
masih, masih lagi
mencari makna hidup


yang sudah dilupakan saban waktu
dek kesibukan yang membuatnya letih


dia..yang terasa hilang, lemas dalam kesibukan
apa yang dicari, dia sendiri kurang pasti






Kenangan dengan syiqin
(kitorang kenal sekejap je pastu terus jadi rapat)




Friday, 24 November 2017

rindu rumah



Sedih. Sedih sangat sebab tak dapat balik minggu ni. memang ah prepare dari awal. dapat rasakan madam akan bagi take home test this week. tapi, macam takde angin takde ribut. ingatkan tak jadi minggu ni. saya terpaksa batalkan niat untuk balik. memang saya tak mampu siapkan kerja ni sendirian di rumah. lagi-lagi subjek yang saya kira agak berat dan sukar untuk difahami.

kami diberi task tu pada hari jumaat tengah hari dan cuma ada 3 hari untuk siapkan. itu belum termasuk kerja-kerja lain yang perlu disubmit minggu depan jugak

Bagi saya, rumah adalah rumah. masa untuk spend dengan keluarga. kebetulan hasif, adik yang bongsu balik weekend ni. lagilah membuak-buak keinginan saya nak balik minggu ni. hasif duduk di asrama. 2 minggu sekali barubalik. tapi tulah, setiap kali dia balik ke rumah, saya pula yang tak berkesempatan untuk balik. dah berbulan-bulan tak jumpa rasanya.   

Ayah macam agak marah bila saya beritahu saya tak dapat balik. Ayah pelik kenpa saya tiada di rumah. risau mungkin. sebab biasanya, saya memang akan balik sendiri menggunakan public. tapi, kali ni saya betul2 terpaksa. walaupun saya nak sangat balik. saya menangis.

tak tahulah kenapa.

ada waktunya, saya kecewa dengan diri sendiri. sebab tak mampu urus masa dengan baik. kadang-kadang tu, saya memang dah cuba untuk susun masa. saya bangun awal pagi. cuba untuk uruskan semuanya seawal mungkin. tapi, itulah, saya agak lambat dalam proses menyiapkan kerja. saya cemburu dengan kawan-kawan yang mampu siapkan kerja. bahkan lebih baik dari saya walaupun dalam masa yang singkat. bilalah agaknya saya mampu untuk jadi macam tu?

mama, ayah maafkan akak sebab tak dapat balik minggu ni. insyaallah ini yang terbaik.

kebetulan, mira ajak saya pergi writing workshop. memang pada asalnya, saya berniat nak pergi. tapi, saya batalkan sebab dah plan nak balik hujung minggu ni. 

mungkin ada hikmahnya. saya ajak mira untuk discuss sama2 task yang kami baru dapat tu.walaupun tu task individual tapi saya still perlukan pemahaman  dan perbincangan bersama dengan yang lain. supaya taklah tersesat nanti.

pukul 11 barulah kami gerak ke workshop.

Untuk hasif, insyaallah pilihan mama ayah yang terbaik. moga hasif dapat sesuaikan diri di tempat baru. dekelilingi orang-orang baik. jadi insan yang hebat suatu hari nanti. hasif kan nak jadi imam kat indonesia, betulkan solat terawih 7 minit tu. haha. 

ni antara sebab kenapa ayah suruh balik. sebab lepasni, mungkin lagi susah nak jumpa dia. 

Wednesday, 15 November 2017

Convo mylig : Congratss kak mai dan siraj


 Mylig buddies

yang bakal menyusul

inspiration

 candid la kononnya


Single (and available hehe) - RM 5


 Medium - RM 15

custom-made untuk si iera

Recent post

ayah

aku bersiap-siap, packing barang untuk balik ke uia. dari petang aku berkira-kira untuk balik pukul berapa. sudahnya, malam  jugak aku balik...