Mewah yang aku maksudkan bukanlah pada perabot-perabot yang mewah mahupun keluasan tanahnya. Tapi, kekayaan budi dan peribadi terreflect dengan sendirinya dari suasana rumah itu sendiri. Dari situ, aku belajar sesuatu. Kekayaan tidak diukur dari seberapa banyak harta yang kita ada. bukan dari seberapa mahal barangan yang kita pakai. Banyak tak semestinya cukup. Bukan kuantiti yang kita lihat tapi kualiti. kecukupan ya, kecukupan yang kita mahukan.
Rumah ini adalah rumah yang kaya dengan kasih sayang sebuah keluarga. adik-beradik yang tidaklah ramai tapi saling menjaga. ayahnya seorang guru dan si ibu seorang suri rumah mampu menghidupkan rumah kecil ini dengan segala kecukupan. Di rumah ini, lahirnya dua orang anak perempuan. dan salah seorangnya, sahabat baikku.
Dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sederhana. aku melihat dia seorang yang berdikari. sangat cekap membuat kerja. Kemas. Pembersih orangnya. Kata-katanya sopan. common sense nya juga tinggi. Keadaan itulah yang membentuk diri dia yang aku lihat hari ini.
malam itu, aku tidur di biliknya. siling bilik kelihatan ada kesan bocor. Dia rasa rendah diri mungkin segan dengan keadaan rumahnya yang sebegitu. memohon maaf padaku andai tidak selesa. Aku hanya mampu senyum dan katakan 'tidak mengapa'. dia bercerita padaku, siling bilik itu sudah beberapa kali bocor. dan selalu dibaiki oleh ayahnya. aku kagum pada si ayah yang mahir bertukang. anggapan ku, itu lebih jimat berbanding mengupah orang luar untuk baiki. Keadaan yang sukar sebenarnya mengajar kita untuk 'ikhtiar hidup'.
------
Cerita seberang laut.
Aku fikir tiada lagi cerita orang susah macam dalam drama dulu-dulu. tak kusangka, dia rupanya anak seorang nelayan. Kulitnya, sedikit gelap, dari tangannya sudah terlihat tanda-tanda orang yang kuat bekerja. sahlah dia orang laut. Ketika kita sibuk bermain dengan playdough full set lagi. tangan cekap menekan joystick play station, ketam yang tajam itu sudah jadi mainannya sejak kecil.
Dari anak laut, dia pun melangkah ke alam universiti. bertemu dengan orang-orang yang hidup mereka lebih selesa, bergaya dan duit poket yang sentiasa penuh. setiap minggu mampu outing berbelanja sana-sini tak sempat berkurang duitnya, terus-terusan di bank in family.
sedangkan dia, lain pula ceritanya.
Ada masa yang lapang, pasti dia buat kerja2 part time. tiada kenderaan bukanlah alasan. pinjam motor kawan untuk kerja di kedai makan dengan gaji cuma RM 3. tapi itulah rezeki untuk dia. kehidupan yang susahlah menjadikan dia lebih bersungguh-sungguh dalam belajar dan bekerja. aku tidaklah begitu kenal dengan dia, tapi begitulah, orang baik, ada saja mulut2 yang bercerita. sungguh, aku terinspirasi.
Tahun yang aku mula kenal dia, rupanya, tahun terakhir dia di UIA. mengakhirkan pengajiannya dengan baik sekali. selepas beberapa lama tidak dengar berita, aku mendapat khabar bahawa dia mendapat tawaran bekerja di sebuah agensi kerajaan dan bakal berkahwin dengan pasangan pilihannya. entah kenapa, aku tumpang gembira untuk dia. hadiah selepas segala kesusahan yang dilalui. kesabaran dan ketabahan, kesungguhannya dibalas dengan sebuah kebahagiaan, moga-moga dapat mengubah nasib keluarga dia.
--------
Kepada dua orang ini, terima kasih untuk setiap pelajarannya. Terima kasih
No comments:
Post a Comment