Saya tergerak untuk menulis selepas melihat dan membaca tulisan-tulisan orang lain. Berbanding buku, saya lebih suka membaca blog. Kalau buku, saya lebih memilih buku dengan genre travelog. Saya suka sebab semuanya berkait tentang kehidupan sebenar seseorang. Membaca blog membuatkan saya merasakan seolah-olah bercakap dengan penulis itu sendiri. Dari blog, saya banyak belajar dan terinspirasi selalu.
Kali ini, saya menulis untuk simpanan sendiri sebagai permulaan. Belum cukup berani untuk berkongsi tentang hidup. Tulisan ini dinukilkan cuma untuk tatapan insan-insan yang saya kasihi. Mungkin sebagai kenangan yang bakal saya tinggalkan sebelum saya pergi. Buat kenang-kenangan tentang apa yang saya rasa selama hidup ini.
Selamanya kita takkan mampu untuk penuhi seluruh keinginan kita.
yang pasti, Dia lebih tahu apa yang terbaik.
